Wednesday, December 17, 2014

2 maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bulatan Sigah, Donggongon, Sabah



2 maut dalam kemalangan ngeri di Jalan Bulatan Sigah, Donggongon, Sabah |  Sepasang warga emas maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan tengah hari tadi. Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Azmir Abdul Razak berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.45 pagi di Bulatan Sigah di Donggongon yang membabitkan dua buah motosikal, sebuah treler dan kenderaan pacuan empat roda. Treler itu, katanya, sedang berada di pusingan bulatan menuju ke Tambunan dari arah Penampang Bypass, manakala motosikal yang ditunggang oleh Bunsilak Anastasius Sinto, 69, dan isterinya Tilis Bibiana Jikoni, 65, dan sebuah lagi motosikal ditunggang oleh Wan Mohd Faizal Wan Alias, 33, sedang berhenti di pusingan bulatan itu menuju ke arah Towering.

“Sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 80 tahun yang berada di belakang mermepuh kedua-dua motosikal itu dari belakang membuatkan penunggang dan pemboncengnya terhumban ke bawah sebelah kiri treler. “Bibiana terhumban di bawah tayar treler dan diheret beberapa meter,” katanya dalam satu kenyataan. Menurut Azmir, kedua-dua mangsa, Bibiana dan Anastasius mati serta merta di tempat kejadian manakala Mohd Faizal mengalami cedera ringan. Beliau berkata pemandu treler berusia 54 tahun dan pemandu Pajero itu tidak mengalami apa -apa kecederaan.

Mayat kedua-dua mangsa telah di bawah ke Queen Elizabeth Hospital untuk bedah siasat. “Contoh darah kedua-dua pemandu dan mangsa (Anastasius) telah diambil untuk dianalisis,” kata Azmir.Kemalangan itu membuatkan kesesakan jalan raya yang teruk dan menarik perhatian ramai orang untuk menyaksikannya. Seorang lelaki yang berada di tempat kejadian, Dennelton Jepra, 22, yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya berkata, kemalangan itu amat mengerikan. “Pelbagai anggota bercerai berai dan berselerak di jalan raya, saya masih tidak dapat makan bila mengingatkan kejadian itu dan baunya,” katanya.



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!