Sunday, February 9, 2014

(Takziah) Ayah pelakon Nadia Mustafar meninggal dunia sebelum sempat melihat cucu



(Takziah) Ayah pelakon Nadia Mustafar meninggal dunia sebelum sempat melihat cucu | Pelakon Nadia Mustafar terkilan apabila tidak dapat berjumpa dengan bapanya iaitu Allahyarham Sheikh Mustafar Sheikh Ahmad buat kali terakhir yang meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi Ahad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Nadia, 38, yang baharu sahaja melahirkan anak ketiganya pada Jumaat lalu berkata, arwah bapanya sebelum ini ada memberitahu supaya datang membawa bayi itu selepas dia bersalin dan sedih tidak sempat berbuat demikian. "Sebelum mendapat tahu arwah ayah meninggal dunia, ahli keluarga ada memaklumkan keadaannya yang sudah kritikal dan saya mengagahkan diri bersiap untuk ke Ipoh bertemu dengannya.


 "Bagaimanapun Allah lebih menyayanginya apabila dia pergi terlebih dahulu sebelum sempat saya bertemunya buat kali terakhir," katanya. Dalam perkembangan sama, Nadia berkata, bapanya telah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu dan Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua pada usia 76 tahun. "Sebelum ini dia jarang sakit teruk tetapi sudah sampai masanya arwah kembali kepada penciptanya dan saya reda," ujarnya. Jenazah dijangka dikebumikan di Kajang dekat sini sebelum Asar pada Ahad. Sementara itu, Nadia berkata, dia baharu sahaja dibenarkan keluar dari Hospital Pantai Cheras di sini selepas melahirkan anak ketiganya yang diberi nama Mia Qaleessa. Kata Nadia, Mia dilahirkan secara normal pada Jumaat lalu kira-kira pukul 2 petang. -Mstar





.

Penyanyi terkenal dan bergelar jutawan, mohon kerja sebagai juruwang


Penyanyi terkenal dan bergelar jutawan, mohon kerja sebagai juruwang  | Walaupun bergelar jutawan dan menempa nama sebagai penyanyi, Susan Boyle masih memerlukan pekerjaan. Malah baru-baru ini dia didapati memohon kerja sebagai juruwang separuh masa di syarikat perjudian Ladbrokes. Susan, 52, yang memiliki kekayaan dianggar bernilai £20 juta (RM111 juta) memohon jawatan itu di cawangan syarikat berkenaan di Scotland. Penolong Pengurus David Corr berkata, mereka terkejut apabila dikunjungi Susan. Mereka kemudian menasihati Susan - juga dikenali sebagai SuBo - membuat permohonan secara dalam talian. Seorang penduduk setempat berkata, Susan benar-benar berminat untuk bekerja di situ.

“Sudah pasti dia tidak perlukan wang. “Bagi saya itu mungkin satu cara untuk dia keluar dari rumahnya dan kurangkan berfikir,” katanya. Jurucakap Ladbrokes berkata, Susan pernah memohon bekerja di situ sebelum menjadi terkenal. “Mungkin ada sesuatu yang istimewa mengaitkan kami dengan juara Britain’s Got Talent kerana seorang jurinya Alesha Dixon juga pernah bekerja dengan kami sebelum terkenal!” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi




.

Tarikh Penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0



Tarikh Penerimaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0  | Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.

"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50. Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M, kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!