Wednesday, March 12, 2014

MH370 : Jakim digesa ambil tindakan terhadap kemunculan dan pembabitan bomoh


MH370 : Jakim digesa ambil tindakan terhadap kemunculan dan pembabitan bomoh  | Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memandang serius pembabitan bomoh dalam usaha mencari pesawat MAS yang hilang sejak Sabtu lalu. "Mohon Jakim memandang serius isu penglibatan bomoh-bomoh dalam mencari MH370 pelbagai versi. "Ada tikar terbang zam-zam ala kazam, labu, kelapa, teropong, bubu dan sebagainya," katanya dalam akaun Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) gempar seketika dengan kemunculan seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MAS penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang. Terbaru, KLIA lagi sekali digemparkan dengan penyebaran gambar dengan kehadiran sekumpulan tiga lelaki memakai sut lengkap untuk memulakan ritual mengesan pesawat tersebut. -SH




.

Kisah pengorbanan seorang bapa yang sanggup jalan kaki hampir 29 kilometer setiap hari hantar anak OKU ke sekolah


Kisah pengorbanan seorang bapa yang sanggup jalan kaki hampir 29 kilometer setiap hari hantar anak OKU ke sekolah | Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya. Ungkapan itu sesuai digambarkan terhadap pengorbanan seorang bapa di China yang sanggup berjalan kaki hampir 29 kilometer setiap hari bagi menghantar anaknya yang kurang upaya ke sekolah. Yu Xukang, 40, dari pekan Fengyi di daerah Yibin dekat wilayah Sichuan, barat daya China, akan menggunakan bakul yang dibina khas bagi membawa anaknya, Xiao Qiang yang mengalami masalah cacat kaki dan tangan serta bengkok bahagian badannya untuk ke sekolah sejak September tahun lalu. Malah, Xukang enggan berputus asa untuk menyekolahkan anaknya yang kini berumur 12 tahun selepas menyedari ketiadaan bas sekolah mahupun pengangkutan awam di kawasannya bukannya alasan baginya untuk memberi anaknya peluang terbaik untuk belajar.


 "Saya tahu anak saya cacat dari segi fizikal, namun dia tidak mengalami masalah dengan pemikirannya. Bagaimanapun agak sukar untuk mencari sekolah berdekatan tempat ini yang mempunyai kemudahan khas bagi menerima Qiang dengan kebanyakannya menolak. "Namun dia akhirnya diterima masuk di Sekolah Rendah Fengxi di pekan Fengyi yang letaknya lapan kilometer dengan berjalan kaki melalui kawasan laluan berbukit,’’ katanya sebagaimana dilapor Daily Mail. Xukang berkata, pada setiap hari, dia akan bangun sekitar pukul lima pagi bagi menyediakan makan tengah hari untuknya dan akan berjalan sejauh lapan kilometer ke sekolah dan pulang semula untuk bekerja.


Katanya yang telah sembilan tahun berpisah dengan isterinya, dia akan kembali semula ke sekolah bagi menjemput Qiang kembali ke rumah. "Saya kini berbangga kerana Qiang merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya dan saya tahu dia akan mencapai kejayaan. Adalah menjadi impian saya dia akan berjaya memasuki pengajian peringkat tinggi di kolej,’’ katanya. Sementara itu, selepas kisah Xukang didedahkan media tempatan, pihak berkuasa tempatan mengumumkan bahawa mereka akan mencari sebuah rumah sewa untuknya, manakala pihak sekolah akan mencari jalan untuk membuka asrama bagi menempatkan anaknya. -AP





.

Trend baru hias mata.. Biar berisiko asal tampil menarik



Trend baru hias mata.. Biar berisiko asal tampil menarik | Seorang wanita sanggup mengambil risiko asalkan dapat tampil menarik, apabila bertindak nekad meletakkan logam platinum di dalam matanya. Dailymail Online melaporkan, Kristina Kovalevskya merupakan wanita pertama dari bandar raya ini, menemui Dr. Emil Chynn dari Park Avenue Laser Vision untuk memasukkan logam platinum berbentuk hati berukuran 3.5 milimeter di bahagian mata putihnya. "Saya sukakan cabaran dan mahu objek ini berada di dalam mata saya untuk jangka masa yang lama. Namun begitu, saya ada merancang untuk menukarnya kepada bentuk lain yang lebih menarik,’’ jelasnya, sambil menambah kos keseluruhan pembedahan menelan belanja AS$3,000 (RM 9,851.82).


