Friday, March 28, 2014

MH370 : Gambar objek di zon baharu yang berjaya dikesan oleh Pesawat Orion New Zealand



MH370 : Gambar objek di zon baharu yang berjaya dikesan oleh Pesawat Orion New Zealand | Pihak berkuasa Australia berkata, sebuah pesawat milik Tentera Udara New Zealand mengesan beberapa objek di zon pencarian terbaharu ketika pasukan antarabangsa sedang mengesan serpihan pesawat MH370, hari ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata, pihaknya sedang menunggu imej daripada pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan. Penemuan objek itu akan hanya dapat disahkan oleh pesawat itu esok. - Reuters




.

Kisah pemuda Palestin yang dipukul kejam oleh tentera Israel



Kisah pemuda Palestin yang dipukul kejam oleh tentera Israel | Seorang pemuda Palestin dipukul dengan kejam selepas diculik unit khas tentera Israel, Mustarbeen di pintu masuk kem pelarian Aida, kelmarin. Menurut saksi, unit tersebut melakukan penyamaran sebelum menyerang Mutassim Alsurefee, 20, dan memukulnya. "Mangsa ditahan ketika sedang berjalan ke pusat belia di kem pelarian. Penduduk di sekitar kawasan kejiranan menjerit untuk menghalang mangsa daripada dipukul, namun ia tidak diendahkan," katanya. Penduduk di sekitar kem pelarian kini semakin terhimpit selepas sepasukan tentera Israel ditempatkan untuk mengepung kawasan tersebut dan menghalang penduduk keluar rumah dengan menghalakan senjata ke arah tingkap dan pintu rumah mereka, laporan dipetik dari PNN.




.

Generasi kelima siri Samsung Galaxy S5


Generasi kelima siri Samsung Galaxy S5 | Peneraju jenama telefon pintar terkemuka dunia, Samsung telah melancarkan generasi kelima siri Galaxy S5 yang bakal menjengah ke pasaran tempatan April depan. Inovasi terkini daripada pengusaha syarikat gergasi korea itu telah dilancarkan oleh Samsung Malaysia Electronics (SME), di Hotel Pullman, Kuala Lumpur di sini hari ini. "Samsung telah kembali kepada asas dengan membekalkan keperluan yang penting kepada pengguna dengan siri terbaharu Galaxy S5 ini," kata Presiden SME, Lee Dong Yong. "Pengguna mahukan sebuah telefon pintar yang dapat memudahkan kehidupan seharian mereka dan Galaxy S5 dapat memberi pengalaman baharu kepada mereka," tambah Dong Yong lagi.

Galaxy S5 merupakan telefon pintar dengan teknologi moden dan terkini seperti skrin 5'1" FHD Super Amoled (1980x1080), kamera 16MP (belakang) dan 2MP (hadapan), cip Quad core 2.5GHz serta 2GB RAM. Selain itu, Galaxy S5 dilengkapi sistem operasi Android KitKat 4.4.2, kapasiti bateri 2800mAh dan sistem storan dalaman sebanyak 16GB. Telefon pintar yang mempunyai keupayaan kalis air dan debu itu akan mula dijual bermula 11 April ini dengan harga jualan runcit (RRP) yang disarankan oleh SME adalah RM2,399.




.

MH370: Petunjuk Baru Menjadikan Lokasi pencarian berubah



MH370: Petunjuk Baru Menjadikan Lokasi pencarian berubah | Lokasi mengesan serpihan pesawat MH370 ditukar ke satu kawasan lain yang terletak kira-kira 1,000 kilometer timur laut dari lokasi asal pencarian selepas pasukan mencari mendapat petunjuk baharu, lapor pihak berkuasa Australia hari ini. Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dalam kenyataannya berkata, maklumat terbaharu itu diperoleh berdasarkan analisis radar antara Laut China Selatan dan Selat Melaka sebelum hubungan komunikasi terputus. “Data tersebut juga menunjukkan kemungkinan pesawat malang itu terbang lebih laju daripada jangkaan awal, menyebabkan peningkatan penggunaan minyak dan mengurangkan jarak ketika menuju ke selatan Lautan Hindi," jelas kenyataan berkenaan. - AFP




.

MH370 : Keluhan hati abang seorang penumpang pesawat yang hilang


MH370 : Keluhan hati abang seorang penumpang pesawat yang hilang | Abang kepada seorang penumpang pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 enggan pulang ke kampung selagi tidak mendapat bukti mengenai kehilangan pesawat itu. Chng Khai Ling, 37 berkata bukan mudah untuk meyakinkan ibu bapanya walaupun maklumat terkini mengatakan penerbangan pesawat berkenaan telah berakhir di Lautan Hindi. "Apalah yang boleh dikatakan kepada ibu bapa di kampung selagi tiada bukti, takkan saya mahu pulang dengan tangan kosong", kata Khai Ling ketika ditemui pemberita di sini hari ini. Adiknya, Mei Ling seorang jurutera adalah antara 227 penumpang termasuk 12 krew yang menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, China yang hilang sejak 8 Mac lepas.

"Sejurus pengumuman, ibu menangis, ia buat kami sekeluarga sedih, sehingga kini kami masih tidak percaya. Namun kalau jumpa bukti, kami boleh menerimanya dan buat masa ini kami masih menaruh harapan," katanya. Penerbangan MH370 hilang daripada skrin radar kira-kira sejam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas dan sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Beliau berkata pada kebiasaannya adiknya yang merupakan anak ketiga itu akan pulang ke rumah keluarga mereka di Sungai Petani, Kedah tetapi kali ini tidak sempat untuk berbuat demikian. "Kami adik beradik sangat rapat dan berharap bukti dapat ditemui segera dan bersedia untuk ke Australia jika bukti telah ditemui," kata abang sulung kepada lima beradik itu. - Bernama




.

MH370 : Gambar Satelit Thailand kesan 300 objek di selatan Lautan Hindi


MH370 : Gambar Satelit Thailand kesan 300 objek di selatan Lautan Hindi | Satelit Thailand mengesan kira-kira 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi ketika mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu. Pengarah Agensi Pembangunan Teknologi Angkasa dan Geo-Informatik, Anond Snidvongs berkata, objek berkenaan yang dianggarkan berukuran antara dua hingga 18 meter, bertaburan kira-kira 2,700 meter di barat daya Perth. "Bagaimanapun saya tidak berani mengesahkan objek yang dikesan merupakan serpihan pesawat MH370. "Kami telah menyerahkan maklumat terbabit kepada kerajaan Malaysia," katanya. - AFP




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!