Wednesday, January 29, 2014

Tips : Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih



Tips : Jenis kereta boleh bantu pikat kekasih | Seseorang “gagalis” yang sukar mendapat kekasih mungkin bukan sekadar perlu menilai diri sendiri, sebaliknya wajar melihat kepada kereta yang dipandu. Satu kaji selidik mendapati tarikan seseorang boleh dipengaruhi jenis kenderaan dimiliki. Menurut laman web Insure.com, wanita berpendapat lelaki memandu trak Ford hitam lebih menarik, manakala lelaki melihat wanita yang memandu BMW ‘sports’ merah sebagai lebih menawan. Kaji selidik membabitkan 2,000 wanita dan lelaki berkenaan melihat jenis, jenama dan warna kenderaan yang dipandu orang yang dikategorikan menarik. Sehubungan itu, wanita rata-rata menganggap pemandu pikap sebagai paling menarik iaitu sebanyak 32 peratus diikuti:

• Sports (27 peratus)
• SUV (16 peratus)
• Sedan (11 peratus)
• Hibrid (9 peratus)
• Trak UPS (4 peratus)
• Van (2 peratus)

Sementara itu, jenama paling dikaitkan dengan daya tarikan terhadap lelaki adalah Ford (16 peratus), Chevrolet (13 peratus) dan Porsche (11 peratus). Di samping itu, wanita turut meminati hitam (53 peratus) sebagai warna untuk lelaki menarik diikuti perak (16 peratus) dan merah (13 peratus). Bagi kaum lelaki pula, mereka menganggap wanita yang memandu kereta ‘sports’ sebagai paling menarik (39 peratus) diikuti Sedan (22 peratus); SUV (20 peratus); pikap (10 peratus); hibrid (6 peratus) dan van (4 peratus). Mereka turut menganggap wanita paling menarik jika memandu:

• BMW (16 peratus)
 • Mercedes (14 peratus)
• Porsche (10 peratus)



 -HM




.

Pelakon dan pelawak Syanie Hisham, berbicara mengenai hari penikahannya pada 1 Mac ini


Pelakon dan pelawak Syanie Hisham, berbicara mengenai hari penikahannya pada 1 Mac ini | Saat ini pelakon dan pelawak Syanie Hisham sedang menghitung hari penikahannya dengan jejaka pilihan, Nadi Putera Mohd. Zainol. Bakal melangsungkan perkawinan pada 1 Mac ini, istimewanya pasangan tersebut sepakat mahu mengadakan majlis bersejarah mereka itu di tepi pantai. "Ini perkahwinan kali kedua saya. Juga perkahwinan kali kedua bagi bakal suami saya. Jadi kami nak buat sesuatu yang berbeza. Majlis kami berkonsepkan 'beach wedding' dan akan diadakan di Sandy Beach Resort, Cenang, Langkawi. Alhamdulillah keluarga bakal suami saya juga menyambut baik idea ini. Kebetulan keluarga bakal suami saya berasal dari Kedah. Majlis sebelah lelaki pula akan diadakan pada 12 Mac.

"Majlis kami nanti sangat santai dan tetamu yang hadir boleh memakai apa saja pakai yang mereka rasa selesa. Tak kisah lah nak pakai dress ker atau pario sekalipun. Janji jangan overshadow saya", kata Syanie sambil tertawadan kemudia meneruskan perbualan dengan berkata, "Saya juga tak kisah kalau majlis saya nanti nampak macam bukan seperti majlis kahwin sebab kami memang pilih konsep santai. Hanya ada majlis nikah tapi kami tak buat majlis bersanding. Ia lebih pada meraikan hari bahagia kami bersama-sama keluarga dan teman-teman. Lebih istimewa, akan ada satu gimik dari bakal suami saya pada hari pernikahan kami nanti", ujarnya ketika ditemui pada malam final, Masterchef All Stars, di Signature, 1st Avenue, malam tadi.

