Cara budak 6 tahun buktikan cinta buat teman wanitanya.. | Beijing : Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dilihat minggu lalu bersama-sama “teman wanitanya” di sebuah kedai dengan membawa duit yang banyak untuk membeli kereta elektrik. Dia yang pergi ke kedai berkenaan Khamis lalu meminta pengurus kedai memberinya kereta elektrik yang paling mahal. Pekerja kedai itu berkata, “Saya nampak dia mengeluarkan satu sampul dan menyatakan yang dia tidak cukup duit. “Dia membawa hampir 10,000 yuan (RM5,430),” menurut pekerja kedai berkenaan. “Saya tidak boleh menjualnya kepada kanak-kanak, Saya suruh dia membawa ibu bapanya. Tetapi dia berkata, ayahnya bercuti. Dia mahu mencuba kenderaan itu,” katanya.
Masih belum dapat dipastikan dari mana kanak-kanak itu mendapat wang berkenaan tetapi melihat pada sampul merah yang dibawanya, duit itu mungkin dikumpulnya hasil pemberian anggota keluarga ketika Tahun Baru China atau diambil daripada ibu bapanya. Orang ramai yang berada di situ merakam gambar kanak-kanak berkenaan mencuba pelbagai jenis motosikal bersama “teman wanitanya” tetapi pekerja kedai berkenaan enggan menjual kenderaan itu. - Agensi
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment