Monday, January 27, 2014

Tips kempiskan perut mudah



Tips kempiskan perut mudah | Pasti anda di luar sana pening memikirkan bagaimana hendak mengempiskan perut kerana bosan dan malu apabila memakai baju dengan perut anda kedepan. Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tip mudah untuk anda amalkan untuk kempiskan perut buncit.


Jaga pemakanan 

Perkara utama yang perlu dititik beratkan adalah pengambilan makanan yang seimbang untuk tubuh badan. Anda perlu ada diet seimbang di dalam menu seharian kita kerana dengan berdiet, kita mampu untuk membuang lemak terutamanya di bahagian perut. Diet makanan yang betul sepatutnya mengandungi karbohidrat kompleks, serat, vitamin dan mineral, protein, ikan dan sayuran berdaun hijau.


Berhenti makan lewat malam 

Elakkan dari makan di waktu tengah malam. Ini kerana perut kita tidak mampu untuk membakar lemak berlebihan kerana waktu kita tidur, proses pembakaran akan berhenti. Selain daripada itu juga, malam adalah waktu yang sesuai untuk merehatkan tubuh badan termasuk di bahagian perut. Jika anda makan dan kemudiannya tidur, lemak tersebut akan kekal dan jika dilakukan selalu, perut anda akan kelihatan semakin besar.



Tinggalkan makanan & minuman ringan 

Keenakan makanan ringan memang tidak perlu disangkal lagi dengan kecepatan pembuatannya membuatkan kita memilih untuk membeli, dari memasak atau mencari kedai yang menjual makanan berkhasiat. Untuk anda yang mahu kempiskan perut, cuba tahan nafsu makan anda dari pergi membeli makanan ringan kerana ianya hanya membawa kepada kandungan kalori yang tinggi. Bagi satu set makanan segera termasuk burger dan juga kentang goreng adalah sebanyak 500-600 kalori yang membawa kepada pembentukan lemak. Cuba bayangkan jika anda menjadikan pengambilan makanan ringan ini makanan wajib anda. Tidak salah untuk merasa, namun cuba kurangkan kepada sebulan sekali ataupun tiga bulan sekali untuk memastikan kadar kesihatan anda terjamin. Pengambilan gula berlebihan juga mampu menghalang usaha kita dalam mengempiskan perut. Oleh yang demikian, kurangkan pengambilan gula berlebihan dan tukar tabiat tersebut dengan meminum air mineral sebanyak 1.5 liter, iaitu bersamaan dengan 5 hingga ke 6 gelas sehari.


Lakukan senaman kardio 

Senaman ini memang sesuai untuk mereka yang berniat untuk mengempiskan perut kerana senaman ini mampu membakar kalori lebih banyak berbanding senaman biasa. Buatlah senaman ini secara berkekalan dan jadikan ia rutin harian sihat anda. Bukan sahaja dapat memiliki perut yang kempis malahan memberikan tubuh badan yang sihat.


Diharap dengan tips ini dapat membantu anda dalam mendapatkan perut yang kempis.selamat mencuba!




.

Kisah Marlise Munoz, wanita hamil yang koma sejak 28 november yang lalu



Kisah Marlise Munoz, wanita hamil yang koma sejak 28 november yang lalu | Seorang hakim di Amerika Syarikat mengarahkan sebuah hospital di Texas untuk menutup alat bantuan hayat yang digunakan ke atas seorang wanita mengandung yang koma. Alat bantuan yang digunakan untuk memanjangkan jangka hayat wanita itu digunakan sebelum ini di atas permintaan keluarganya. Texas adalah di antara 12 negeri di Amerika Syarikat yang telah menerimapakai undang-undang membenarkan seorang wanita hamil yang koma terus menggunakan alat sokongan hayat, tanpa mengira peringkat kehamilan. Marlise Munoz telah diisytiharkan mengalami kematian otak pada 28 November pada usia kehamilan 14 minggu.

