Tuesday, December 9, 2014

Tambang bas sekolah untuk tahun depan naik lagi?



Tambang bas sekolah untuk tahun depan naik lagi? | Biarpun tiada peningkatan bagi harga diesel bagi bas sekolah, syarikat pengusaha bas sekolah berkata tambang bas sekolah mungkin akan tetap dinaikkan pada sesi persekolahan Januari depan. Bagaimanapun, ibu bapa tidak perlu bimbang kerana cadangan menaikan tambang bas sekolah perlu diluluskan oleh mereka. "Kita tidak boleh menaikkan kadar tambang sesuka hati. Kita perlu berbincang dengan ibu bapa terlebih dahulu, mengenai tawaran tambang baharu berkenaan," kata Pengerusi Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Shah Alam, Selangor, Razak Ahmad.

Sekiranya, syarikat pengusaha tidak mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan terus menaikkan tambang bas, tindakan akan diambil terhadap mereka, tambahnya. Beliau bimbang kos lain, termasuk alat ganti dan kos penyelengaraan akan meningkat, serta kemungkinan subsidi akan dihentikan pada tahun hadapan. "Agak sukar untuk kami tidak menaikkan tambang bas sekolah," kata Razak. Sebelum ini, tambang bas sekolah dikawal oleh pihak kerajaan. Peraturan tersebut akan dibatalkan berkuat kuasa 1 Januari depan, kadar tambang baharu perlu ditentukan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta pengusaha bas sekolah.

Harga diesel naik tiga sen kepada RM2.23 seliter pada 1 Disember selepas kerajaan mengumumkan tiada lagi pemberian subsidi bahan api dan menggunapakai kaedah pengapungan mengikut harga pasaran. Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Alias Ahmad berkata subsidi bahan api bagi pengangkutan awam, termasuk bas sekolah, bas ekspres bot nelayan dikekalkan iaitu antara RM1.88 dan RM1.68 seliter.

Setiausaha Agung Persekutuan Pengusaha Persatuan Bas Sekolah Malaysia Md Saad Mohamad, berkata peningkatan tambang bas sudah pasti akan berlaku. Bagaimanapun, beliau meminta kerajan meningkatkan subsidi diesel untuk bas sekolah bagi membolehkan tambang bas tersebut kekal rendah kepada ibu bapa. Hal ini kerana, beliau berkata terdapat pengusaha bas yang kasihan terhadap kanak-kanak sekolah, dan turut melakukan perkhidmatan kebajikan secara tidak langsung. Md Saad berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia perlu memikirkan cara terbaik untuk membantu golongan ibu bapa. -Mstar




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!