Tuesday, March 25, 2014

MH370 : Luahan hati Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya


MH370 : Luahan hati Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya | "Hancur luluh hati saya apabila mengenangkan kesedihan tidak tertanggung yang dialami keluarga terbabit dan tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya. Sejurus selepas sidang akhbar mengenai MH370 awal Selasa, Ahmad Jauhar berkata, beliau bukan berkata demikian kerana kedudukannya sebagai CEO MAS, tetapi sebagai seorang bapa dan anak. "Setiap anggota keluarga MAS mendoakan kesejahteraan 239 roh mereka yang menaiki MH370 dan orang yang mereka sayang pada hari yang memilukan ini. Kami (MAS) mendoakan kesejahteraan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Ahmad Jauhari yang mengalirkan air mata apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat pengumuman tentang nasib pesawat itu malam Isnin.

Beliau berkata, seluruh warga MAS turut berasa sedih dan pilu. "Sedih kerana kesemua mereka yang menaiki Penerbangan MH370 pada 8 Mac tidak akan dapat lagi berjumpa dengan keluarga masing-masing. Dan kini, keluarga terbabit terpaksa menjalani kehidupan tanpa orang yang mereka sayangi. Satu lagi perkara yang tidak patut dilupakan ialah 13 rakan kami dan rakyat Malaysia lain juga menaiki pesawat itu. "Izinkan saya menyatakan dengan sejelas-jelasnya tentang peristiwa petang semalam (Isnin) bahawa satu-satunya motivasi bagi kami (MAS) ialah untuk memastikan bahawa dalam tempoh yang amat singkat, keluarga berkenaan dapat mendengar berita sedih itu sebelum dunia mendengarnya," kata beliau. Beliau berkata dengan sedapat mungkin, MAS menyampaikan berita itu secara peribadi kepada keluarga terbabit atau melalui telefon dan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) hanya sebagai langkah susulan untuk memastikan hampir 1,000 anggota keluarga terbabit mendapat berita itu dari syarikat penerbangan tersebut sendiri, bukan dari media.

Ahmad Jauhari berkata seperti orang lain, MAS juga menunggu berita itu daripada pihak berkuasa. "Kita tahu bahawa walaupun terdapat banyak petunjuk ketara, namun tidak terdapat pengesahan tentang identiti sebarang serpihan yang diperkatakan itu. Sukar untuk meramalkan berapa lama masa yang perlu diambil. Tetapi, selepas 17 hari, pengumuman yang dibuat malam tadi dan dikongsi dengan keluarga terbabit, merupakan hakikat yang perlu kita terima sekarang," katanya. Beliau berkata, apabila MAS mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penyiasatan, persiapan akan dibuat untuk membawa keluarga terbabit ke kawasan penemuan sekiranya mereka ingin berbuat demikian, tapi untuk waktu ini, mereka akan terus membantu siasatan yang sedang dijalankan. Sementara itu, Ahmad Jauhari mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan semua pihak yang terlibat dalam usaha mencari yang benar-benar bersifat global ini.

"Peristiwa yang belum pernah berlaku dalam sejarah penerbangan ini menjadikan 18 hari lepas sebagai tempoh yang paling mencabar dan terpaksa diharungi oleh seluruh pasukan kami di MAS. Saya amat terharu dengan ketekunan, dedikasi, rasa prihatin yang diutuskan serta sokongan yang diberi oleh pasukan kami yang hebat ini. "Kami tidak tahu kenapa dan kami tidak tahu bagaimana tragedi dahsyat ini terjadi. Tapi, sebagai keluarga MAS, kami mendoakan kesejahteraan untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370," katanya. Setelah 17 hari gerakan mencari dan menyelamat dijalankan, Najib pada malam Isnin mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Beliau membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) dan Inmarsat, syarikat dari United Kongdom yang menyediakan data satelit berkenaan. Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac. Pesawat itu dijadualkan mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama. -Mstar






.

Inilah animasi adiwira Islam yang diharamkan oleh Arab Saudi


Inilah animasi adiwira Islam yang diharamkan oleh Arab Saudi | Jawatankuasa Fatwa Arab Saudi semalam mengharamkan siri animasi adiwira, ‘The 99’. Siri animasi itu dibuat berdasarkan budaya dan kehidupan masyarakat Islam dan ia yang pertama seumpamanya di dunia. Ahli jawatankuasa itu berkata, siri animasi hasil karya warga Kuwait, Nayef Al Mutawa yang disiarkan di stesen televisyen Saudi itu tidak boleh diterima dan mesti diharamkan. ‘The 99’ mencetuskan kontroversi di Kuwait dan Arab Saudi dengan beberapa pihak menyuarakan bantahan dan mendesak pengharamannya kerana bertentangan dengan Islam apabila ia melambangkan 99 nama Allah, lapor agensi berita Arab Saudi semalam.Di Kuwait, seorang peguam tempatan memfailkan saman ke atas penerbit animasi itu yang dikhaskan untuk kanak-kanak kerana mendakwa plot cerita itu menggambarkan sifat Allah secara jelas.

“ Siri animasi ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Saya mendesak penahanan semua yang terbabit dalam penghasilan dan penyiarannya. Saya juga mendesak pengharaman penyiaran semua episod siri ini,” kata peguam berkenaan, Dwaim Al Muwaizri Di Arab Saudi, Sa’ad Hassan Al Shammari mendesak Jawatankuasa Tetap Kajian Saintifik dan Ifta negara itu mengharamkan siri berkenaan. “The 99 memaparkan sifat Allah dalam setiap karakter animasi itu. Siri itu juga memberi mesej penyatuan semua 99 karakter yang kononnya mempunyai hati yang suci dan kuasa luar biasa akan membebaskan dunia dari ancaman. Saya berharap siri ini diharamkan,” katanya. - Agensi





.