Suami serta ibubapanya telah berjuang agar hayat Munoz diteruskan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan iaitu respirator. John Peter Smith dari Hospital di Fort Worth berkata otak Munoz mungkin mati dan menyebabkan badannya tidak berfungi namun itu tak bermakna dia telah meninggal dunia. Kes itu mencetuskan perdebatan mengenai hak perubatan dan perundangan untuk mengurangkan kes pengguguran dan hak janin. “Kes ini adalah merupakan mimpi ngeri dan lebih dari kisah tragik kepada keluarga tersebut” kata Presiden Compassion & Choices, Barbara Coombs Lee. “Jika keputusan sesebuah institusi itu lebih diiktiraf dari keluarga kandung sendiri, jadi tidak siapa akan selamat dari keputusan kerajaan” katanya lagi.

Hakim Daerah, RH Wallace memerintahkan agara alat sokongan hidup dikeluarkan dari badan Munoz bermula pada Isnin. Munoz, 33, jatuh pengsan di rumahnya di Texas pada November tahun lepas dipercayai mengalami Embolisme Pulmonari kerana perlu bangun dan menjaga anak pertamanya yang berumur 15 bulan. Suaminya Erick, serorang ahli paramedik telah cuba membantu namun Munoz telah mengalami serangan jantung dan kegagalan sistem pernafasan apabila tiba di hospital dan tidak dapat diselamatkan.-AP



.

Cara pelakon Robert Pattinson untuk kekal kelihatan segak


Cara pelakon Robert Pattinson untuk kekal kelihatan segak | RAMAI peminat menyedari bahawa Robert Pattinson sememangnya seorang aktor yang kacak. Malah pelakon Twilight ini pernah mengakui sanggup melakukan apa saja supaya sentiasa tampil segak. Bekas kekasih Kristen Stewart ini berkata, setiap hari dia akan bangun awal pagi untuk mengelak penuaan pada dirinya. “Seawal pagi saya bangun melakukan perkara biasa seperti menggosok gigi, mandi dan bersenam kerana mengetahui saya sudah berumur,” ujarnya sambil berseloroh. Pattinson mengakui dia telah banyak mengubah cara hidupnya kepada cara hidup yang lebih sihat supaya kekal kelihatan segak. -SH




.

Remaja lelaki melakukan sesuatu yang pelik bagi membantu keluarganya


Remaja lelaki melakukan sesuatu yang pelik bagi membantu keluarganya  | Seorang remaja lelaki di China yang menghidap penyakit uremia atau kegagalan buah pinggang, sanggup 'mengorbankan dirinya' sendiri, semata-mata mahu membantu keluarganya mengumpulkan duit bagi menyelamatkan nyawa abangnya yang menghidap penyakit sama. Dua beradik itu, Honghui, 20, dan Hongtao, 18, menghidap penyakit tersebut sejak 2010 dan tidak mempunyai masa yang lama untuk terus hidup. Disebabkan masalah kos perubatan yang tinggi, ibu bapa mereka Chuanyou dan Zheng Tingxia hampir menjual semua harta mereka untuk membeli buah pinggang yang sesuai untuk kedua-dua anak mereka yang menghidap penyakit itu.

Sebelum 2010, kehidupan mereka sekeluarga sangat baik dengan kecemerlangan Honghui dan Hongtao dalam akademik dan berjaya membeli sebuah rumah baharu di Funan, wilayah Anhui. Bagaimanapun tidak lama kemudian, keluarga itu menerima berita buruk apabila Honghui disahkan menghidap uremia dan hanya melalui pembedahan buah pinggang sahaja boleh menyelamatkannya. Lebih malang lagi, Hongtao turut disahkan mengalami simptom yang sama, sekali gus memaksa ibu bapa mereka menjual hampir kesemua harta mereka, termasuk rumah baharu mereka dan mengemis di jalanan untuk menanggung kos perubatan anak mereka.

Malah derma yang dikutip oleh pihak sekolah dan rakan-rakan berjumlah 101,171 yuan (RM55,367) juga masih belum mencukupi untuk membiayai kos rawatan bagi menyelamatkan nyawa kedua beradik itu. Disebabkan masa yang semakin suntuk, Hongtao mengambil tindakan membunuh diri pada Julai 2011 dengan mengurungkan dirinya dalam bilik dan minum racun bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapanya. Kematian Hongtao amat memilukan, lebih-lebih lagi dengan penemuan nota yang ditulis Hongtao berbunyi:, "Abang, jika kamu sudah sembuh, tolong beritahu saya dan ia sudah cukup memadai buat saya."

