Thursday, January 30, 2014

Pelajar Malaysia menjadi mangsa perlakuan sumbang dalam pesawat di India


Pelajar Malaysia menjadi mangsa perlakuan sumbang dalam pesawat di India | Seorang pekerja sebuah hospital swasta ditahan selepas seorang pelajar Malaysia menuduhnya berkelakuan sumbang terhadapnya dalam pesawat, lapor akhbar Times of India. Pelajar wanita itu yang belajar di kolej pergigian di Mangalore berkata lelaki berumur 36 tahun tersebut menyentuhnya dengan tidak wajar dalam penerbangan pesawat JetKonnect dari Bangalore ke Mangalore pada Selasa. Pesawat itu meninggalkan Bangalore pada 7 pagi. Pelajar itu menuduh lelaki tersebut berkelakuan tidak wajar, menurut akhbar itu. Walaupun dia tidak membuat laporan kepada kru kabin, tetapi dia membuat laporan kepada staf syarikat penerbangan selepas mendarat, yang seterusnya memberitahu pihak polis di Mangalore yang menahan lelaki tersebut untuk di soal siasat.

 Lelaki itu ditahan dan dibawa ke sebuah hospital untuk pemeriksaan. Pihak polis berkata majistret telah mengenakan tahanan reman kepadanya. Inspektor Narasimha Murthy berkata lelaki tersebut didakwa kerana melakukan serangan/menggunakan paksaan jenayah terhadap seorang wanita dengan niat mencabul kehormatannya. Sumber berkata lelaki itu memberitahu polis dia sedang tidur semasa penerbangan itu dan tangannya yang secara tidak sengaja terkena pelajar berkenaan telah disalah anggap sebagai melakukan gangguan seksual. Narasimha mengesahkan mangsa tidak membuat aduan kepada kru kabin pesawat. "Kami akan memanggil kru kabin untuk disoal," katanya. Kru tidak mengetahui tentang kejadian itu sehingga pelajar itu membuat laporan kepada staf di lapangan terbang. "Sekiranya insiden tersebut berlaku semasa di udara, pihak kru perlu membuat laporan dengan jabatan keselamatan di pejabat Bangalore (pejabat syarikat penerbangan)," kata satu sumber. - Bernama




.

Lagi kes bot karam.. Kali ini di Sungai Rajang, Sarawak



Lagi kes bot karam.. Kali ini di Sungai Rajang, Sarawak | Dua penumpang dilaporkan selamat, manakala dua lagi hilang selepas perahu dinaiki mereka karam di Sungai Rajang dekat Rumah Buda, Tanah Putih di sini, kira-kira jam 2 petang tadi. Gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan oleh anggota dari balai Bomba dan Penyelamat Sarikei. Kejadian itu yang ketiga berlaku di Sarawak dalam tempoh kurang sebulan. -BH




.

Guru dan seorang pekerja sembur cat kereta dituduh melakukan mukadimah zina di dalam kereta



Guru dan seorang pekerja sembur cat kereta dituduh melakukan mukadimah zina di dalam kereta | Seorang guru wanita dan seorang pekerja sembur cat kereta dijatuhi hukuman denda RM2,500 di Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap tuduhan melakukan mukadimah zina di dalam kereta, November tahun lalu. Hakim Nik Najib Nik Hassan menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Faridah Hanun Mohd Ariffin, 35, dan Muhammad Zulaizal Azrul Roshdi, 23 mengaku bersalah terhadap tuduhan.-HM




.

Lelaki nyaris maut kereta jatuh dari tingkat empat di Kota Kinabalu


Lelaki nyaris maut kereta jatuh dari tingkat empat di Kota Kinabalu | Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta yang dipandunya terjatuh dari tingkat empat bangunan Star City di sini pagi ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 7 pagi itu, mangsa yang memandu perodua Myvi tersepit dan dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital. - Utusan




.

Pelajar Malaysia ditikam 14 kali oleh tiga remaja di Nottingham, United Kingdom



Pelajar Malaysia ditikam 14 kali oleh tiga remaja di Nottingham, United Kingdom | Seorang pelajar Malaysia terpaksa menerima 11 jahitan selepas cedera ditikam 14 kali oleh tiga remaja dalam satu kejadian di Nottingham, United Kingdom semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa, Ahmad Izat Ahmad Mazni dikatakan baru pulang daripada menonton perlawanan bola sepak. Ahmad Izat dalam Twitternya memaklumkan, dia telah dirompak dalam kejadian itu dan penjenayah telah mengambil telefon bimbit, jam tangan serta dompetnya. "Saya juga terkena tikaman di kepala, di dada, belakang badan, kaki kiri, celah paha, kaki kanan, lengan dan dikelar di beberapa tempat di badan. Saya telah keluar hospital semalam dan kini sedang berehat kerana pergerakan terhad," ujarnya. - Utusan




.

Gambar bayi lelaki yang ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di Kg. Jerulong, Salor, Pasir Mas


Gambar bayi lelaki yang ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di Kg. Jerulong, Salor, Pasir Mas | Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan bersama sekeping nota dan sebuah beg pakaian di sebuah rumah di Kampung Jerulong, Salor di Pasir Mas, dekat sini, Rabu. Pemilik rumah berkenaan, Nora Syettah Mohd Zain, 41, berkata beliau terkejut apabila terdengar tangisan bayi berkenaan pada pukul 4.40 pagi Rabu. Turut ditemui peralatan bayi dan nota yang memaklumkan mengenai jadual penyusuan bayi berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata berdasarkan nota yang ditinggalkan itu, bayi berusia 13 hari itu perlu diberi susu setiap 3 jam sehingga mencapai berat 2 kilogram.


"Keadaan bayi itu sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan tetapi dalam keadaan kesejukan walaupun dibaluti dengan selimut," katanya ketika dihubungi di sini. Katanya, pihak polis sedang mengesan ibu bayi tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.-- Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!