Monday, February 24, 2014

[Hukuman] Penjara Seumur Hidup Ke Atas Pengamal Homoseksual



Penjara Seumur Hidup Ke Atas Pengamal Homoseksual  | Presiden Uganda, Yoweri Museveni pada Isnin menandatangani rang undang-undang bagi meluluskan satu peraturan baru yang membolehkan homoseksual di negara itu dihukum penjara seumur hidup. Undang-undang baru itu juga turut mengharamkam sebarang promosi ke arah kehidupan homoseksual atau gay. Dalam perkembangan yang berkaitan, Presiden Amerika, Barack Obama memberi amaran yang keputusan untuk melaksanakan undang-undang baru itu akan menjejas hubungan diplomatik di antara Kampala dan Washington.

"Tidak ada kajian yang menunjukkan bahawa seseorang itu boleh bertukar menjadi homoseksual secara semulajadi. Sebab itulah saya menandatangani rang undang-undang ini," kata Museveni.
Undang-undang baru itu bakal menguji sejauh manakah Uganda akan menerima tempias negatif daripada negara-negara asing khususnya dari Barat yang memperjuangkan hak asasi manusia. Tetapi Museveni dengan segera memberi amaran supaya negara Barat tidak campur tangan dalam urusan negaranya malah tidak khuatir yang bantuan asing bakal ditarik balik ekoran pelaksanaan undang-undang tersebut.

"Orang luar tidak boleh menentukan apa yang baik untuk Uganda. Ini adalah urusan negara kami," tegasnya. Museveni mempunyai hubungan yang akrab dengan Amerika dan juga negara-negara Kesatuan Eropah. "Apa yang cuba dipaksa oleh negara Barat ke atas kami adalah ibarat sosial imperialisma," ujarnya. Sebelum rang undang-undang ini dibawa ke parlimen Disember lalu, ia telah dipinda dengan mengeluarkan hukuman mati kepada pengamal homoseksual kepada hanya penjara seumur hidup. -AP




.

Reaksi suami apabila isteri buat pembedahan plastik



Reaksi suami apabila isteri buat pembedahan plastik | Lelaki warga Lubnan yang menetap di Australia membunuh isterinya selepas wanita itu melakukan pembedahan plastik. Suspek, George Tannous menikam kepala isterinya dengan gunting sebaik saja isterinya pulang daripada melakukan pembedahan plastik. George kemudian menyerah diri kepada polis. Stesen Televisyen Lubnan, MTV, melaporkan Margaret baru pulang ke rumah ketika itu dan melihat suaminya menunggu dengan gunting.

“Dia menikam muka dan kepala isterinya dan berkata, ‘saya akan jadikan awak cantik,’” lapornya. Keluarga mangsa memberitahu, George sering memukul Margaret sebelum kejadian kelmarin. MTV yang memaparkan kejadian bunuh yang berlaku itu berkata, laporannya menimbulkan kemarahan keluarga mangsa di Lubnan. - Agensi




.

Inilah kejutan Hari Jadi Zain Saidin dari isterinya Rozita Che Wan


Inilah kejutan Hari Jadi Zain Saidin dari isterinya Rozita Che Wan | Pelakon Zain Saidin melalui pengalamannya menyambut hari lahir yang ke 30 pada Ahad sebagai seorang suami apabila menerima satu kejutan daripada isterinya, Rozita Che Wan dan anak tiri, Ammar Effendy, 18. Zain berkata, Rozita, 41, dan Ammar tiba ke set penggambaran drama Walaupun Sedetik Cuma terbitan Zeel Production di Shah Alam dekat sini sambil membawa kek lalu menyanyikan lagu selamat hari jadi ketika dia sedang beraksi di depan kamera. "Walaupun pada menyambit hari lahir sendiri, saya tetap sibuk di set penggambaran. Manalah saya nak terfikir isteri dan anak akan datang ke set. "Terkejut saya, ketika sedang berlakon bersama dengan Zul Ariffin, tiba-tiba Rozita datang kepada saya bersama kek dan semua mereka menyanyi lagu hari lahir.

"Seronok juga merasai pengalaman tu kerana saya tak pernah lagi merasai pengalaman seperti ini, tambahan pula inilah pertama kali saya sambut hari lahir sebagai seorang suami," katanya. Tambah Zain selepas tamat penggambaran, Rozita bersama-sama dengan keluarga serta kru produksi Zeel Productions telah membawanya makan malam istimewa ke sebuah restoran pada sebelah malam di Jalan Tun Razak dekat sini. Malah, kata adik kepada Sasha Saidin itu, Rozita turut memberitahu ingin membeli sebuah hadiah yang istimewa buatnya, namun sehingga kini dia tidak tahu apa yang ingin dibeli oleh isterinya itu. "Sepatutnya dia (Rozita) nak beli semalam (Ahad) tapi tak sempat. Saya pun tak tahu dia nak beli apa. Katanya istimewa. Mungkin dia ingin membeli gajet, memandangkan saya seorang yang sukakan teknologi gajet yang terbaru.

