Wednesday, February 5, 2014

Gambar kanak-kanak diselamatkan setelah terkandas di dinding bangunan setinggi 6 tingkat


Gambar kanak-kanak diselamatkan setelah terkandas di dinding bangunan setinggi 6 tingkat | SEORANG kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Suining, wilayah Sichuan, China, terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba selepas dia terkandas di tebing dinding bangunan setinggi enam tingkat kediamannya. Kanak-kanak tersebut bertindak memanjat dinding yang terletak pada ketinggian 18.2 meter itu untuk memasuki rumahnya yang berada di tingkat lima bangunan tersebut melalui tingkap, selepas dia terkunci dari luar rumahnya. Sejurus memanjat dinding berkenaan, budak berkenaan mendapati tiada laluan untuknya masuk ke dalam rumah. Jiran berdekatan yang melihat akan kelibat kanak-kanak itu bertindak menghubungi bomba untuk membantu menyelamatkannya. -AP




.

Serius : 20 juta penduduk Afrika berdepan krisis makanan


Serius : 20 juta penduduk Afrika berdepan krisis makanan | Kira-kira 20 juta penduduk di rantau Sahel di Afrika, bakal berdepan krisis makanan yang serius dengan lima juta kanak-kanak menderita masalah pemakanan yang tidak seimbang ekoran konflik keganasan dan bencana kemarau. Ketua Misi Bantuan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Valerie Amos berkata, antara negara yang berdepan risiko tersebut termasuk Burkina Faso, Cameroon, Chad, Gambia, Mali, Mauritania, Niger, Nigeria dan Senegal. Amos berkata, lebih ramai penduduk akan mengalami krisis makanan ekoran jumlah keperluan yang masih tinggi diperlukan sehingga tiada agensi atau pertubuhan kemanusiaan mampu mengatasi masalah tersebut. Jelasnya, PBB memerlukan bantuan sebanyak AS$2 bilion (RM6 bilion) pada tahun ini bagi mengatasi krisis itu melalui pelan khas yang dilancarkan di Rom, Itali hari ini.

"Berdasarkan laporan, sebanyak lima juta kanak-kanak berusia seawal lima tahun akan berdepan masalah pemakanan tidak seimbang jika krisis berkenaan dibiarkan. "Satu usaha khas melalui pelan tersebut akan dilaksanakan di rantau terbabit bagi mengatasi masalah utama iaitu kekurangan bekalan makanan, pemakanan tidak seimbang, wabak, konflik keganasan, pelarian dan bencana," katanya. Menurut Amos, pelan selama tiga tahun itu bertujuan meneliti dan menganalisis risiko serta kelemahan program bantuan kemanusiaan sebagai tindak balas terhadap petanda awal dan menyampaikan bantuan kepada penduduk di rantau Sahel yang terjejas akibat aktiviti pengganas yang dikaitkan dengan militan al-Qaeda. "Peningkatan masalah kekurangan bekalan makanan di Sahel sudah dijangka. "Misi menyelamatkan nyawa penduduk di rantau terbabit menjadi langkah penting dalam misi kemanusiaan PBB," katanya. - AGENSI/DPA





.

Senarai 19 gunung berapi di Indonesia yang kini berstatus 'berjaga-jaga'


Senarai 19 gunung berapi di Indonesia yang kini berstatus 'berjaga-jaga' | Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia mengesahkan 19 gunung berapi di Indonesia kini berstatusberjaga-jaga atau Waspada. Namun demikian, BNPB menasihatkan agar rakyatnya tetap tenang dan tidak panik ekoran kenyataan tersebut. "Gunung berapi bersifat perlahan. Ia tidak akan meletus secara tiba-tiba. Tanda-tanda awal akan terlihat yang akan mengubah statusnya dari Normal, Waspada, Siaga (siap sedia) dan Awas (bahaya)," ujar Ketua Pusat Data, Informasi dan Humas, Dr. Sutopo Purwo Nugroho. Memetik portal Suara Pembaharuan sebagai melaporkan, Dr. Sutopo berkata perubahan status beberapa gunung berapi ke tahap berjaga-jaga telah megurangkan aktiviti-aktiviti harian di kawasan sekitar dengan gunung berapi tersebut walaupun ia masih belum dianggap berbahaya.

Hingga kini, hanya Gunung Sinabung sahaja yang berstatus bahaya sejak 24 November 2013 lalu. Gunung Karangetang, Seulewah dan Rokatenda berada di dalam keadaan status III atau siap sedia. "Gunung -gunung berapi yang berstatus Waspada (status II) adalah Kelud, Raung, Ibu, Lewotobi Perempuan, Ijen, Gamkonora, Soputan, Sangeangapi, Papandayan, Dieng, Seulewah Agam, Gamalama, Bromo, Semeru, Talang, Anak Krakatau, Marapi, Dukono, dan Kerinci. Yang lain masih lagi berstatus Normal," ujar Sutopo. Sutopo juga menjelaskan, status berjaga-jaga yang diberikan kepada 19 gunung berapi tersebut adalah berdasarkan daripada data-data yang menunjukkan sedikit peningkatan aktiviti bawah tanah melebihi aktiviti-aktiviti di status Normal.

