Thursday, March 27, 2014

Ngeri : Gambar mayat ‘tonton’ televisyen



Ngeri : Gambar mayat ‘tonton’ televisyen | Mayat seorang wanita Jerman berusia 66 tahun yang mati enam bulan lalu ditemui “menonton” televisyen yang masih terpasang apartmennya. Menurut laporan akhbar Frankfurter Neue Presse kelmarin, wanita yang menetap di Oberursel itu mati kerana sakit tua dalam keadaan memakai baju tidur ketika menonton televisyen. Polis juga menemui intisari rancangan televisyen bulan September berhampiran mayat wanita itu. Akhbar berkenaan menyifatkan mayat wanita itu sebagai “separa mumia”. - AP



.

Gambar dan kisah terkini pelakon popular, Kajol


Gambar dan kisah terkini pelakon popular, Kajol | MENJADI seorang ibu benar-benar mengubah kehidupan Kajol, malah dia sanggup meninggalkan karier lakonan demi memberi sepenuh perhatian terhadap anaknya. Menurut laporan portal OneIndia, Kajol berkata, sejak menjadi ibu kepada Nysa Devgan, 11, Yug Devgan, 4, dia mahu memastikan kebajikan anak-anak terutamanya dalam hal akademik perlu diberi perhatian. "Satu-satunya alasan saya tidak berlakon banyak dalam Bollywood adalah kerana anak-anak saya. "Mereka memerlukan perhatian dan tugas saya adalah menghabiskan banyak masa dengan mereka. "Saya tidak melahirkan anak hanya kerana mahu mengabaikan mereka dan kemudian sibuk dengan kerja. Saya bukan orang seperti itu," katanya. Tambah Kajol, memandangkan suaminya, Ajay Devgan juga sibuk dengan filem, maka dia terpaksa mengurangkan lakonannya bagi meluangkan masa bersama anak-anak. -Mstar




.

MH370 : Boeing dan MAS Berdepan Dengan Tindakan Mahkamah


MH370 : Boeing dan MAS Berdepan Dengan Tindakan Mahkamah  | Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi. Difahamkan, dokumen mahkamah telah difailkan di mahkamah di Chicago. Wakil-wakil dari syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan mahkamah. Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia.

Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi. Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu. Tuntutan terbaharu telah difailkan di mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas. Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera.





.

MH370 : Cara Para Jurutera Buat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi



MH370 : Cara Para Jurutera Buat Rumusan MH370 Terhempas Di Selatan Lautan Hindi  | Para jurutera syarikat satelit United Kingdom, Inmarsat Plc bertungkus lumus selama beberapa hari dalam satu pencarian maraton untuk mengenalpasti titik terakhir laluan sebenar pesawat Penerbangan Malaysia MH370 menerusi data yang mereka perolehi hasil 'komunikasi' di antara pesawat malang itu dengan satelit Inmarsat selepas ia disahkan hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing 8 Mac lalu. MH370 sepatutnya mendarat di ibu negara Republik Rakyat China itu pada awal pagi Sabtu tetapi ia tidak kunjung tiba manakala radar terputus hubungan dengan pesawat itu lebih kurang dua jam selepas ia berlepas dari KLIA. Dua hari kemudian, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan yang MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal sebagai hilang dan gerakan mencarinya sedang diperluaskan ke kawasan yang disyaki sebagai berpotensi untuk mendarat.

Dan dua minggu kemudian, Najib mengumumkan yang penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi - penemuan konklusi yang beliau rujuk kepada hasil analisis data yang diperolehi daripada satelit Inmarsat dan siasatan yang disahkan sebagai kukuh oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB). Namun begitu laporan awal yang diterima daripada salah sebuah satelit Inmarsat pada 11 Mac lalu iaitu tiga hari selepas pesawat berkenaan hilang adalah permulaan kepada konklusi ini dan membantu para jurutera dan pasukan siasatan antarabangsa untuk mengecilkan pusat pencarian kepada koridor utara dan selatan bermula dari tempat terakhir ia dikesan oleh radar tentera Malaysia di Butterworth.

Pada hari-hari berikutnya selepas data itu diperolehi, para jurutera telah menggunakan satu kaedah yang dianggap sebagai kiraan matematik yang tradisional tetapi ternyata berkesan berjaya menjuruskan carian ke selatan Lautan Hindi. Jadi, bagaimanakah para jurutera ini mengenalpasti yang koridor selatan adalah laluan sebenar pesawat berkenaan? Kesimpulan mereka adalah berasaskan penyelidikan yang dipanggil Kesan Doppler - satu teori yang dinamakan sempena saintis fizik bernama Christian Doppler yang mengesyorkan bahawa frekuensi sesuatu gelombang bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu objek berubah mengikut jarak daripada pemerhatinya. Dalam kes unik ini, MH370 telah menghantar 'ping' sebanyak enam kali kepada satelit Inmarsat dalam tempoh enam jam ketika ia sedang terbang tanpa dikesan di atas Lautan Hindi dengan transponder di dalam pesawat itu tertutup.

