Thursday, February 20, 2014

Wanita 45 tahun maut, kereta dipandu diseret lori 10 tan sejauh kira-kira 150 meter


Wanita 45 tahun maut, kereta dipandu diseret lori 10 tan sejauh kira-kira 150 meter  | Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya diseret sejauh kira-kira 150 meter oleh sebuah lori 10 tan di Jalan Bukit Jalil Indah, Bukit Jalil, petang semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Fuad Omar, berkata dalam kejadian 2.33 petang itu, kereta yang dipandu Sze Po Ling, 45, sedang berhenti di lampu isyarat sebelum lori itu yang dari arah bertentangan dan mahu membelok ke kanan, terbabas ke hadapan lalu menyeret keretanya. "Lori mengangkut tanah itu mahu masuk ke simpang di Jalan Bukit Jalil Indah dan kita percaya lori itu hilang kawalan sebelum melanggar kereta Sze yang berhenti di lampu isyarat.

"Akibatnya, lori itu telah mengheret kereta berkenaan hingga masuk sedikit ke dalam Tapak Semaian Bukit Jalil," katanya ketika dihubungi Bernama. Bagaimanapun, katanya pemandu lori itu melarikan diri selepas kemalangan itu. Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor yang mengesahkan kemalangan itu, berkata mayat Sze dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat. - Bernama




 P/S - Sekadar gambar hiasan




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!