 Persiapan penduduk sekitar wilayah tersebut untuk menghadapi bencana harus dilakukan tetapi pada tahap minimum. Manakala bagi status siap sedia, data-data yang diterima BNPB menunjukkan bahawa peningkatan aktiviti-aktiviti bawah tanah di sekitar gunung berapi mungkin mengakibatkan letusan atau bencana dan penduduk di kawasan terancam tersebut disarankan melakukan persiapan untuk menghadapi letusan dan juga bencana -bencana lain akibat daripada letusan gunung berapi dilakukan dengan lebih giat lagi.-Awani




.

Cerita dan gambar terkini penyanyi Mawi



Cerita dan gambar terkini penyanyi Mawi | Lima tahun melayari bahtera rumah tangga bersama Nora’ Asikin Rahmat atau Ekin, 34, nyata membahagiakan Mawi. Apatah lagi, hasil perkongsian hidup itu mereka kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cahaya Malaika yang kini berusia dua tahun. Masih aktif dalam nyanyian yang diceburi sembilan tahun lalu, Mawi atau Asmawi Ani, 32, mengakui namanya sudah tidak sehebat dulu. Namun, penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena ‘tsumawi’ itu akui lebih selesa 'low profile' sekarang. Mawi ketika ditemui berkata, semua yang pernah dilaluinya dulu memberi banyak pengalaman, malah dia jika boleh tidak mahu lagi melalui kehidupan seperti itu yang nyata amat menyesakkan dada. “Sekarang saya lebih tenang. Tidak lagi terlalu menjadi tumpuan masyarakat macam dulu. Saya sedar populariti sangat penting bagi seseorang artis, namun cukuplah dengan apa yang pernah saya alami itu.

“Kini, populariti bukan lagi keutamaan saya. Sekadar peminat masih kenal dan ingat siapa Mawi, itu sudah memadai. Jadi, saya tidak pernah kesal dengan apa yang dilalui dulu dan sekarang kerana pengalaman mematangkan diri. “Apa yang pasti, kini saya bahagia dalam kehidupan berkeluarga. Anak semakin membesar dan saya pula bersama Ekin sekarang sibuk dengan urusan perniagaan produk kesihatan kami di bawah label sendiri, UnieQuein,” katanya. Menurut Mawi, perniagaan diceburi adalah satu daripada pelaburan sebagai jaminan masa depannya dan keluarga. Katanya, dia sudah tidak lagi laris seperti dulu dan perniagaan adalah cabang rezeki paling sesuai diusahakan. “Ditambah lagi, Ekin juga memang minat berniaga. Jadi, kami berdua saling bekerjasama melontarkan idea apa yang terbaik untuk terus mengukuhkan perniagaan dibina. Kini, nampaknya segala usaha kami membuahkan hasil. “Agak selesa jugalah sekarang. Namun, apa yang pasti dalam perniagaan ini tidak boleh leka. Justeru, usaha perlu ditingkatkan pada setiap masa,” katanya mengakui ada juga berasa rindu pada kenangan zaman popular dulu.

Mengulas mengenai langkahnya untuk mengulangi populariti lalu, Mawi berkata, sekarang dia sudah gembira jika dapat muncul dengan single. Kata Mawi, sekurang-kurangnya dengan single itu maka peminat tahu dia masih aktif. “Keadaan pasaran muzik yang tidak menentu sekarang membuatkan saya perlu berhati-hati. Jadi, langkah yang saya ambil adalah merakamkan lagu berunsur kerohanian seperti Al Haq bergandingan bersama Datuk AC Mizal. “Syukur ke hadrat Ilahi kerana Al Haq cukup diterima baik pendengar muzik tempatan. Justeru, maklum balas menggalakkan diterima itu membuatkan saya bersemangat untuk mendapatkan lagu lebih baik untuk dirakamkan,” katanya.


Belum terfikir tambah anak 

Teruja berkongsi pengalamannya sebagai bapa, Mawi berkata, kehidupannya sudah lengkap.
Kehadiran anak walaupun seorang sudah cukup membahagiakan. Kini, Cahaya Malaika adalah permata penting dalam hidup Mawi dan Ekin. Melihatkan perkembangan pembesaran Cahaya yang bersikap periang, manja dan aktif membuatkan Mawi dan isteri tidak lagi berasa kekosongan. Katanya, banyak perubahan berlaku dalam hidup mereka suami isteri selepas kehadiran Cahaya. “Sekarang, saya dan Ekin semakin bersemangat mencari rezeki demi keselesaan Cahaya. Apatah lagi, Cahaya ini kanak-kanak yang cergas dan tak boleh duduk diam. Ada saja benda yang dibuat dan dia juga ramah. “Cahaya pun senang nak jaga sebab dia tak banyak ragam. Bagaimanapun, dia cepat cemburu sekiranya saya dan Ekin cuba memberi perhatian pada kanak-kanak lain. Barangkali, sudah terbiasa seorang, jadi dia tak selesa. “Apapun, buat masa ini hanya Cahaya yang menjadi fokus dan keutamaan kami. Dialah cinta hati saya dan Ekin. Kalau berjauhan pun, tak boleh lama-lama kerana saya akan merinduinya,” katanya tidak mahu tergesa-gesa menambah zuriat.

