Suami belasah isteri kerana isteri suspek suami curang | Seorang wanita pecah mulut dan lebam di badan akibat dibelasah suami selepas mangsa bertanyakan hubungan sulit suspek dengan seorang wanita Indonesia. Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 29 tahun itu mengesyaki suaminya menjalin cinta lain sebelum meminta penjelasan suspek di rumah mereka di Pandan Indah di sini. Sumber polis berkata, suspek mulanya enggan mengaku, namun berlaku pertengkaran antara mereka akibat didesak.
“Pertengkaran itu bertukar ganas apabila suspek menumbuk muka isterinya bertubi-tubi. “Tidak cukup dengan itu, suspek turut membelasah isterinya selama beberapa minit sebelum keluar dari kediaman mereka,” katanya. Mangsa yang cedera kemudian membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini, untuk tindakan lanjut. Sementara itu jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya yang dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.
.
1 Penyokong CHELSEA:
saya bukan nak sebelahkan suami, tapi saya suka nak dengar penjelasan suami... tapi tetap tak setuju suami mengunakan kekerasan...
tapi pendapat saya suami tu belasah bukan sebab tuduhan tu tapi terlalu bingit dengan suara bini yg tak boleh dibalas balik cakapnya... non stop maka jawabnya kena penangan baru diam... dengan siapa pun kalau nak penjelasan biar marah macam mana sekalipun, lepas tanya keras2... diam.... bagi dia menjawab...
Post a Comment