Tuesday, December 9, 2014

Guru berusia 58 tahun ini punya kebiasaan yang tidak bermoral dan menjijikkan



Guru berusia 58 tahun ini punya kebiasaan yang tidak bermoral dan menjijikkan | PERBUATAN tidak bermoral seorang guru berusia 58 tahun di Britain yang menyimpan kira-kira 60,000 imej lucah kanak-kanak di dalam komputer akhirnya terbongkar selepas dia disyaki terlibat dengan penjualan bahan tersebut kepada sebuah syarikat di Kanada. Jurucakap pihak berkuasa memberitahu Timothy Arthur didakwa turut memiliki 5,000 gambar pelajar di sekolahnya di Warmley, Bristol, di mana dia bekerja secara sambilan.

Susulan daripada itu, Arthur telah ditahan untuk membantu siasatan selepas dia dikenal pasti sebagai pelanggan syarikat tersebut oleh polis di Toronta yang bertindak menyerahkan butiran lanjut mengenainya kepada Agensi Jenayah Kebangsaan Britain. Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati tertuduh pernah membeli DVD, CD dan memuat turun imej tidak senonoh melibatkan budak antara Disember 2007 dan Disember 2010.

"Tertuduh terlalu taksub dengan perkara tidak sihat dan dia sepatutnya sedar perbuatan itu sememangnya melanggar undang-undang," kata jurucakap polis kepada Daily Mail. Ketika dibicarakan di Bristol Crown Court, Arthur mengaku bersalah di atas 11 pertuduhan berkaitan penghasilan imej lucah kanak-kanak dan dijatuhi hukuman penjara setahun yang ditangguhkan. Dia turut dihukum menjalani perintah khidmat masyarakat selama 24 bulan dan diletakkan di bawah pengawasan Perintah Pencegahan Kesalahan Seksual selama 15 tahun selain dilarang mendekati golongan bawah umur. -AP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!