Menurut Mawi, anaknya masih kecil untuk ada adik. Jadi, biar sekarang Cahaya berasakan kasih sayang sepenuhnya daripada mereka berdua. Katanya, apabila tiba masa sesuai dan perniagaan semakin stabil, baru boleh difikirkan. Mengulas pembabitannya pada majlis anugerah, Mawi berkata, dia sentiasa bersedia memberi kerjasama untuk menghiburkan penonton dan tidak kisah sama ada nama dicalon atau tidak. “Saya tetap gembira dan teruja sekiranya nama masih dicalonkan. Bagaimanapun, semua itu bergantung kepada peminat kerana mereka yang berhak membuat pilihan. Lagi pun sekarang ini ramai artis baru berbakat yang muncul. “Oleh itu, biar peminat saja menentukan apa yang mereka suka. Sebagai artis, saya perlu melakukan kerja dengan memberikan hiburan terbaik untuk mereka. Pada saya, menang dan kalah juga adalah adat bertanding,” katanya. Menurut bintang yang pernah dihambat kontroversi ini lagi, peminat sekarang sudah lebih bersikap terbuka. -HM




.

Bahana penipuan percintaan dalam talian (online)



 Bahana penipuan percintaan dalam talian (online)  | Polis Nigeria menahan seorang lelaki berkaitan pembunuhan wanita Australia yang ditipu AS$90,000 (RM300,015) menerusi penipuan percintaan dalam talian. Suruhanjaya Ekonomi dan Kewangan (EFCC) berkata Orowo Jesse Omokoh ditahan pada 28 Januari di Nigeria, tanpa memperincikan lokasi individu itu ditahan. Pelajar University of Ibadan di tenggara negara itu akan dihadapkan ke mahkamah untuk perbicaraan ekstradisi, menurut seorang jurucakap. Omokoh dikatakan terbabit dalam percintaan palsu dalam talian dengan Jette Jacobs, tetapi lima hari selepas berpindah ke Johanesburg, Afrika Selatan untuk menemui Jacobs pada Februari tahun lalu, wanita itu ditemui mati.


Mahu meterai percintaan 

Keluarga wanita itu percaya beliau dibunuh selepas meninggalkan rumah di Wagin, timur laut Perth pada November lalu untuk berjumpa bagi memeterai percintaan dalam talian yang berlangsung empat tahun. Beberapa barang berharganya hilang dan Omokoh pulang ke Nigeria. “Polis Afrika Selatan, yang menyiasat kematian misteri itu, mengesyaki Omokoh bertanggungjawab ke atas kematian Jacobs,” kata EFCC. Organisasi itu, yang menyiasat penipuan dalam talian dan penggubahan wang haram, berkata Polis Persekutuan Australia memaklumkan pegawainya pada Mac bahawa Omokoh menipu Jacobs sebanyak AS$90,000.

Jacobs, seorang nenek dari Barat Australia, dilaporkan menghantar AS$10,000 (kira-kira RM30,000) ke Nigeria ketika ‘percintaan’ empat tahun dengan lelaki dikenali ‘Jesse’. Tragiknya, polis menerusi ‘Operation Sunbird’ untuk menumpaskan penipuan dalam talian sudah menghantar surat kepada Jacobs mengingatkan beliau adalah mangsa penipuan tetapi surat itu tiba ketika beliau sudah berangkat ke Afrika Selatan. Beliau mempunyai enam anak dan 14 cucu. - AGENSI




.

Gambar penemuan mayat reput terputus dua di Hutan Simpan Bukit Gedong


Gambar penemuan mayat reput terputus dua di Hutan Simpan Bukit Gedong | Mayat seorang lelaki ditemui reput dan terputus dua dalam belukar Hutan Simpan Bukit Gedong disini petang tadi. Mayat lelaki tanpa identiti itu dipercayai mati sejak sebulan lalu ditemui penduduk tempatan kira-kira jam 5 petang. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, kepala mayat berkenaan ditemui tergantung manakala badannya yang sudah terputus ditemui tidak jauh dari kepalanya. Menurutnya,pemeriksaan awal mendapati kepala mangsa diikat menggunakan akar pokok. Beliau berkata, mayat berkenaan memakai baju berwarna kelabu dan berseluar hitam. Turut ditemui sepasang selipar yang dipercayai miliknya.

"Mayat berkenaan dianggarkan berketinggian dua meter tetapi identitinya masih belum dapat dikenal pasti. "Buat masa ini, kita klasifikasikan nya sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut akan dijalankan," katanya ketika dihubungi. Fah Hin berkata, polis akan melakukan pemeriksaan untuk mengesan kemungkinan ada individu yang membuat laporan kehilangan ahli keluarga. -SH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!