Menurut Dr. Chynn prosedur perhiasan mata sudah dijalankan beribu-ribu kali di Eropah dan Los Angeles, namun tidak di New York, dan Kovalevskya merupakan pelanggan pertamanya untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut. Jelasnya, proses pemasangan platinum itu dimulakan dengan menyuntik anestetik yang sering digunakan dalam dunia perubatan, sebelum membuat hirisan kecil di bahagian mata untuk membentuk ruang bagi meletakkan platinum itu. "Selepas membuat hirisan, platinum tersebut dimasukkan dan tiada sebarang jahitan dilakukan kerana hirisan itu akan bersambung secara semulajadi dalam tempoh masa tiga hari,’’ ujarnya lagi.

Walaupun kelihatan seperti mengerikan, Dr. Chynn menegaskan bahawa kaedah pembedahan yang dicipta oleh seorang pakar mata dari Belanda pada tahun 2004 itu adalah selamat. Bagaimanapun, Agensi Dadah dan Makanan (FDA) masih lagi belum meluluskan prosedur pembedahan berkenaan, sambil American Academy of Ophthalmology memberi amaran kepada pengguna akan bahaya yang bakal menimpa mereka jika melakukan pembedahan tersebut. Akademi itu dalam satu kenyataan kepada rangkaian televisyen Fox 5 memberitahu, setakat ini tiada sebarang bukti kukuh yang dapat menyokong kesahihan bahawa pembedahan tersebut adalah selamat. -AFP




.

Wanita gunting kemaluan dan bunuh teman lelaki selepas lelaki itu merogolnya



Wanita gunting kemaluan dan bunuh teman lelaki selepas lelaki itu merogolnya | Seorang wanita menggunting hingga putus kemaluan teman lelakinya sebelum membunuh manggsa dengan tukul selepas lelaki itu merogolnya. Yeung Ki, 41, semalam dituduh membunuh guru piano, Zhou Hui, 32, pada 26 Disember tahun lalu. Dia mengaku tidak bersalah. Yueng yang berasal dari tanah besar China dan menetap di Hong Kong, didakwa membunuh Zhou selepas setahun menjalinkan hubungan dengan suami orang itu. Dia juga mendakwa lelaki itu meninggalkannya sewaktu dia mengandung dan banyak berhutang dengannya. Pada malam kejadian, Zhou dikatakan memukul Yueng, menolaknya ke lantai dan menampar anak perempuan mereka, sebelum mengadakan seks secara paksa dengannya.

Selepas kejadian itu, Yueng mencampurkan ubat tidur ke dalam sup yang dihidangkan kepada lelaki itu, menggunting kemaluan Zhou ketika dia tidak sedarkan diri dan membuangnya ke dalam tandas. Apabila lelaki itu terjaga akibat kesakitan, wanita itu memukulnya berulang kali dengan tukul sehingga mati, lapor akhbar tempatan yang memetik pertuduhan yang dibacakan. Mengikut laporan akhbar tempatan, Zhou sebelum itu mengugut menyebarkan gambar lucah Yeung yang dimilikinya di Internet kecuali dia memberinya HK$200,000 (RM 84,477) untuk membeli kereta. “Perbicaraan kes ini akan diadakan selama 11 hari,” kata jurucakap badan kehakiman Hong Kong. - AFP




.

MH370 : Nelayan dakwa temui objek mirip rakit penyelamat pesawat


MH370 : Nelayan dakwa temui objek mirip rakit penyelamat pesawat | Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, tengah hari semalam. Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah Hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat. Katanya, dia yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya semalam. Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada BH pagi ini. Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.

 "Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya. Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan. Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian. Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM.-BH




.

Gambar polis pertama bertudung di Amerika Syarikat


Gambar polis pertama bertudung di Amerika Syarikat | Seorang wanita Islam dari negeri Utara Minnesota di Amerika Syarikat mencatat sejarah apabila menjadi pegawai polis pertama di St Paul yang memakai tudung, lapor rangkaian berita tempatan Minnesota, CBS. Polis St Paul menerima wanita pertama Somalia itu di jabatan terbabit pada Sabtu lalu. Kadra Mohamed kelahiran Kenya adalah berkelulusan Sekolah Tinggi Pusat pada 2010. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti St Cloud dalam ijazah keadilan jenayah pada Mei tetapi dianugerahkan lencana minggu lalu.