Gelombang bunyi 'ping' itu - yang ditermakan sebagai tanda menjabat tangan - dihantar menerusi antena Boeing 777 tersebut kepada salah sebuah daripada 10 satelit Inmarsat. Sebagai respon, satelit yang menerima isyarat gelombang bunyi tersebut terus menghantar isyarat semula kepada pesawat MH370 setiap jam selagi ia masih berfungsi dan bergerak sebagai 'tanda isyarat diterima.' Isyarat 'ping' tersebut terhenti selepas jam yang keenam - menandakan yang pesawat berkenaan tidak lagi berfungsi dan mengeluarkan gelombang isyarat. Hasilnya, para jurutera di Inmarsat membuat kiraan menggunakan teori "Gerakan Doppler" - yang bermakna mereka mula mengira kedudukan 'ping' yang terakhir berasaskan perubahan walau sekecil mana sekali pun frekuensi 'ping'yang terhasil ekoran pergerakan pesawat itu dengan jarak 'pemerhatinya' iaitu satelit Inmarsat.

 Para jurutera yang bertungkus lumus menganalisa bunyi 'ping' tersebut kemudiannya membuat perbandingan dengan data yang diperolehi daripada pesawat Boeing 777 lain yang keluar masuk di sekitar kawasan tersebut untuk melihat di manakah Kesan Doppler itu sepadan dengan data yang diperolehi dari MH370. "Mereka bekerja tanpa henti selama enam hingga tujuh hari,"kata jurucakap Inmarsat, Chris McLaughlin, dengan pasukan penyiasat antarabangsa yang lain membuat kesimpulan hasil daripada penemuan luar biasa ini. Rumusannya ialah gelombang bunyi 'ping' yang dihantar oleh antena Boeing 777 MH370 milik Penerbangan Malaysia datang dari koridor selatan dan bukannya utara. Itu adalah rumusan muktamad hasil daripada data yang dikumpulkan oleh satelit Inmarsat dan disahkan kesahihannya oleh AAIB. Hasil rumusan penemuan itu dicapai pada 21 Mac dan pegawai-pegawai AAIB memberi taklimat terus kepada perdana menteri dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang kemudiannya menegaskan yang analisa menggunakan teori ini belum pernah dilakukan di dalam siasatan kemalangan pesawat.




.

MH370 : Terkini, Gambar 2 imej satelit baru yang menunjukkan 122 objek yang mungkin ada kaitan



MH370 : Terkini, Gambar 2 imej satelit baru yang menunjukkan 122 objek yang mungkin ada kaitan  | Malaysia menerima dua imej satelit baharu yang menunjukkan 122 objek berkemungkinan berkaitan dengan pesawat MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Beliau berkata, Agensi Remote Sensing Malaysia (MRSA) menerima dua imej daripada Agensi Pertahanan dan Angkasa Airbus yang berpangkalan di Perancis pada Selasa itu, di mana imej tersebut diambil pada 23 Mac. "MRSA menganalisis imej-imej itu di satu kawasan lautan dengan perkiraan 400 kilometer persegi yang dapat mengesan 122 objek berpotensi (mungkin dikaitkan dengan MH370). "Terdapat sebahagian objek yang cerah, berkemungkinan menunjukkan bahan yang keras.

"Objek-objek itu terletak di satu kawasan kira-kira 2,557 kilometer dari Perth (Australia)," katanya pada sidang media harian mengenai MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Rabu. Beliau menambah, MRSA telah menghantar penemuan itu kepada Pusat Koordinasi Penyelamat (RCC) Australia di Perth pada Selasa. "Kita perlu menekankan bahawa kita tidak dapat memastikan sama ada objek yang berpotensi itu adalah dari MH370. "Bagaimanapun, ini merupakan petunjuk baharu yang akan membantu bagi mengarahkan operasi mencari," kata Hishammuddin. Beliau menambah, pada masa ini terdapat empat satelit yang berbeza dari China, Australia dan Perancis, yang menunjukkan objek berkemungkinan serpihan pesawat. "Ini akan membantu mengurangkan lagi kawasan pencarian dan mengesan lebih banyak serpihan pesawat," katanya. -MStar





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!