"Penyakit kami berdua menyusahkan kamu (ayah dan ibu). Saya berharap kamu boleh menumpukan perhatian untuk menyelamatkan abang. "Apabila dia terselamat.. dan saya tahu dia akan selamat, saya mahu dia beritahu saya yang dia telah berjaya dan saya akan berpuas hati," tulis Hongtao dalam nota itu. Kisah pengorbanan Hongtao itu mendapat liputan meluas di seluruh China, sekali gus meningkatkan jumlah derma untuk menyelamatkan Honghui. Selepas dua tahun setengah pencarian, Chuanyou dan Zheng Tingxia berjaya menemukan buah pinggang yang sesuai untuk anak sulung mereka. Honghui kini yang berusia 23 tahun, selamat menjalani pembedahan pada hujung bulan lalu dan kini dalam proses pemulihan. - Agensi




.

Inilah 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baru China


Inilah 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baru China | Harga 13 barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini adalah pada paras stabil dan kekal sama dengan tahun lepas, kata Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hasan Malek. Beliau berkata ayam hidup standard dijual pada harga RM7.50 sekilogram dan ikan bawal putih (seberat 200 gram hingga 400 gram seekor) dijual RM37 sekilogram, yang harga masing-masing menyusut 20 sen dan RM1 berbanding RM7.70 dan RM38 pada tahun lepas. "Kebanyakan harga sama seperti tahun lepas untuk 13 barangan harga terkawal bagi Tahun Baharu Cina hujung bulan ini," katanya kepada pemberita selepas melawat dan memeriksa harga di Pasar Awam Sentral Melaka di Jalan Sentral.

Barangan lain yang dikawal harganya ialah ayam super, telur aym (gred A,B dan C), kubis bulat import, bawang putih,udang besar putih, babi hidup (dikawal peringkat ladang sahaja), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak). Beliau berkata harga 13 barangan itu ditetapkan KPDNKK berdasarkan penguatkuasaan, laporan dan pandangan pelbagai pihak. Hasan berkata pemantauan harga 13 barangan terkawal itu adalah bagi tempoh 15 hari bermula hari ini berbanding 12 hari tahun lepas dan pengguna boleh membuat aduan di talian 1 800 886 800. Beliau juga mengumumkan pembekuan cuti bagi kesemua 1,800 pegawai penguatkuasa kementerian sempena musim perayaan ini bagi memastikan usaha kerajaan mengawal harga barangan mencapai kejayaan.

Mengenai Ops Harga 2014 di dilancarkan di seluruh negara Isnin lepas, beliau berkata sebanyak 47,154 pemeriksaan dijalankan ke atas premis-premis perniagaan sejak enam hari lepas. Dalam tempoh itu sebanyak 462 tindakan diambil terhadap peniaga yang ingkar selain merampas barangan bernilai RM107,555. "Daripada jumlah itu, sebanyak 299 kesalahan tidak meletakkan tanda harga atau senarai harga bagi barangan yang dijual, lapan kes memberi petunjuk atau gambaran yang mengelirukan mengenai harga dan 155 kes gagal menentusah alat timbang dan sukat untuk perniagaan," katanya. Selain itu, sebanyak 87 notis dikeluarkan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas peniaga yang disyaki mencatut atau menjual barangan dengan harga terlalu tinggi. - Bernama




.

Tindakan keatas guru, atas isu murid makan rumput



Tindakan keatas guru, atas isu murid makan rumput | Guru lelaki Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khai Meng, Sungkai yang bertindak melampau dengan menggantung loceng dan memaksa dua murid memakan rumput telah ditukarkan ke sekolah lain. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti hasil siasatan Jabatan Pendidikan Perak yang mendapati adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan. “

Tindakan guru berkenaan juga didapati telah memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan dan sehubungan itu kementerian telah bersetuju untuk mengenakan tindakan menukarkan guru tersebut ke sekolah lain," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. Dalam insiden Khamis lalu, guru berusia 26 tahun itu menggantung loceng dan memaksa dua murid Tahun Empat iaitu Muhammad Nasvinder Muhammad Amit dan Mohd. Izat Iqbal Mohd. Harith memakan rumput kerana gagal menyiapkan kerja sekolah. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!