Monday, March 24, 2014

Ibu bapa marah dibebani hutang permainan video


Ibu bapa marah dibebani hutang permainan video | Golongan ibu bapa di Britain menyuarakan rasa marah kerana dibebani hutang gara-gara taktik syarikat teknologi Apple Inc memperdaya anak-anak mereka dengan menyediakan aplikasi permainan video dalam komputer tablet, iPad atau telefon pintar i-Phone yang sepatutnya percuma. DailyMail Online melaporkan sejumlah kes telah dicatatkan di negara ini apabila ibu bapa terpaksa menanggung hutang beribu-ribu pound selepas anak mereka secara tidak sengaja membuat pembelian melalui dalam talian, walaupun mereka bermain permainan video percuma. Kira-kira 90 peratus aplikasi permainan video disediakan secara percuma dalam iTunes tetapi perlu membuat pembayaran jika pengguna mahu membuka kunci tertentu, membeli barangan tambahan atau maju ke peringkat seterusnya. Sepasang suami isteri, Simon, 45, dan Nicky Hayes, 39, berkata, mereka kerugian sebanyak 1,200 pound (RM6,535) pada dua tahun lalu apabila anak lelaki mereka, Will, 7, membuat berpuluh-puluh pembelian melalui akaun iTunes yang disediakan Apple.

Menurut Hayes, anaknya itu bermain permainan ‘virtual zombie brains’ dalam iPad, yang rupa-rupanya melibatkan penggunaan wang sebenar selepas dimuat turun secara percuma. Satu kes lagi dialami oleh seorang suri rumah, Louise Worth, 50, yang membenarkan anak lelakinya, Alex, 10, bermain permainan percuma yang dikenali sebagai Six Guns pada tahun lalu. Katanya, Alex membelanjakan sebanyak 250 pound (RM1,361) dengan membuat 28 pembelian daripada iTunes. "Alex hanya menekan butang ‘ya’ yang tertera pada skrin untuk meneruskan permainan tersebut tanpa menyedari perbuatannya itu dikenakan bayaran.

Tahun lalu, kseorang anak-kanak perempuan, Lilly Neale, 8, dari Somerset menghabiskan wang ibu bapanya sebanyak 4,000 pound (RM 21,786) ketika bermain permainan video, manakala Theo Rowland-Fry, 8, dari Bristol berbelanja sebanyak 1,000 pound (RM 5,446) untuk tujuan sama. Satu kajian yang dijalankan pada tahun lalu juga menunjukkan ibu bapa di Britain kerugian sebanyak 30 juta pound (RM163 juta) akibat tindakan anak mereka membuat pembelian tanpa kebenaran melalui dalam talian. Baru-baru ini di Amerika Syarikat (AS), Apple bersetuju memulangkan semula sekurang-kurangnya 66 juta pound (RM359 juta) kepada ibu bapa yang menghadapi masalah tersebut. -AP




.

MH370 : Kenyataan penuh PM Najib berhubung MH370 (10 malam - 24/03/2014)



MH370 : Kenyataan penuh PM Najib berhubung MH370 (10 malam - 24/03/2014) | This evening I was briefed by representatives from the UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB). They informed me that Inmarsat, the UK company that provided the satellite data which indicated the northern and southern corridors, has been performing further calculations on the data. Using a type of analysis never before used in an investigation of this sort, they have been able to shed more light on MH370’s flight path. Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth. This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

 We will be holding a press conference tomorrow with further details. In the meantime, we wanted to inform you of this new development at the earliest opportunity. We share this information out of a commitment to openness and respect for the families, two principles which have guided this investigation. Malaysia Airlines have already spoken to the families of the passengers and crew to inform them of this development. For them, the past few weeks have been heartbreaking; I know this news must be harder still. I urge the media to respect their privacy, and to allow them the space they need at this difficult time.




.

MH370 : Peswat MH370 berakhir di Lautan India: PM Najib Razak



MH370 : Pesawat MH370 berakhir di Lautan India: PM Najib Razak | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar tergempar berhubung pencarian pesawat MH370 pada pukul 10 malam tadi. Dalam sidang akhbar tergempar itu Datuk Seri Najib mengesahkan Penerbangan MH370 telah berakhir di Lautan Hindi dan disahkan oleh Lembaga Siasatan Kemalangan Udara UK melalui rakaman satelit. Menurutnya lagi, susulan perkembangan terbaru ini, pihak MAS akan bercakap dengan keluarga penumpang dan kru MH370 untuk maklumkan hal ini. Sidang media khusus bagi menerangkan lanjut tentang penerbangan MH370 yang berakhir di Lautan Hindi ini, akan diadakan esok.




