Friday, February 21, 2014

Samsung Galaxy S5


Samsung Galaxy S5 | Samsung dijangka akan memperkenalkan telefon bimbit baru Isnin depan pada Kongres Telefon Bimbit Sedunia yang akan berlangsung di Barcelona. Telefon pintar tersebut Galaxy S5 khabarnya akan dilengkapi dengan aplikasi baru yang bakal menyaingi ciri-ciri yang terdapat dalam telefon keluaran Apple. Juga khabarnya Galaxy S5 ini juga akan dilengkapi dengan skrin yang lebih besar. Jenama keluaran Korea Selatan itu menjual 300 juta unit telefon bimbit sepanjang tahun lalu merangkumi 31 peratus daripada satu bilion unit yang dijual di seluruh dunia. Apple Inc, secara globalnya menguasai 15.6 peratus penguasaan pasaran dunia. Sementara itu, 42.3 peratus penjualan telefon bimbit dunia tahun lalu dicatatkan kebanyakannya di negara-negara sedang membangun di Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Pasaran yang lebih matang seperti di Eropah Barat dan Amerika Syarikat mencatatkan pertumbuhan yang lembab pada suku terakhir 2013. Di belakang Samsung dan Apple, produk China, Huawei dan Lenovo mengikuti dengan rapat sebagai jenama ketiga dan keempat terbesar dunia buat masa ini dengan ZTE tidak jauh ketinggalan."Chinese players are l Lenovo misalnya mengambil langkah strategik dengan membeli kepentingan Motorola daripada Google pada harga AS$2.9 bilion pada Januari sekaligus meletakkan platform yang kukuh di Amerika dan juga Eropah. Sementara itu Microsoft, telah bersetuju untuk membayar Euro5.44 bilion untuk memperolehi penguasaan ke atas Nokia. -AP





.

Senarai 10 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2014


Senarai 10 orang terkaya di Malaysia bagi tahun 2014 | Dua lagi tokoh korporat Melayu tersenarai dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia pada tahun ini. Mereka ialah Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Datuk Mokhzani Mahathir yang berada di tangga kesembilan dengan aset bernilai RM4.22 bilion dan pemilik Arab-Malaysia Corp, Tan Sri Azman Hashim di tempat ke-10 dengan aset RM4.11 bilion. Ini kali pertama kedua-dua mereka tersenarai dalam kedudukan 10 terkaya. Pengerusi Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut kekal dalam senarai 10 terkaya, tetapi jatuh satu tangga berbanding kedudukan kelima tahun lalu. Kekayaan Syed Mokhtar meningkat RM4.43 bilion, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari 2014. Shahril, Shahriman antara 20 terkaya.

Dua lagi usahawan Melayu dalam kedudukan 20 terkaya ialah Presiden dan Ketua Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan Pengarah Urusannya, Datuk Shahriman Shamsuddin. Tan Sri Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, diikuti ahli perniagaan, T Ananda Krishnan dan tokoh perbankan Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow. Menurut majalah itu, gabungan aset 40 individu paling kaya di Malaysia adalah RM217.82 bilion pada 18 Januari 2014, meningkat 11.73 peratus berbanding tahun lalu. Kali pertama majalah itu mula menyenaraikan kekayaan 40 individu paling Malaysia pada 2002, gabungan aset mereka hanya RM41.7 bilion. -Bernama





.

Kisah wanita yang obses menjadi plastik dan tidak ingin mempunyai akal fikiran



Kisah wanita yang obses menjadi plastik dan tidak ingin mempunyai akal fikiran | Seorang wanita yang taasub dengan patung mainan Barbie menggunakan terapi hipnosis dalam usaha mengurangkan kadar IQ dirinya. “Saya hanya mahu jadi seperti Barbie sebenar yang tidak mempunyai akal fikiran. Kalau boleh, saya tak suka menjadi manusia, saya mahu menjadi plastik secara keseluruhan,” kata Blondie Bennett, 38. Blondie membuat lima pembedahan untuk membesarkan payudara dan beberapa prosedur lain dalam mencapai matlamatnya. Kini, dia menjalani sesi terapi hipnosis dua hingga tiga kali seminggu untuk menjadikan dirinya dungu dan katanya tindakan itu berhasil. “Selepas 20 sesi, saya mula rasa pening dan sering keliru sepanjang masa,” katanya.


