Thursday, February 20, 2014

Adeh.. Cikgu buat love bite pada pelajar kena hukum penjara 6 bulan



Adeh.. Cikgu buat love bite pada pelajar kena hukum penjara 6 bulan | Sebuah mahkamah di republik ini semalam menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas seorang guru kerana berkelakuan tidak senonoh termasuk membuat “gigitan cinta" terhadap pelajarnya. Guru wanita berusia 42 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan ke atas pelajar lelaki berusia 13 tahun di sekolahnya. Ibu kepada empat orang anak yang mengajar sejak 11 tahun lalu itu, sebelum ini mengaku salah atas dua tuduhan serangan seksual terhadap kanak-kanak atau remaja di bawah Akta Kanak-kanak dan Remaja Singapura. - AFP




.

Terpisah tapi disalah anggap sesat



Terpisah tapi disalah anggap sesat | Ketua agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Jordan, Andrew Harper menyifatkan kejadian merentasi sempadan berlaku hampir setiap hari membabitkan penduduk Syria yang terpaksa meninggalkan tanah air mereka kerana konflik sehingga ada kanak-kanak kecil kadang kala terpisah sementara daripada keluarga mereka. Kelmarin beliau merakamkan gambar seorang kanak-kanak lelaki, Marwan, 4, yang berjalan seorang diri di tengah padang pasir antara sempadan Syria dan Jordan ketika ditemui sekumpulan kakitangan UNHCR. Gambar terbabit dikirimkan ke Twitter dan menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu sehingga ia disebarkan secara meluas di internet.

Tetapi gambar sisipan lain yang dikirimkan Harper di Twitter menunjukkan bahawa Marwan sebenarnya tidak jauh daripada keluarganya dan juga berada di belakang sekumpulan pelarian lain ketika kanak-kanak yang kelihatan berjalan berseorangan itu didekati sekumpulan petugas bantuan agensi pelarian itu. “Dia terpisah seketika tetapi tidak bersendirian,” kata Harper mengenai gambar yang mencetuskan ‘kekecohan dan kekeliruan’ mengenai pelarian yang melintasi sempadan antara Syria dan Jordan itu. “Marwan didekati dan disatukan semula dengan ibunya kira-kira 10 minit selepas gambar terbabit diambil,” kata Harper yang mendedahkan bahawa setiap hari berlaku kejadian kanak-kanak yang sesat atau terpisah dari keluarga mereka ketika dalam perjalanan ke kem pelarian. -AP




.

Tentera didapati semakin gemuk dan tinggi, membuatkan kereta kebal semakin sempit


Tentera didapati semakin gemuk dan tinggi, membuatkan kereta kebal semakin sempit | Tentera China didapati semakin gemuk dan tinggi sejak kebelakangan ini dan mendapati diri mereka kini semakin sempit untuk berada dalam kereta kebal yang direka kira-kira tiga dekad lalu, lapor media tempatan. Satu kajian mendapati bahawa anggota Tentera Pembebasan Rakyat secara purata bertambah ketinggian mereka sebanyak dua sentimeter dan menjadi lebih gemuk sebanyak lima sentimeter di pinggang sejak 20 tahun lalu, lapor akhbar rasmi tentera, PLA Daily, kelmarin. Berikutan itu, semakin sukar untuk menempatkan mereka dalam sebuah kereta kebal yang direka untuk anggota yang lebih kecil kira-kira 30 tahun lalu, katanya. Senjata kurang Bekalan senjata juga didapati semakin berkurangan dan mengehadkan keupayaan mereka, katanya. -AP




.

Buka Facebook dianggap perbuatan tidak bermoral dan hukumannya direjam sampai mati



Buka Facebook dianggap perbuatan tidak bermoral dan hukumannya direjam sampai mati | Seorang gadis Syria dijatuhi hukuman rejam sehingga mati kerana membuka akaun laman web sosial, Facebook, menurut satu laporan hari ini. Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, di sini menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu. Dia dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap ketika sedang melayari laman web itu. Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut yang berada di bawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina.

ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, tahun lalu. Kumpulan tersebut merupakan satu daripada pertubuhan yang menentang tentera kerajaan Syria, dan kini menawan bandar al-Raqqa pada Mac, tahun lalu. Dilaporkan, terdapat penduduk yang menentang kumpulan itu ditahan dan dimasukkan ke dalam penjara tanpa perbicaraan. Penduduk wanita pula diarah untuk menutup aurat dan menurut laporan saluran televisyen CNN, mereka dilarang bertemu dengan doktor lelaki dan meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki. - AGENSI




.

Wanita 45 tahun maut, kereta dipandu diseret lori 10 tan sejauh kira-kira 150 meter


Wanita 45 tahun maut, kereta dipandu diseret lori 10 tan sejauh kira-kira 150 meter  | Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya diseret sejauh kira-kira 150 meter oleh sebuah lori 10 tan di Jalan Bukit Jalil Indah, Bukit Jalil, petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Fuad Omar, berkata dalam kejadian 2.33 petang itu, kereta yang dipandu Sze Po Ling, 45, sedang berhenti di lampu isyarat sebelum lori itu yang dari arah bertentangan dan mahu membelok ke kanan, terbabas ke hadapan lalu menyeret keretanya. "Lori mengangkut tanah itu mahu masuk ke simpang di Jalan Bukit Jalil Indah dan kita percaya lori itu hilang kawalan sebelum melanggar kereta Sze yang berhenti di lampu isyarat.

"Akibatnya, lori itu telah mengheret kereta berkenaan hingga masuk sedikit ke dalam Tapak Semaian Bukit Jalil," katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun, katanya pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan itu. Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang mengesahkan kemalangan itu, berkata mayat Sze dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama




 P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Penyanyi Ainan Tasneem cedera dalam kemalangan di Kangar



Penyanyi Ainan Tasneem cedera dalam kemalangan di Kangar | Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi. Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang. Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan. -BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!