.

Kisah bayi pramatang yang mampu terus hidup dengan menggunakan beg plastik sandwic



Kisah bayi pramatang yang mampu terus hidup dengan menggunakan beg plastik sandwic | Seorang bayi pramatang berusia 27 minggu dan hanya seberat 453 gram, mampu terus hidup apabila doktor membalutnya menggunakan beg plastik sandwic yang diubah suai bagi mengekalkan kepanasan suhu badannya. Laman web, Mail Online melaporkan, bayi tersebut, Lucia Sans­bury dilahirkan tiga bulan awal dari tarikh kelahirannya di Hospital Royal Cornwall di sini tahun lalu dan turut memerlukan rawatan kecemasan bagi mengubati usus serta matanya. Ibunya, Emma Sansbury, 33, ber­kata, dia sememangnya tidak menjangka bayinya itu dilahirkan dalam keadaan fizikal yang sangat kecil. “Kakitangan hospital membe­ritahu kami, keadaan fizikal Lucia adalah sebesar bayi berumur 22 minggu. “

Ketika dia dilahirkan menerusi pembedahan, mereka menjelaskan bayi ini hanya mempunyai 50 peratus peluang untuk hidup kerana saiznya itu, namun dia merupakan bayi yang kuat," katanya. Menurut doktor, saiz Lucia amat kecil kerana plasenta ibunya tidak berfungsi dengan baik dan terpaksa dirawat di hospital selama enam bulan sebelum dibenarkan pulang. Tambah Sansbury, dia dan suaminya mencuba proses persenyawaan tabung uji (IVF) sebanyak enam kali dalam masa tiga tahun sebelum berjaya mengandungkan anak istimewanya itu. “Saya tidak mahu melalui pro­ses itu lagi, namun selepas melihat Lucia, kami sedar segala usaha kami berbaloi," katanya. -Utusan




.

Kesan selfie kepada seorang remaja yang taksub dapatkan potret diri dengan sempurna



Kesan selfie kepada seorang remaja yang taksub dapatkan potret diri dengan sempurna | Seorang remaja yang taksub untuk mendapatkan gambar potret dirinya (selfie) dengan sempurna cuba membunuh diri apabila gagal berbuat demikian. Danny Bowman, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil hampir 200 keping gambar dirinya menggunakan telefon pintar. Dia sanggup berhenti sekolah, tidak keluar rumah selama enam bulan, menurunkan berat badan sehingga 12 kilogram untuk menjadikan dirinya kelihatan sempurna dalam gambar. Dia juga bertindak agresif apabila ditegur ibu bapanya. Akhirnya, dia mengambil tindakan drastik untuk melepaskan diri dari ketaksubannya dengan mengambil dadah secara berlebihan namun berjaya diselamatkan ibunya, Penny.

Kini, dia cuba untuk kembali kepada kehidupan normal selepas menjalani terapi intensif di hospital untuk merawat ketagihan teknologi yang dihidapinya. “Saya sentiasa cuba mendapatkan gambar terbaik diri sendiri dan apabila menyedari yang saya tidak mampu melakukannya, saya mahu membunuh diri. “Saya kehilangan kawan, pelajaran, kesihatan dan hampir kehilangan nyawa,” kata Danny. Kini, dia yang mula memuat naik “selfie” di Facebook sejak berusia 15 tahun sudah tujuh bulan tidak mengambil gambar seperti itu. “Satu-satunya perkara paling penting bagi saya adalah mempunyai telefon pintar bersama saya supaya saya dapat memuaskan keinginan mengambil gambar sendiri pada bila-bila masa.

“Akhirnya saya sedar saya tidak mampu memuaskan keinginan saya. Ramai yang tidak sedar apabila mereka memuat naik gambar “selfie” di Facebook atau Twitter, ia dengan cepat menjadi tidak terkawal. Ia akan menjadi misi untuk mendapatkan penerimaan orang ramai melalui “like” atau komen memuji dan lama kelamaan akan menjadi taksub untuk melakukannya. Ia akan merosakkan sesiapa saja,” katanya. - Agensi




.