"Apa-apa pun, saya tak kisah pun, apa yang saya ada pun sudah cukup. Cuma saya harap agar perhubungan saya, isteri dan anak-anak dapat kekal akhir hayat. Mana tahu, tahun ini rezeki kami mendapat anak pula," selorohnya. Sementara itu, Rozita pula telah memuat naik fotonya bersama Zain pada Ahad dengan kapsyen romantis meluahkan perasaan cintanya terhadap suami menerusi laman Instagram miliknya. "Apabila saya terfikir betapa bertuahnya saya mempunyai seorang suami yang kacak, menawan, comel, romantik dan 'hot guy', saya terasa seperti remaja semula. "Saya akan pastikan yang kamu (Zain) akan mendapat hadiah yang paling istimewa bersempena dengan hari lahir kamu. Selamat Hari Lahir cinta ku," ucap Rozita dalam laman sosialnya itu. Zain dan Rozita telah berkahwin pada 12 Disember tahun lalu di Setia City Convention Centre, Shah Alam. Selain Ammar Effendy, Rozita juga mempunyai seorang lagi anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Aniq Ezzra, 16. -Mstar





.

[TAKZIAH] Ibu Menteri Besar Pahang meninggal dunia


[TAKZIAH] Ibu Menteri Besar Pahang meninggal dunia | Ibu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob meninggal dunia di Hospital Pakar KPJ Damansara, Kuala Lumpur kira-kira pukul 10.50 pagi ini. Saadiah Osman, 84, menghembuskan nafas terakhir selepas dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan sejak kira-kira dua minggu lalu. Berita mengenai pemergian ibu Adnan itu disahkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Samsudin Nawawi. - Utusan




.




.

Inilah dua pencuri paling bodoh di Britain


Inilah dua pencuri paling bodoh di Britain | Dua penjenayah yang memuat naik gambar mereka bersama-sama barang yang mereka curi di Facebook boleh disifatkan sebagai pencuri paling bodoh di Britain. Kerana tindakan mereka itu menyebabkan mereka tertangkap dan dijatuhkan hukuman penjara, kelmarin. Jonathan Dougan, 26, dan Matthew Murphy, 23, melarikan motosikal, kereta berprestasi tinggi dan sebotol champagne dari rumah mangsa sepanjang enam bulan. Jonathan dan Matthew yang kedua-duanya masih dalam parol kemudiannya bergaya dengan barangan yang mereka curi serta memuat naik hampir 50 gambar ke akaun Facebook mereka.Polis berjaya menangkap kedua-duanya hasil laporan seorang mangsa yang melihat keretanya di dalam akaun Facebook seorang daripada lelaki itu.


Mereka yang berasal dari Salford itu dipenjara sembilan tahun empat bulan setiap orang “Kedua-dua mereka kini mempunyai banyak masa untuk mengenang kembali kebodohan mereka. “Selama berbulan-bulan mereka menjalankan jenayah pecah rumah secara sistematik dan dapat melarikan motosikal serta kereta mewah. “Namun akhirnya, mereka tersilap langkah dan kami berharap mereka sedar dan berubah selepas keluar dari penjara nanti,” kata sumber polis. - Agensi




.

Presiden dikritik membelanjakan 3.2 juta untuk sambutan hari jadinya


Presiden dikritik membelanjakan 3.2 juta untuk sambutan hari jadinya | Ramai mempertikaikan tindakan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, menyambut hari jadi ke-90 dengan berbelanja AS$1 juta (RM3.2 juta). Jurucakapnya berkata, perbelanjaan itu dibiayai pertubuhan belia Zanu-PF dan bukan daripada dompet awam. Bagaimanapun, bekas menteri kewangan Tendai Biti dari parti pembangkang MDC mempertikaikan sumber kewangan itu . “Mungkin ada permainan kotor kerana ketika pilihan raya lalu parti kami kalah teruk kepada Zanu-PF,” katanya. Setengah pihak rasa wang sebanyak itu boleh dibelanjakan untuk rakyat. Menurut penyokongnya, perbelanjaan itu wajar kerana beliau sudah banyak berbakti kepada negaranya, laporan dipetik dari The Times. -AP




.

Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan


Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan | Misteri tangisan bayi di kawasan taman perumahan terungkai apabila seorang bayi perempuan tanpa seurat benang dipercayai baru dilahirkan ditemui di belakang sebuah rumah penduduk di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, di sini, pagi semalam. Kejadian jam 8 pagi disedari penduduk, Musliha Ahmad, 27, selepas terdengar suara tangisan bayi yang disangkakan dari rumah jirannya. Musliha berkata, dia dikejutkan dengan suara bayi di belakang rumah sebelum mendapati seorang bayi perempuan diletakkan di atas lantai di luar dapurnya. “Saya terkejut apabila melihat tubuh seorang bayi perempuan masih hidup dalam keadaan badannya mempunyai kesan darah kering terbaring atas lantai berdekatan penutup najis di belakang rumah sambil dihurungi semut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Menurutnya, akibat panik melihat kejadian ketika itu, dia terus memanggil kakaknya, Sarah, 30, sebelum menghubungi polis dan klinik kesihatan berdekatan untuk tindakan lanjut. Musliha berkata, dia membawa bayi perempuan itu masuk ke dalam rumah dan membersihkan kotoran pada badannya. “Tidak lama kemudian paramedik dari klinik kesihatan tiba dan merawat bayi yang tidak berhenti menangis itu sebelum anggota polis tiba untuk melakukan siasatan,” katanya. Sementara itu, seorang jiran, Ar-Raishy Ahmad, 26, mendakwa dia dan bapanya berusia awal 50-an terserempak dengan sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan remaja kira-kira jam 5.30 pagi ketika hendak ke surau berdekatan. -HM




P/S - Sekadar gambar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!