Thursday, March 6, 2014

Kemalangan ngeri membabitkan pemandu yang mabuk



Kemalangan ngeri membabitkan pemandu yang mabuk | Seorang pemandu traktor yang mabuk secara tidak sengaja menyebabkan kepala tiga orang terputus selepas dia terbabas dan merempuh kenderaan dinaiki mereka, semalam. Jacob Gavrilov, 43, menunjukkan paras alkohol lima kali melebihi tahap dibenarkan manakala lampu kenderaannya tidak dinyalakan ketika kejadian. Akibatnya, Joseph Zhdanov, 32, isterinya Maria, 28, dan rakan mereka mati serta-merta dalam kejadian lewat malam di Irkutsk Oblast, selatan Russia itu.

 Akbat kejadian itu, tayar depan traktor berkenaan tercabut manakala kereta dinaiki mangsa terperosok di bawahnya mengakibatkan bumbung remuk teruk sehingga kepala ketiga-tiga mangsa putus. Jurucakap polis Andrew Ankudinov berkata, Gavrilov yang tidak cedera cuba melarikan diri namun berjaya dikesan dalam tempoh beberapa jam selepas kejadian. - Agensi




.

Kisah kanak-kanak lapan tahun yang mempunyai minat pelik



Kisah kanak-kanak lapan tahun yang mempunyai minat pelik | Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai hobi seperti mengumpul setem, bermain bola, membaca buku dan melayari Internet. Namun, lain pula kisahnya di Britain tentang seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang mempunyai minat pelik, iaitu suka mengumpul benda berkaitan dengan sampah. DailyMail Online melaporkan, William Bateman memiliki koleksi tong sampah kitar semula, lori sampah mainan, dan gemar melihat pengangkut atau lori sampah yang lalu di depan rumahnya di Great Paxton, Cambridgeshire. Malah, menurut ibunya, Fleur, ketika Bateman berusia lima tahun, dia pernah memenangi bidaan sebuah lori sampah berharga 3,500 pound (RM19,109) melalui laman web jualan lelong, e-Bay.

Wanita berusia 45 tahun itu berkata, dia terlupa untuk menutup akaun e-Bay dan anaknya telah membida lori berkenaan menggunakan kad kredit miliknya. “Apabila saya mengetahui Bateman memenangi bidaan itu, saya terus menelefon e-Bay untuk membatalkan pembelian lori sampah berkenaan. “Bateman begitu obses dengan sampah dan lori sampah. Malah, saya tidak sangka dia boleh membida lori sampah yang sebenar," katanya. Meskipun hasrat Bateman untuk memiliki sebuah lori sampah tidak kesampaian, ibunya tetap menyokong minatnya itu dengan membelikannya buku yang mengisahkan tentang kehidupan pengangkut sampah, selain barangan mainan dan tong sampah kitar semula untuk anaknya. Malah, kanak-kanak itu menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang pengurus kilang kitar semula dan sering mendidik kawan-kawan ibu bapanya tentang kepentingan kitar semula. -AP




.

Chef Wan ada nasihat 'terbaik' untuk Hanez Suraya dan kekasihnya yang juga suami orang


Chef Wan ada nasihat 'terbaik' untuk Hanez Suraya dan kekasihnya yang juga suami orang | Kontroversi membabitkan pelakon Hanez Suraya dengan suami orang yang dikatakan berstatus duda tu memang mengundang pelbagai reaksi dari ramai orang. Hah, tak kurang juga datangnya dari Chef terkenal, iaitu Chef Wan. Bagi lulu, kata-kata Chef Wan itu memang benar, dan sepatutnya wanitalah yang harus lebih memahami hati wanita itu sendiri. Sedih  tengok keadaan ni. Semoga si isteri bersabar dengan dugaan besar ni..


Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyana Manan ini. Tulis Chef Wan:-

Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive. Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what? These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang. I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused. I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.



*Beautifulnara





.

Lelaki 34 tahun bunuh diri kerana ayah mahu kahwin lagi



Lelaki 34 tahun bunuh diri kerana ayah mahu kahwin lagi | Seorang lelaki berusia 34 tahun membunuh diri dengan terjun dari balkoni rumahnya di tingkat 15 selepas mengetahui ayahnya mahu berkahwin lagi. Pelajar perubatan, Ramzi Modhesh menunggu dua rakan serumahnya masuk ke bilik masing-masing sebelum bertindak demikian. Dia dilaporkan mati di tempat kejadian. Menurut rakannya, Ramzi sebelum ini pernah cuba membunuh diri selepas mendapat tahu ayahnya mempunyai isteri kedua. - Agensi




.

Pelukan selamatkan kekasih namun dia tak dapat diselamatkan


Pelukan selamatkan kekasih namun dia tak dapat diselamatkan | Demi cinta, seorang penghantar surat sanggup menggadai nyawa dengan memeluk kekasihnya bagi melindungi wanita itu daripada mengalami kecederaan dalam kemalangan di Kilometer 17.6 Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) berhampiran Sunway Mentari di sini malam kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 11.40 malam itu, N. Nesa Raja, 21, mati di dalam kereta Proton Wira Aeroback dengan kedua-dua belah tangan masih memeluk erat teman wanitanya yang berusia 20-an.

Gadis yang diselamatkan mangsa hanya mengalami calar di tangan. Seorang jurucakap polis berkata, sebelum kemalangan, pasangan itu dikatakan dalam perjalanan menuju ke Damansara tetapi malangnya kereta dipandu Nesa terbabas dengan berpusing beberapa kali sebelum merempuh pembahagi lebuh raya. Nesa merupakan anak sulung daripada empat beradik dan bekerja sebagai penghantar surat di sebuah syarikat swasta di ibu negara. -Kosmo




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!