Thursday, November 20, 2014

Penemuan mengejutkan.. Mayat wanita yang dipercayai hamil ditanam dalam sebuah kubur di Hulu Selangor



Penemuan mengejutkan.. Mayat wanita yang dipercayai hamil ditanam dalam sebuah kubur di Hulu Selangor | Mayat seorang wanita warga Indonesia berusia 39 tahun yang dipercayai mengandung ditemui ditanam dalam sebuah kubur sedalam kira-kira semeter di Kalumpang, Hulu Selangor, kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, mayat yang ditanam di dalam ladang kelapa sawit berdekatan Kampung Gumut Tambahan itu ditemui kira-kira jam 5 petang selepas polis menggali kubur berkenaan.

 Menurutnya, anak saudara mangsa berusia 36 tahun menghubungi polis selepas dia dimaklumkan rakannya mengenai penemuan kubur berkenaan. "Anak saudara mangsa kemudian menghubungi polis dan kita bergegas ke lokasi kejadian. "Kita menggali kubur itu dan menemui mayat berkenaan yang ditanam sedalam kira-kira semeter. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan kita masih menyiasat sama ada mangsa mati akibat kecederaan atau ketika melahirkan anak," katanya pada sidang media di sini sebentar tadi. Menurutnya, seorang lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun yang tinggal serumah dengan mangsa ditahan polis untuk membantu siasatan. -Metro




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!