INFO : Keistimewaan hidung manusia



INFO : Keistimewaan hidung manusia | Satu kajian saintis Amerika Syarikat (AS) mendapati hidung manusia boleh menghidu sekurang-kurangnya satu trilion bau yang berbeza, sekali gus melebihi jumlah yang dianggarkan sebelum ini. Selama berpuluh-puluh tahun, saintis percaya hidung manusia hanya boleh menghidu kira-kira 10,000 jenis bau, menyebabkan keupayaan itu lebih rendah berbanding fungsi mata dan pendengaran, Pengarah Makmal Neurogenetik Universiti Rockefeller, Leslie Vosshall berkata, keputusan kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati kemampuan manusia menghidu bau lebih hebat berbanding jangkaan sebelum ini. Jelasnya, pada 1020-an saintis menganggarkan hidung manusia boleh mengesan bau dengan bantuan kira-kira 400 saraf deria olfaktori.

Tetapi, katanya, kemampuan hidung dianggap lebih rendah berbanding mata manusia yang hanya mempunyai tiga saraf deria untuk membezakan berjuta-juta warna, dan telinga pula boleh membezakan 340,000 bunyi. "Kajian terbaharu itu menunjukkan deria bau manusia lebih hebat berbanding mata dan telinga. Hidung merupakan organ penting bagi masyarakat pada zaman purba. "Manusia zaman dahulu bergantung pada deria bau untuk membezakan sesuatu benda atau makanan, tetapi penciptaan peti sejuk dan tahap kebersihan diri yang semakin meningkat pada zaman moden mengehadkan keupayaan fungsi hidung," katanya. - AFP



.

Gambar harimau bintang yang ditemui mati di Jalan Kuhara, Tawau



Gambar harimau bintang yang ditemui mati di Jalan Kuhara, Tawau | Seekor harimau bintang ditemui mati di bandar Tawau, pantai timur Sabah. Harimau bintang Borneo itu dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan ketika melintas jalan Kuhara selepas keluar dari hutan sekunder kira-kira 2km dari bandar untuk mencari makanan. Seorang penduduk Tawau, yang memuat naik gambar haiwan yang mati itu di Facebook berkata haiwan itu telah ditemui mati di jalan raya kira-kira pukul 9 pagi Sabtu. Penyokong-penyokong pemuliharaan menganggarkan terdapat kira-kira 5,000 hingga 11,000 harimau bintang di dalam hutan di pulau Borneo dan mereka percaya bahawa bilangan haiwan itu semakin pupus.

Kerajaan Sabah meletakkan harimau bintang dalam senarai perlindungan di bawah Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah. Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Dr Sen Nathan berkata harimau bintang boleh ditemui di hampir semua kawasan hutan di sekitar Sabah dan tidak mengejutkan apabila haiwan ini ditemui berhampiran hutan sekunder yang dekat dengan pusat bandar.

"Mereka biasanya memburu mangsa seperti tikus. Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila haiwan itu dilanggar," katanya sambil menggesa pemandu memandu perlahan di kawasan yang sering menjadi laluan haiwan itu. "Kami juga berharap orang ramai membiarkan sahaja haiwan itu dengan membiarkan mereka berkeliaran bebas di dalam habitat mereka," kata beliau sambil menambah spesis itu juga boleh dilihat di ladang kelapa sawit, serta hutan sekunder dekat dengan penempatan manusia. -Mstar






.

Kisah lelaki derita yang diserang penyakit aneh



Kisah lelaki derita yang diserang penyakit aneh | Berat mata me mandang, berat lagi bahu memikul', itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung seorang bapa muda dari Britain yang kehilangan anggota badan dan kulit di bahagian mukanya akibat dimakan kuman pemakan daging. Alex Lewis, 34, dari Stockbridge, dekat daerah Hampshire kehilangan kedua-dua belah kakinya, sementara lengan kirinya dipotong selepas kaki, hujung jari, lengan, bibir, hidung dan sebahagian telinganya bertukar menjadi kehitam-hitaman. Akibat penyakit itu, beberapa organ utama bapa kepada seorang anak tersebut tidak berfungsi sehingga menyebabkan dia koma selama seminggu akibat bakteria pembawa maut yang menyerang tubuhnya. Mail Online melaporkan, mimpi ngeri buat Lewis bermula empat bulan lalu selepas dia menghidap selesema.

Lebih malang, ketika simptom yang melanda Lewis semakin teruk, doktor di Hospital Royal County di Winchester, Hampshire tidak lama selepas itu mengesan darah lelaki tersebut dijangkiti streptokokus Kumpulan A, bakteria yang biasanya tidak berbahaya. Doktor kemudian mendiagnos Lewis menghidap septisemia, selepas bakteria itu dikesan berada dalam darahnya dan sindrom kejutan toksik dengan doktor memberi amaran bahawa dia hanya mempunyai peluang tiga peratus untuk hidup. Bagaimanapun, menurut doktor, dia hanya mempunyai satu cara untuk terus hidup iaitu dengan pembedahan membuang anggota badannya pada Januari lalu. Kini, menurut Lewis, dia berharap akan dapat berjalan semula menggunakan kaki palsu selepas mengharungi kehidupan yang mencabar itu. - AGENSI




.

