Thursday, February 6, 2014

Puteri Sepanyol hadapi tuduhan mahkamah atas dakwaan penipuan dalam skandal rasuah


Puteri Sepanyol hadapi tuduhan mahkamah atas dakwaan penipuan dalam skandal rasuah | Seorang hakim akan menyoal anak perempuan bongsu Raja Sepanyol, Juan Carlos Cristina pada Sabtu ini atas dakwaan penipuan dalam skandal rasuah yang menjadi kes bersejarah pertama membabitkan keluarga diraja. Cristina , 48, kini menghadapi penelitian awam atas tuduhan penipuan cukai dan pengubahan wang haram. Ini adalah kali pertama dalam sejarah moden Sepanyol apabila ahli keluarga diraja disaman dan dituduh di mahkamah. Kes itu dikaitkan dengan perniagaan suami Cristina iaitu bekas pemain bola baling Olimpik, IƱaki Urdangarin , 46. Beliau disiasat kerana didakwa melakukan penyelewengan dana awam. Bagimanapun beliau dan Cristina belum dituduh melakukan kesalahan berkenaan. Kedua-dua mereka menafikan melakukan kesalahan tersebut. -AP




.

Remaja 13 tahun rogol adik berusia lapan tahun selepas menonton video lucah


Remaja 13 tahun rogol adik berusia lapan tahun selepas menonton video lucah | Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dari Blackburn, England telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox. Budak yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya. Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat. Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'.

Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'. Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau, manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya . Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu. Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'. "Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini. "Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda. Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah. Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan. Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet. Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian. Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka. Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian." Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar. "Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat. "Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya. -AP




.

Meadow Rain Walker, anak bintang Fast and Furious, mendiang Paul Walker yang mewarisi harta kekayaan sebanyak AS$25 juta (RM830 juta)



Meadow Rain Walker, anak bintang Fast and Furious, mendiang Paul Walker yang mewarisi harta kekayaan sebanyak AS$25 juta (RM830 juta) | Bintang filem aksi kereta Fast and Furious, Paul Walker meninggalkan harta kekayaan sebanyak AS$25 juta (RM830 juta) kepada seorang anak perempuannya, Meadow Rain Walker," lapor akhbar MailOnline kelmarin. Pelakon berusia 40 tahun itu maut dalam satu kemalangan dengan seorang rakannya, Roger Rodas pada 30 November tahun lalu. Ketika kejadian, dia menaiki sebuah kereta Porsche di Santa Clarita, California. Dia turut menamakan ibunya sebagai penjaga yang sah kepada anak perempuannya yang berusia 15 tahun itu. Portal hiburan TMZ. com melaporkan, pelakon itu telah melantik bapanya untuk melaksanakan wasiatnya itu. - Agensi




.

Bukti pelakon sinetron, Asmirandah sudah murtad?



Bukti pelakon sinetron, Asmirandah sudah murtad? | PELAKON sinetron terkenal, Asmirandah beragama Islam. Dia bagaimanapun telah berkahwin dengan Jonas Rivanno yang merupakan penganut Kristian. Perkahwinan mereka kemudian berhadapan kontroversi selepas Jonas menafikan dirinya telah menjadi seorang mualaf, yang membuatkan hubungan suami isteri itu dibatalkan pada 18 Disember 2013 kerana perbezaan agama. Namun, atas dasar cinta, pelakon itu mengaku yang dia dan Jonas kemudian telah berkahwin sekali lagi di luar negara. Dia bagaimanapun tidak menyatakan bila mereka berkahwin semula.


Situasi perkahwinan mereka kini menjadi lebih tegang apabila baru-baru ini tersebar sekeping gambar yang menunjukkan Asmirandah bersama suaminya sedang 'beribadat' di dalam sebuah gereja. Adakah wanita itu kini telah murtad? Diterjah dengan persoalan tentang pegangan agamanya kini, ujar Asmirandah: "Agama hak saya. Iman juga hak saya. Terserah, mahu melihat saya seperti apa. Ini urusan saya dengan Tuhan."




.

4 Gambar tiga beradik bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka


4 Gambar tiga beradik bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka | Tiga beradik membunuh ibu mereka sebelum memakan organnya mentah-mentah selepas upacara dipercayai bertujuan menghalau roh jahat dalam badan wanita itu. Jiran melaporkan terdengar bunyi pelik dari rumah itu beberapa hari sebelum mayat Musala Amil, 56, ditemui di bandar Ampatuan.


Menurut Ketua Polis Ampatuan Inspektor Ronald De Leon, mayat wanita itu kehilangan beberapa anggota badan selain tidak berdarah. Tiga anak lelakinya - Dante, 35, Paroy, 21, dan Ibrahim, 18 - bagaimanapun menafikan membunuh ibu mereka sebaliknya mendakwa cuba mengubati penyakit dipercayai diakibatkan roh jahat dalam kejadian yang berlaku Rabu lalu.


Katanya, polis turut menyiasat laporan bahawa keluarga berkenaan mempunyai masalah mental, namun tidak menolak kemungkinan mereka berada di bawah pengaruh dadah. “Ketiga-tiga adik-beradik tinggal bersama ibu mereka di sebuah ladang di Purok Nabadtog.


“Semuanya akan menjalani ujian dadah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Sementara itu ahli jawatankuasa kampung berkenaan mendakwa tiga beradik terbabit bertindak seperti binatang apabila membunuh dan meratah mayat ibu mereka. - Agensi





.

Bapa cedera ditikam anak beberapa kali, di Kampung Seterpa, Bukit Marak


Bapa cedera ditikam anak beberapa kali, di Kampung Seterpa, Bukit Marak | Gara-gara berselisih faham, seorang anak sanggup menikam ayahnya sendiri sehingga menyebabkan warga emas itu cedera di perut dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Seterpa, Bukit Marak di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa, Ibrahim Che Mud, 62, dipercayai telah ditikam beberapa kali oleh anak ketiganya yang berusia 37 tahun itu. Bagaimanapun mangsa dilaporkan stabil dan kini dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian di sini. - Utusan




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!