Saturday, February 1, 2014

Gempa bumi di Ranau, Sabah



Gempa bumi di Ranau, Sabah | Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau. Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Abdul Rahman Kassim berkata, gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk. "Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat. "Setakat ini, pihak polis daerah tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam mengenai gegaran itu," katanya. - Bernama




.

Pembantu rumah tanam bayi sendiri di belakang rumah majikan


Pembantu rumah tanam bayi sendiri di belakang rumah majikan | Sebuah mahkamah di sini, kelmarin menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan ke atas seorang pembantu rumah dari Indonesia kerana menanam bayinya sendiri di belakang rumah majikannya. Menurut dokumen pertuduhan, Musliyati, 37, melahirkan seorang bayi lelaki di tandas rumah majikannya pada awal pagi 8 November lalu. Dia kemudian mengambil bayi berkenaan dari mangkuk tandas, memotong tali pusat serta membalutnya dengan plastik hitam sebelum menanamnya di belakang rumah majikannya. Siasatan forensik menunjukkan, bayi itu dilahirkan pada usia antara lapan hingga sembilan bulan, namun tidak dapat dipastikan sama ada bayi itu masih hidup ketika dilahirkan. - AFP




.

Mungkinkah masa depan penyanyi Justin Bieber akan malap dengan berita ini?



Mungkinkah masa depan penyanyi Justin Bieber akan malap dengan berita ini? | Penyanyi Justin Bieber, mungkin akan diusir ke negara asalnya, Kanada, selepas lebih 100,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) menandatangani petisyen We The People semalam, menggesa supaya dia dihantar pulang. Petisyen itu bakal dikemukakan kepada White House yang sebelum ini berjanji akan mengkajinya jika ditandatangani lebih 100,000 orang dalam tempoh 30 hari, namun tanda tangan itu dapat dikumpul hanya dalam masa enam hari. Menurut TMZ, tindakan itu dibuat selepas Bieber ditahan di Miami, Florida, baru-baru ini. "Kami rakyat AS mahu melihat Bieber yang membawa kesan bahaya dan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, dihantar pulang selain status penduduk tetapnya dibatalkan. "Dia bukan sahaja mengancam keselamatan penduduk negara ini, tetapi juga membawa pengaruh negatif dalam kalangan belia," jelas penduduk AS dalam petisyen tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Bieber, 19, semalam didakwa atas kesalahan menyerang seorang pemandu limousin dalam satu kejadian pada 30 Disember lalu di Kanada. Penyanyi lagu Baby itu tiba di sebuah balai polis di Toronto bagi berdepan dakwaan, ketika berpuluh-puluh wartawan, jurugambar dan peminatnya berkumpul bagi merakamkan wajahnya. Mengikut dakwaan, Bieber dilapor memukul lelaki itu di bahagian belakang kepalanya sebanyak beberapa kali ketika bertengkar sebelum pemandu itu memberhentikan kenderaan tersebut dan menghubungi polis. Pemandu itu difahamkan menjemput Bieber serta lima lagi rakannya dari luar sebuah kelab malam berhampiran Peter Street and Adelaide Street kira-kira pukul 2.50 pagi waktu tempatan. Sebutan kes penyanyi itu akan diadakan pada 10 Mac ini di Toronto. - AGENSI





.

Suami dera isteri kerana wang


Suami dera isteri kerana wang | Seorang wanita didera oleh suaminya kerana enggan memberi wang RM100 kepada suaminya yang juga seorang penagih dadah di rumah mereka di Kampung Temusu, Limbat, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Azham Othman, berkata dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, lelaki berusia 26 tahun itu dilaporan memukul kepala isterinya yang berumur 21 tahun dengan belakang kapak dan mengikat leher isterinya dengan rantai dan dikunci dengan mangga. Beliau berkata, anggota keluarga mangsa yang menyedari kejadian menghubungi pihak polis, namun lelaki berkenaan sempat melarikan diri apabila polis tiba.

Wanita berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mangsa yang baru melahirkaan anak kedua, ketika ditemui di hospital berkata dia masih trauma dengan kejadian itu. "Saya takut untuk kembali ke rumah itu lagi dan menganggap hubungan antara kami (dengan suami) sudah berakhir. "Sekarang tumpuan saya ialah untuk membesarkan dua anak saya dan berharap perkara ini tidak berlaku lagi kepada saya," katanya yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!