Menurut Syanie lagi, dia memilih Pulau Langkawi untuk mengabadikan hari perkahwinannya kerana tempat tersebut adalah lokasi percutian kegemarannya. Disebabkan kerap bercuti di pulau itu, Syanie mempunyai ramai kenalan di sana. Malah mereka gembira dan sedia menghulurkan bantuan untuk menuruskan majlis perkahwinannya. "Saya suka bercuti di Langkawi dan saya dah kenal ramai kawan di sana. Mereka sedia bantu saya untuk melancarkan lagi perjalanan majlis saya nanti. Misalnya, pihak resort sudi menaja bilik untuk para tetamu saya. Walaupun begitu, ramai jua saudara mara yang beritahu mereka tidak dapat hadir kerana jauh. Dah mereka tak boleh datang, nak buat macam mana, kan", katanya. Difahamkan Syanie bakal bernikah pada sebelah pagi iaitu pada jam 11 pagi. Manakala majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam. Seramai 200 tetamu dijangka hadir pada hari tersebut. Syanie dan Nadi telah mengikat tali pertunangan pada 10 Ogos lalu dalam satu majlis yang diadakan di rumah pelakon itu di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, Syanie turut meluahkan rasa gementar mahu kembali bergelar isteri. "Selepas 12 tahun, akhirnya saya akan kembali bergelar isteri. Jadi saya gementar sebab memikirkan bolehkah saya pikul semula tanggungjawab sebagai isteri. "Tapi sepanjang bertunang ni, Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Tunang saya tu suka makan dan sejak saya sertai Masterchhef, dia selalu minta saya masakkan untuknya",katanya. Mengenai persiapan pula, Syanie berkata dia berasa bertuah kerana boleh dikatakan segala keperluan untuk majlisnya mendapat tajaan daripada pelbagai pihak. "Saya tak sangka ramai yang hubungi saya dan nyatakan hasrat mereka nak taja perkahwinan saya. Daripada baju, lokasi majlis, dandanan malah inai pun saya mendapat tajaan. "Setakat ini persiapan hampir sempurna. Tapi yang lucunyanya, barang hantaran semuanya dah siap dibeli dan segala urusan semua hampir selesai. Cuma satu jer yan kami betul-betul terlupa, cincin! Esok (hari ini) baru kami nak pergi beli cincin kahwin", katanya sambil tertawa. -mD





.

Bekas penyanyi sebuah kumpulan hadapi 9 tuduhan menipu....


Bekas penyanyi sebuah kumpulan hadapi 9 tuduhan menipu.... | Bekas penyanyi sebuah kumpulan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan menipu membabitkan pinjaman perumahan berjumlah RM302,650, tahun lalu. Mohd Qhairol Iqhssan, 28, yang pernah menganggotai kumpulan Tiga itu bagaimanapun diikat jamin RM180,000. Mahkamah menetapkan 7 Februari ini untuk sebutan semula kes. -Bernama




.

Gambar anak lelaki Ustaz Don, Don Mustofa


Gambar anak lelaki Ustaz Don, Don Mustofa | Pendakwah selebriti, Ustaz Don atau nama sebenarnya, Don Daniyal Don Biyajid, 30, buat pertama kalinya berkongsi gambar anak lelakinya, Don Mustofa dengan peminat. Gambar tersebut yang dimuat naik dalam laman Facebook miliknya dirakam pada majlis konvokesyen isterinya, Husna Mohd Zahry, 26 yang baru menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kaherah, Mesir. Bagaimanapun gambar anaknya itu tidak beberapa jelas kelihatan. Dalam status itu, Ustaz Don turut menyatakan rasa bahagia kerana meraikan tiga detik istimewa pada bulan ini.

"Kebahagiaan berganda Januari. Don Jr selamat dilahirkan, sambutan hari lahir iste ri selang sehari selepas bersalin dan isteri tamat pengajian perubatan (konvo)," tulisnya dalam laman sosial itu. Sementara itu, beliau turut berkongsi beberapa video berbentuk tunjuk ajar, nasihat dan kemudian mencukur rambut anaknya itu sambil berselawat bersama-sama isteri dan rakan-rakan.