Berita lengkap mengenai pesawat MAS MH114 yang selamat apabila dirempuh sekumpulan itik


Berita lengkap mengenai pesawat MAS MH114 yang selamat apabila dirempuh sekumpulan itik | Sebuah pesawat MAS yang membawa 180 penumpang dan anak kapal terselamat daripada mengalami bencana apabila sekumpulan itik merempuh cermin hadapannya ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan (TIA) pada Jumaat malam. Portal berita Nepal kantipuronline.com. pada Sabtu memetik pihak berkuasa lapangan terbang sebagai berkata kejadian pada pukul 10.45 malam itu menyebabkan hujung Landasan 02 dipenuhi serpihan kaca. Tiada laporan mengenai kecederaan yang dialami mereka yang menaiki pesawat MH-144 dari Kuala Lumpur ke Kathmandu itu. Petugas kokpit pesawat itu bagaimanpun dikatakan tidak segera memaklumkan kejadian tersebut kepada Pengawal Trafik Udara (ATC).

Kapten pesawat berkenaan bagaimanapun mengesahkan ia "disyaki melanggar unggas", selepas anak kapal Jet Airways melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa lapangan terbang, kata laporan itu. Juruterbang MAS terbabit dipercayai mungkin dikenakan tindakan kerana tidak segera melaporkan kejadian tersebut. "Kejadian itu terdedah selepas seorang juruterbang Jet Airways, yang mendaratkan pesawatnya beberapa minit selepas pesawat MAS, memaklumkan kepada kami beliau ternampak serpihan kaca berselerak di landasan," kata seorang pegawai ATC yang enggan dikenali. Para pegawai TIA yang membuat pemeriksaan menjumpai sekurang-kurangnya 10 bangkai itik serta kepingan kaca di landasan.

Serpihan kaca itu kemudian dibuang dan lapangan terbang tersebut kembali beroperasi 30 minit kemudian. Para pegawai menjumpai dua lagi bangkai itik ketika melakukan pemeriksaan rutin pada pagi Sabtu. “Ini kali pertama kami melihat begitu banyak itik di kawasan lapangan terbang ini," kata seorang pegawai yang mengesyaki unggas itu mungkin itik penghijrah. MAS membatalkan penerbangannya ke Kuala Lumpur yang dijadualkan pada pukul 11 malam Jumaat. Semua penumpang yang menempah penerbangan itu ditempatkan di hotel Soaltee, Annapurna dan Hyatt Regency. Pesawat berkenaan berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada pukul 3:30 petang Sabtu setelah dibaiki. Sementara itu, pegawai ATC berkata pengurus besar TIA telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan beliau mengesyorkan tindakan dikenakan terhadap juruterbang MAS terbabit kerana tidak membuat laporan segera tentang kejadian itu.

“Juruterbang berkenaan sepatutnya memaklumkan kejadian itu dengan segera kepada pihak berkuasa lapangan terbang bagi mengelak kejadian tidak diingini," kata pegawai itu. Lebih 75 kejadian pesawat berlanggar dengan unggas ketika berlepas atau mendarat berlaku di TIA sejak 1990. Tiga daripadanya mengakibatkan kerosakan besar terhadap pesawat. Walaupun sebuah pesawat Airbus A300 Thai Airways dan sebuah pesawat Dc-10 Biman Bangladesh terselamat daripada nahas pada 1996 dan 2010, 19 orang maut apabila pesawat Dornier Sita Air terhempas pada September 2012.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, MAS semalam mengesahkan penerbangan MH114nya dari Kuala Lumpur ke Kathmandu pada 21 Mac lepas telah dilanggar oleh sekumpulan unggas semasa menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan. Pengurus Perhubungan Media MAS Khairunnisak Dzun Nurin dalam satu kenyataan di sini berkata sebaik sahaja mendarat pesawat itu telah diperiksa oleh jurutera bertugas. Beliau berkata penutup lensa lampu mendarat pesawat itu yang pecah dan bukannya cermin hadapan seperti dilaporkan. "Pesawat itu tidak dibenarkan terbang pada malam itu dan penutup lensa yang pecah itu telah diganti," katanya. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!