Saturday, March 1, 2014

Lelaki dan seekor kambing


Lelaki dan seekor kambing | Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu. Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini.


Alasan Baranda?

Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita. Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu. Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan. Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi




.

6 Gambar majlis akad nikah pelakon Syanie dan suami, Nadi Putera Mohammad Zainol



6 Gambar majlis akad nikah pelakon Syanie dan suami, Nadi Putera Mohammad Zainol | Pelakon komedi wanita Syanie Hisham, 39, sah bergelar isteri kepada Nadi Putera Mohammad Zainol, 27, dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang berlangsung di Sandy Beach Resort, di sini, pagi ini.



Pernikahan kali kedua bagi Syanie disempurnakan bapanya sendiri, Hisham Abd Rahman, 63, pada jam 11.27 pagi ini manakala khutbah nikah disampaikan Pegawai Agama Daerah Langkawi, Syeikh Nor Ismardi Ismail.








.

[Gambar] Penyanyi Radhi (OAG) mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga



[Gambar] Penyanyi Radhi (OAG) mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga | Penyanyi Radhi (OAG) mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Nur Shahira Ayu Zahiri, 20, pada April depan. Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 37, bagaimanapun berkata, dia hanya akan membuat majlis pernikahan secara kecil-kecilan, manakala acara resepsi akan diadakan pada hujung tahun ini. "Kami nak halalkan dahulu perhubungan ini. Selepas keluarga Ayu memberi lampu hijau membenarkan saya membuat majlis pernikahan dulu, maka saya terus membuat persiapan yang sepatutnya. "Lagipun saya tidak mempunyai bajet yang besar untuk membuat semua majlis serentak. Maka kami rancang, majlis resepsi dibuat pada hujung tahun ini," katanya yang masih belum memilih tarikh pada bulan itu.

Tambah Radhi, dia merancang majlis pernikahan hanya akan dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat sahaja.Dia juga berharap pihak media serta rakan-rakan lain tidak berkecil hati kerana tidak menjemput ke majlis akad nikahnya itu. Namun Radhi akan menjemput semua rakan-rakan termasuk pihak media pada majlis resepsinya nanti. Dalam pada itu, sebagai membuat persiapan yang lebih rapi, Radhi turut mengambil kursus perkahwinan semula untuk memahami lebih mendalam berkenaan hal-hal tanggungjawab sebagai seorang suami.

"Saya memang mahu menjadi bakal suami yang baik dan sebab itu saya sertai kursus itu semula. Lagipun bolehlah temankan Ayu sama,” katanya. Dalam pada itu, Radhi berkata, selepas berkahwin nanti, Ayu akan menjadi pengurusnya memandangkan bakal isterinya itu dilihat bijak mengaturkan jadual aktiviti harian. Radhi pernah berkahwin dengan Shazlin Sharif, 35, pada 1 Januari 2005 dan bercerai pada 8 Jun 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rifdhi Muslim yang kini berusia sembilan tahun. -MStar





.

Boleh buat laporan kepada pihak polis melalui e-mel


Boleh buat laporan kepada pihak polis melalui e-mel | Orang ramai tidak lama lagi boleh membuat laporan kepada pihak polis melalui e-mel yang bakal diperkenalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sedang melakukan persiapan rapi serta langkah sistematik sebelum orang ramai boleh memanfaatkan kemudahan itu. "Ini merupakan sebahagian dari proses permodenan siasatan, namun sekarang i kita masih mengalami sedikit masalah teknikal dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. "Sebaik kesemuanya selesai, kita akan gerakkan sistem ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas menutup kursus penataran jurulatih program Belia Remaja Berwawasan.

Beliau berkata, melalui sistem laporan menerusi e-mel, kerja siasatan kes akan segera dilakukan sejurus laporan diterima. "Orang ramai boleh membuat laporan di balai polis atau di mana sahaja mereka berada. Pegawai serta anggota yang bertugas tidak boleh menafikan laporan yang dibuat orang awam menerusi sistem ini, baik laporan dibuat di Sabah, Sarawak mahupun Perlis. "Jika dikesan mereka melakukan demikian (mengabaikan laporan), tindakan tatatertib akan dikenakan kepada mereka," kata Mohamad Fuzi. -MD




.

Budak lelaki setahun tujuh bulan lemas di dalam tong simpanan air di rumahnya


Budak lelaki setahun tujuh bulan lemas di dalam tong simpanan air di rumahnya | Seorang budak lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas di dalam tong simpanan air di rumahnya di Kampung Jemari Baru, Mersing dalam kejadian petang semalam. Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan Zulkepli Hashim berkata dalam kejadian 4 petang itu Mohd Adam Kamaludin dipercayai terjatuh ke dalam tong air tersebut. Ketika kejadian mangsa berada di rumah bersama kakak dan abang yang berumur 12 dan lapan tahun, manakala ibu bapa mereka keluar bekerja, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Zulkepli berkata berdasarkan laporan polis oleh bapa mangsa, ketika kejadian kanak-kanak itu berada di dapur manakala kakak dan abangnya mengulang kaji pelajaran di ruang tamu. Beliau berkata Mohd Adam ditemui oleh si abang dalam keadaan terlangkup di dalam tong yang mengandungi 3.5 liter air di dapur dan dia kemudian meminta pertolongan jiran untuk membawa adiknya ke Hospital Mersing. Pegawai perubatan yang bertugas di hospital itu mengesahkan Mohd Adam meninggal dunia akibat lemas, katanya. -MD




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!