Dia memberitahu Barcroft TV walaupun dia menyukai rupanya kini, ramai orang tidak dapat menerima perubahannya termasuk rakan dan keluarga. “Barbie” yang menganggur itu mendapat “tajaan” sewa rumah dari seseorang yang dikenalinya dalam Internet sebagai pertukaran kepada gambar seksinya dengan pakaian ala Barbie.“Orang ramai boleh kata apa saja tetapi inilah saya. Saya mahu transformasi secara menyeluruh, luaran dan dalaman,” katanya. - AFP




.

Cara budak 6 tahun buktikan cinta buat teman wanitanya..



Cara budak 6 tahun buktikan cinta buat teman wanitanya.. | Beijing : Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilihat minggu lalu bersama-sama “teman wanitanya” di sebuah kedai dengan membawa duit yang banyak untuk membeli kereta elektrik. Dia yang pergi ke kedai berkenaan Khamis lalu meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal. Pekerja kedai itu berkata, “Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit. “Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430),” menurut pekerja kedai berkenaan. “Saya tidak boleh menjualnya kepada kanak-kanak, Saya suruh dia membawa ibu bapanya. Tetapi dia berkata, ayahnya bercuti. Dia mahu mencuba kenderaan itu,” katanya.

Masih belum dapat dipastikan dari mana kanak-kanak itu mendapat wang berkenaan tetapi melihat pada sampul merah yang dibawanya, duit itu mungkin dikumpulnya hasil pemberian anggota keluarga ketika Tahun Baru China atau diambil daripada ibu bapanya. Orang ramai yang berada di situ merakam gambar kanak-kanak berkenaan mencuba pelbagai jenis motosikal bersama “teman wanitanya” tetapi pekerja kedai berkenaan enggan menjual kenderaan itu. - Agensi




.

Penunggang motorsikal maut langgar belakang lori tangki


Penunggang motorsikal maut langgar belakang lori tangki | Seorang penunggang terbunuh selepas motosikalnya melanggar lori tangki yang berhenti di tepi jalan di Kilometer 2.1 Lebuhraya NKVE menghala ke Klang, malam tadi. Dalam kejadian 9.30 itu, mangsa dikenali sebagai Azhar, 41, yang dalam perjalanan ke Klang dikatakan melanggar lori berkenaan yang berhenti kerana mengalami kerosakan. Difahamkan, mangsa yang menetap di Rantau Panjang, Klang, maut di tempat kejadian akibat melanggar bahagian belakang kenderaan berat itu.

Menurut sumber, sebaik tiba di lokasi kejadian, enjin lori yang dalam perjalanan dari Melaka ke Bukit Raja Klang, tiba-tiba mati sebelum pemandunya memberhentikan lori berkenaan di lorong kecemasan. Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, untuk dibedah siasat. -HM




.

Seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat


Seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat | “Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini. “Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 8.45 malam itu, Mahama Jehma, 56, dari Kampung Weng, Thailand berkunjung ke Rantau Panjang untuk membeli-belah dan solat Isyak berjemaah di masjid berkenaan sebelum pulang ke kampungnya.

Ketika rakaat pertama, guru pondok itu rebah dan kemudian disahkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.Samsuddin yang juga Setiausaha Ahli Jawatankuasa (AJK) Pengurusan masjid itu berkata, kejadian berlaku ketika kira-kira 60 jemaah sedang solat Isyak pada rakaat pertama sebelum dia terdengar bunyi seperti benda jatuh. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!