Sunday, March 2, 2014

Kisah wanita yang kaya namun tidak berumah


Kisah wanita yang kaya namun tidak berumah | Seorang wanita kelahiran New Zealand sanggup berhenti kerja sebagai eksekutif pemasaran semata-mata mahu mengembara ke seluruh dunia dan hidup hanya membawa sebuah beg pakaian serta tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Namun, keputusan yang dibuatnya kira-kira empat tahun lalu ternyata tepat, apabila wanita tersebut, Natalie Sisson, 36, kini menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya walapun tidak memiliki tempat tinggal. Ketika diwawancara Yahoo.com, Sisson berkata, ramai orang berfikir tindakannya berhenti kerja merupakan perbuatan gila dan mereka sering bertanya apa yang dibuatnya untuk meneruskan hidup. Jelasnya, melalui perniagaan secara dalam talian, penulisan buku dan menganjurkan ceramah motivasi, dia mampu memperoleh pendapatan sehingga enam angka.

"Saya suka mengembara ke seluruh dunia kerana Bumi ini merupakan rumah bagi saya. "Saya mempunyai beberapa akaun bank di empat buah negara, 17 kad sim dan menggelar diri saya sebagai Usahawan Beg Pakaian dalam blog dan buku milik saya," katanya. Menurut Sisson, pada 2008, dia berasa kecewa dengan karier korporat di London walaupun ditawarkan kenaikan pangkat dan gaji. Namun katanya, segalanya berubah apabila dia menyertai pertandingan sukan lempar cakera Ultimeta Frisbee di Vancouver, Kanada.

"Ketika berada di Kanada, saya turut menghadiri seminar rangkaian perniagaan dan bertemu dengan seorang teman yang suka berniaga. "Kami mengasaskan aplikasi dikenali sebagai FundRazr pada permulaan perniagaan dan bidang itu memberi semangat kepada saya untuk meneroka industri teknologi," katanya. Selepas 18 bulan, Sisson mula berjinak-jinak dengan perniagaan dalam talian dan membantu orang ramai melalui motivasi untuk tidak terikat dengan kerja pejabat. Malah, dia berharap lebih ramai orang boleh hidup gembira sepertinya. -AP




.

Hikmah daripada letupan gunung berapi di Indonesia


Hikmah daripada letupan gunung berapi di Indonesia | Selama ini orang ramai berpendapat abu yang terbentuk daripada letupan gunung berapi menganggu kesihatan manusia dan tidak mempunyai nilai komersial, namun seorang lelaki mengubah persepsi itu, apabila dia berjaya menghasilkan batu-bata yang diperbuat daripada abu gunung berapi. Ismail Hermana berkata, dia mendapat ilham untuk membuat batu-bata daripada abu gunung berapi pada 2010 selepas Gunung Merapi meletus ketika itu. "Saya dan seorang rakan menjalankan penelitian selama setahun untuk mencari apa yang boleh kami cipta melalui abu gunung berapi. Kami berjaya menemui formula penghasilan batu-bata yang ringan tetapi kuat, diperbuat daripada abu gunung berapi pada 2012.


"Baru kini kami berkesempatan untuk membina perniagaan melalui penemuan tersebut," jelas Ismail kepada Kompas.com. Tambahnya, antara bahan lain yang diperlukan untuk membina batu-bata tersebut adalah pasir, simen, air dan cecair pengembang. "Setiap hari, kami berjaya menghasilkan antara empat hingga lima kubik batu-bata dengan setiap satunya dijual pada harga 700,000 rupiah (RM196.88)," ujarnya lagi. Setakat ini, batu yang diberi nama Merapicon itu sudah dijual di Jawa Tengah dan Bogor yang mana permintaan pelanggan begitu menggalakkan.-AP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!