MH370 : Gambar reaksi keluarga mangsa sebaik dimaklumkan kapal teerhempas di lautan hindi


MH370 : Reaksi keluarga mangsa sebaik  dimaklumkan kapal teerhempas di lautan hindi | Ahli-ahli keluarga penumpang sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) di China meraung dan meratap kesedihan selepas dimaklumkan kapal terbang yang hilang sejak 8 Mac lalu terhempas di Lautan Hindi, lapor Sky News semalam. Seorang ahli keluarga penumpang dilihat menangis selepas mengetahui berita itu diumumkan di televisyen dan dia juga terpaksa dipapah keluar oleh orang ramai.


Seorang lagi waris penumpang yang sedang menangis terjatuh di eskalator selepas mendengar berita tersebut di Hotel Lido di sini di mana semua ahli keluarga penumpang berkumpul. Seorang saksi berkata, dia melihat beberapa waris penumpang menangis dan ada antara mereka menenangkan ahli keluarga masing-masing serta ada seorang wanita yang meraung selepas mendengar berita itu.


Pihak MAS menyatakan, ia kini membuat rumusan tanpa sebarang keraguan munasabah bahawa pesawat MH370 telah hilang dan tiada mangsa yang terselamat.


Pengumuman itu yang dihantar kepada anggota keluarga penumpang dan kru MH370 melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) telah dilihat oleh wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC). Penerbangan MH370 milik MAS yang membawa 239 orang hilang selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac lalu.


Seorang wanita pengsan dan melutut sambil menangis dengan berkata: "Anak saya! Anak saya". Anggota-anggota pasukan perubatan tiba di hotel tersebut dengan beberapa pengusung. Seorang lelaki tua turut dibawa keluar dari bilik persidangan setelah pengumuman menerusi televisyen tersebut manakala muka lelaki itu ditutup dengan jaket.


Beberapa minit kemudian seorang wanita pertengahan usia dibawa keluar dengan dengan satu lagi pengusung, mukanya pucat dan mata wanita itu merenung ke arah lain. Ramai di antara mereka enggan bercakap dengan wartawan yang berkumpul di hotel berkenaan.


Sebahagian ahli keluarga memarahi petugas media yang merakam situasi di situ. Beberapa pengawal keselamatan menghalang seorang lelaki yang menendang seorang jurukamera televisyen dan menjerit: "Jangan rakam, aku pukul sampai mati!" Dalam satu kenyataan yang dikirim MAS kepada keluarga menyatakan: "Kami terpaksa membuat andaian pesawat itu telah hilang."


Pihak berkuasa Malaysia sebelum ini percaya pesawat itu sengaja dilencongkan oleh seseorang yang menaiki kapal terbang itu. Bagaimanapun, ketiadaan bukti kukuh telah mencetuskan banyak spekulasi dan teori konspirasi serta menyebabkan keluarga mangsa merana.


Beberapa teori utama termasuklah rampasan, sabotaj oleh juruterbang atau krisis di udara yang menyebabkan kru penerbangan tidak sedarkan diri dan menyebabkan pesawat itu terbang menggunakan alat automatik sehingga kehabisan minyak. - Agensi






.

MH370 : Ketahui cara satelit Inmarsat mengenalpasti titik destinasi terakhir MH370


MH370 : Ketahui cara satelit Inmarsat mengenalpasti titik destinasi terakhir MH370 | Satelit Britain, Inmarsat menggunakan alat pengesan gelombang kurun ke-19 untuk menganalisis tujuh isyarat 'ping' yang dicerap satelit itu daripada pesawat MH370 untuk memastikan titik destinasi terakhirnya. Petunjuk terbaru itulah yang membawa kepada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi bahawa pesawat Boeing 777 yang hilang sejak lebih dua minggu itu terhempas di selatan Lautan Hindi dengan mengorbankan semua 239 orang di dalamnnya. Isyarat 'ping itu secara automatic dipindahkan pada setiap jam daripada pesawat selepas semua system perhubungan pesawat dimatikan dan dikesan ia meneruskan penerbangan untuk beberapa jam selepas dilaporkan hilang ketika perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Daripada waktu isyarat memngambil masa untuk sampai ke satelit dan sudut ketinggian, Inmarsat mampu untuk memberikan dua arca, satu di utara dan satu lagi di selatan kemungkinan pesawat melaluinya. Saintis Inmarsat kemudian menyiasat isyarat 'ping' itu menggunakan teknik berdasarkan kesan Doppler effect, yang menghuraikan bagaimana perubahan pada arus gelombang secara relatif kepada pemerhatian menerusi imej satelit, kata jurucakap Inmarsat hari ini. - AFP





.

Gambar bas terbalik di Hulu Langat yang menyebabkan 35 pelajar cedera


Gambar bas terbalik di Hulu Langat yang menyebabkan 35 pelajar cedera | Seorang pelajar maut apabila sebuah bas yang membawa 35 pelajar dan seorang guru dalam satu program percutian terbalik dalam perjalanan ke Menara Tinjau Hulu Langat di Batu 9, Ampang di sini hari ini. Tiga puluh lima pelajar cedera, tiga daripada mereka dalam keadaan kritikal, dalam kemalangan yang berlaku pada kira-kira pukul 2 petang, kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul ketika dihubungi Bernama. - Bernama



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!