Saturday, January 18, 2014

Benarkah puncak tertinggi New Zealand mengecil


Benarkah puncak tertinggi New Zealand mengecil | Puncak tertinggi New Zealand, Gunung Cook, yang menarik perhatian pendaki dari seluruh dunia, semakin mengecil, menurut juruukur yang mengesan ia menyusut sebanyak 30 meter. Gunung Cook, pada masa ini mempunyai ketinggian 3,754 meter tetapi menurut satu kajian telah menetapkan 3,724 meter. Penyelidik Sekolah Kerja-Kerja Mengukut Kebangsaan, Pascal Sirguey berkata, pengecilan itu disebabkan oleh pembentukan semula litupan ais di gunung itu ekoran runtuhan ais pada 1991.

"Keadaan itu menyebabkan liputan ais terhakis sejak lebih 20 tahun," kata Sirguey sewaktu mendedahkan penemuannya itu pada Khamis. "Sementara kesan daripada perubahan iklim juga mempengaruhi keadaan itu, yang mungkin sebagai satu kejadian perubahan dalam geomorfologi di gunung itu." - AFP




.

Ratu Elizabeth II dan kelahiran cicitnya iaitu anak kepada Zara Phillips



Ratu Elizabeth II dan kelahiran cicitnya iaitu anak kepada Zara Phillips | Cucu Ratu Elizabeth II, Zara Phillips, pada Jumaat melahirkan seorang bayi perempuan, anak pertama bagi pasangan juara penunggang kuda dan suaminya yang merupakan pemain ragbi, Mike Tindall. Bayi perempuan yamg masih belum diberi nama itu lahir selepas yang lima bulan kelahiran bayi diRaja Britain, Prince George.


"Mrs Michael Tindall melahirkan seorang bayi perempuan dengan selamat hari ini," kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan. "Mr Tindall hadir pada kelahiran. Berat bayi adalah tujuh pound, 12 auns (3.5 kilogram)," katanya.

Bayi itu adalah cicit keempat ratu Elizabeth II dan ke-16 dalam takhta British. Namanya akan diumumkan dalam masa terdekat, kata istana. Ibunya yang merupakan anak sulung Princess Anne dan bekas suaminya Mark Phillips, melahirkan bayinya di Hospital Diraja Gloucestershire di bandar Gloucester, barat daya England. -DM




.

Kaitan penyanyi Kaka dan ratu rock Ella


Kaitan penyanyi Kaka dan ratu rock Ella | MELIHAT perlakuan dan imej penyanyi ini akan terus mengingatkan kita kepada Ratu Rock tanah air, Ella. Mana tidaknya, umpama kuah tumpah ke nasi, Kaka merupakan anak kepada arwah abang Ella, Allahyarham Nor Azraff Aminuddin. Disebabkan itulah, Kaka turut mewarisi bakat nyanyian hebat melalui ibu saudaranya itu. Kaka yang kini sedang popular dengan lagu duetnya bersama Zizan Razak, Infiniti Cinta berkata, dia bagaimanapun mahu membina nama atas usaha sendiri dan tidak mahu dikatakan menumpang populariti Ella. Berbeza dengan pembawaan muzik ibu saudaranya, Kaka mahu ketengahkan muzik pop, R&B dan Soul. “Alhamdulillah, saya mewarisi bakat nyanyian daripada keluarga. Saya juga sangat suka menyanyi dan mahu orang mendengar corak nyanyian dan muzik pilihan saya sendiri,” katanya.

Selain menyimpan impian mahu bekerjasama dengan Datuk M Nasir dan Yuna, Kaka juga mahu meneruskan lagi kolaborasi dengan Zizan. Baginya, Zizan banyak membantu dan memberi peluang untuknya mengetengahkan bakat. Malah percaturan duet pertama mereka menerusi lagu, Bawaku Pergi pada tahun 2011 mendapat sambutan hebat daripada peminat muzik meskipun tercetus sedikit kontroversi. Pemilik nama Nor Atiqa Noor Azraff, 24, ini berkata, selepas dua lagu duet itu, dia bakal tampil dengan single solo pertamanya, Terpulanglah. "Menerusi lagu ini saya mahu sesuatu yang menyerlahkan lagi vokal dan teknik nyanyiannya kepada R&B dan soul. "Saya harap dengan kehadiran lagu ini peminat akan lebih tahu saya juga berkemampuan membawa nyanyian solo dan bukannya duet saja,” katanya.

Pernah membintangi teater sebelum ini, Kaka turut menyimpan hasrat bergelar pengacara suatu hari nanti. “Saya mahu menjadi artis serba boleh. Saya yakin, peluang memperluaskan bakat masih terbuka, tambahan saya juga amat meminati dunia lakonan dan pengacaraan,” katanya yang mengakui ada menerima tawaran mengacarakan sebuah program berbentuk travelog untuk sebuah stesen televisyen. Ditanya mengenai kekasih hati, Kaka mengakui masih belum menemui calon yang sesuai. “Buat masa sekarang, saya masih selesa berkawan dengan semua orang. Tapi kalau ditanya tentang lelaki idaman, tentulah saya mahukan seorang yang soleh dan mampu membimbing saya. Dia juga mestilah dapat menerima keluarga saya,” katanya. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!