Terdahulu, Ustaz Don memaklumkan Husna selamat bersalin pada pukul 4.25 petang Sabtu lalu (waktu Mesir) menerusi laman Facebooknya. Bagaimanapun, dalam status itu, Ustaz Don tidak menyatakan jantina dan nama bayi berkenaan sebaliknya hanya memberitahu bayinya dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram. Ahli keluarga Ustaz Don memberitahu, isteri personaliti tersebut selamat melahirkan bayi lelaki dalam keadaan normal yang diberi nama Don Mustofa. Pasangan itu bernikah pada 23 Ogos 2012. -Mstar




.

Bintang badminton Korea Selatan, Lee Yong Dae digantung selepas gagal menjalani ujian dadah


Bintang badminton Korea Selatan, Lee Yong Dae digantung selepas gagal menjalani ujian dadah | Bintang badminton Korea Selatan yang juga bekas pemenang pingat emas Sukan Olimpik, Lee Yong Dae digantung setahun selepas gagal menjalani ujian dadah, umum Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini. Yong-dae, 25, yang kini menghuni ranking kedua dunia dalam beregu lelaki bersama Ko Sung Hyun, merupakan pemenang pingat emas beregu campuran pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, selain meraih gangsa dalam beregu lelaki di Olimpik London 2012.

Korea turut menerima tamparan apabila beregu No. 5 dunia, Kim Ki Jung juga digantung setahun atas kesalahan yang sama. Penggantungan itu berkuatkuasa sehingga 23 Januari 2015, bermakna kedua-dua pemain tersebut bakal terlepas Sukan Asia di Incheon, September ini, selain Piala Thomas yang akan berlangsung di Indonesia, Mei nanti. - REUTERS




.

Ahli kaji bumi ada bukti Malaysia pernah ada dinasour?



Ahli kaji bumi ada bukti Malaysia pernah ada dinasour? | Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti dari beberapa kawasan di negara ini dengan bantuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup. Ini dikuatkan lagi dengan penemuan tulang femur kiri, dinosaur sauropod yang pertama ditemui di Khon Kaen di Timur Laut Thailand pada tahun 1976 dalam batuan berusia Jura-Kapur. Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Datuk Yunus Abd Razak berkata kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan juga di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang yang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.

"Bagaimanapun setakat ini kami belum bernasib baik untuk menemui fosil dinosaur kecuali fosil tumbuhan yang berusia Jura-Kapur yang hanya ditemui dalam lapisan batu pasir setakat ini", katanya kepada media selepas melawat lokasi penemuan fosil tumbuhan kuno berusia antara 270 hingga 340 juta tahun berhampiran kawasan projek pembinaan Ampangan Paya Peda, Hulu Besut. Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya akan melakukan ekspedisi kajian di beberapa kawasan bagi membuat cerapan geologi untuk mencari fosil fauna termasuk flora lagi pada masa akan datang. Kata Yunus sejak tahun 1974 beberapa kawasan dalam negara termasuk Sungai Chincin di Terengganu dan Panti di Johor telah dikaji tetapi hanya hasil fosil flora sahaja ditemui.

Beliau berkata mungkin pihaknya akan mendapatkan pakar dari Thailand bagi mengesan fosil dinosaur kerana mereka berpengalaman melakukannya hingga menemuinya di negara mereka sebelum ini. Katanya JMG dengan kerjasama Kumpulan Warisan Geologi Malaysia serta pakar geologi akan meneruskan kerja-kerja inventori, pencarian, pengelasan, penilaian dan penarafan berkaitan sumber warisan geologi di seluruh negara. Usaha itu akan diteruskan dan hasilnya didedahkan untuk pengetahuan generasi akan datang, katanya. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!