“Saya di sini hari ini kerana saya mempunyai cita-cita yang sudah ditetapkan dalam minda dan bekerja keras untuk cuba memenuhi impian saya itu. Saya mahu anda semua terus melakukan kerja yang baik,” kata Kadra Mohamed. Setakat ini belum ada jabatan lain di Minnesota yang mengambil wanita Somalia untuk bekerja dengan mereka. St Paul adalah satu-satunya bandar raya di negara itu yang membenarkan pemakaian tudung di tempat kerja. Jadi wanita contoh Ketua polis Tom Smith berkata, jabatannya berharap Kadra Mohamed akan menjadi model contoh. -AP




.

MH370 : Keluarga tetap harap keajaiban dan kesemua penumpang dan anak kapal pulang dengan selamat


MH370 : Keluarga tetap harap keajaiban dan kesemua penumpang dan anak kapal pulang dengan selamat | Selepas lebih 80 jam pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 hilang, beberapa anggota keluarga masih berharap berlaku keajaiban kesemua penumpang dan anak kapal dapat pulang dengan selamat. Selamat Omar, 60, bapa kepada penumpang yang dikenali sebagai Mohd Khairul Amri, tetap tidak berputus untuk berdoa walaupun beliau reda dengan segala ketentuan Allah S.W.T. "Memang sedih sebab belum ada khabar berita, tapi kami berharap pihak berkuasa dapat menemui pesawat itu secepat mungkin, walaupun hanya rangkanya sahaja," katanya hari ini. Mohd Khairul, 29, yang merupakan seorang jurutera pergi ke Beijing kerana urusan kerja untuk membaiki sebuah jet milik syarikat persendirian di sana.

Selamat juga berpuas hati dengan segala maklumat yang disampaikan pihak MAS dan kecewa dengan kejadian baling botol kepada petugas MAS di China oleh keluarga penumpang MH370 yang mendakwa syarikat penerbangan itu lambat menyampaikan maklumat kepada mereka. "Sebenarnya pihak MAS sentiasa terbuka menerima apa saja persoalan yang dikemukakan oleh waris untuk mengetahui keadaan semasa. MAS pun tertakluk kepada pihak berkuasa kerana bukan MAS yang pergi mencari tapi agensi penguatkuasa kerajaan yang pergi mencari," ujarnya lagi. Beliau juga hairan dengan laporan yang menyatakan keluarga penumpang di China yang dapat menghubungi anggota keluarga mereka. "Saya amat hairan mereka kata mereka dapat, tapi kita di sini cuba tak dapat pun. Malah kredit kita lagi habis," katanya.

Sementara itu, ibu kepada seorang lagi penumpang, Mohamad Sofuan Ibrahim, 33, Wan Tom Wan Chik, 74, juga meluahkan harapannya agar satu-satunya anak lelakinya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. "Makcik takkan putus asa berdoa. Itu sahaja yang mampu dilakukan sekarang," katanya dengan sebak. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi Sabtu. - Bernama





.

MH370 : Susulan dakwaan wanita Australia mengenai salah laku pembantu juruterbang


MH370 : Susulan dakwaan wanita Australina mengenai salah laku pembantu juruterbang | Malaysia Airlines (MAS) terkejut dengan dakwaan terhadap pembantu juruterbang Fariq Ab Hamid yang dikatakan membenarkan penumpang melawat kokpit semasa penerbangan dua tahun lalu. MAS sedar akan dakwaan tersebut tetapi tidak dapat mengesahkan ketulenan gambar dan video yang dipaparkan dalam rancangan "A Current Affair" siaran sebuah stesen televisyen Australia, katanya dalam satu kenyataan media.


Menurut laporan AP, seorang wanita bernama Jonti Roos mendakwa dibenarkan melawat kokpit bersama rakannya semasa penerbangan dari Phuket ke Kuala Lumpur pada Disember 2011. Roos menceritakan pengalamannya semasa rancangan televisyen tersebut. Fariq merupakan salah seorang daripada juruterbang penerbangan itu. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!