Tuesday, November 18, 2014

Pengorbanan kanak-kanak 3 tahun selamatkan nyawa kakak yang menghidap leukimia



Pengorbanan kanak-kanak 3 tahun selamatkan nyawa kakak yang menghidap leukimia | PENGORBANAN seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Australia telah menyelamatkan nyawa kakaknya yang menderita leukemia limfoblastik akut. Ibu mereka, Michelle Abbott dari Gold Coast, Queensland, memberitahu dia dan suaminya berasa sangat gembira selepas mendapati sumsum tulang Lachy sesuai dan sepadan dengan kakaknya, Amelia, 5. Budak tersebut telah didiagnosis menghidapi penyakit itu pada tahap rendah, namun ia menjadi lebih serius dalam tempoh tiga bulan selepas Amelia menjalani rawatan kemoterapi, Disember lalu.

"Peluang untuk dia sembuh hanya 40 peratus dan kami turut menjalani ujian untuk melihat kesesuaian sumsum tulang dengan Amelia. Keputusan ujian tersebut menunjukkan hanya Lachy yang dapat mendermakan bahagian itu kepada kakaknya," kata Michelle. Pada Julai lalu, proses pemindahan sumsum tulang telah dilakukan ke atas Amelia dan prosedur itu berjaya dilaksanakan. Kedua-dua adik beradik itu akhirnya bertemu semula buat pertama kali kira-kira lima minggu kemudian. "Mereka saling berpelukan untuk melepaskan rindu masing-masing. Amelia turut menggelar adiknya sebagai superhero kerana telah menyelamatkan nyawanya. Ikatan mereka menjadi lebih kuat sejak insiden itu," menurut Michelle. -DM




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!