Saturday, March 29, 2014

Pelakon Farid Kamil dedah temu janji pertama dan bagaimana dia jatuh cinta pada isterinya, Diana Danielle



Pelakon Farid Kamil dedah temu janji pertama dan bagaimana dia jatuh cinta pada isterinya, Diana Danielle | Pelakon dan pengarah Farid Kamil mendedahkan bau wangi Diana Danielle sewaktu janji temu kali pertama mereka kira-kira lima tahun dulu membuatkan dia semakin jatuh cinta pada wanita yang kini sudah pun bergelar isterinya itu. "Masa temujanji pertama kami, Diana datang dan ketika tu dia berbau sangat wangi. Terus buat saya semakin jatuh hati pada dia. Suasana pada waktu itu jadi lagi romantik lebih-lebih lagi temujanji kami ketika itu di sebuah restoran yang istimewa dan privasi, terletak di Kuala Lumpur. "Dan saya percaya bahwa seorang suami tidak akan lupa tentang janji temu pertama bersama isterinya. Walaupun saya setiansa menghargai Diana dalam hidup saya, kebolehan untuk membawa kembali perasaan seperti janji temu pertama sememangnya sukar dipercayai.

 "Ia adalah pengalaman menakjubkan yang mampu dibawakan oleh koleksi Downy Parfum baru yang dipertingkatkan", kata Farid sambil tersenyum memandang isterinya aktres Diana Danielle yang duduk di sebelahnya.Pendedahan tersebut dibuat sewaktu majlis 'Hangatkan Semula Cinta dengan koleksi Downy Parfum', di restoran Apartment KLCC. Cinta Farid dan Diana akhirnya sampai ke jinjang pelamin dan sah menjadi suami isteri apabila mereka diijabkabulkan pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake, Kuala Lumpur. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohammad yang lahir pada 2 Julai 2013. Sempena pelancaran produk terbaru jenama pelembut fabrik itu, pasangan suami isteri popular tanah air ini dipilih bagi berkongsi kepentingan bau dalam menghangatkan cinta dan mengembalikan perasaan seperti ketika 'janji temu pertama'.

Sementara Diana pula berkata, "Janji temu pertama adalah masa untuk mengenali diri masing-masing dan membiarkan cinta di antara pasangan berputik dan memekar. Kadangkala bila teringat kembali pengalaman janji temu pertama pertama kami dan saya sukakan koleksi Downy Parfum yang membolehkan saya mengalami semula "perasaan seperti janji temu pertama", bersama suami saya. Saya pasti dia juga gembira", tuturnya sambil tertawa.Sepanjang bulan April dan Mei, pasangan ini akan berkongsi pendapat mereka tentang sama ada lelaki benar-benar tidak peka terhadap wanita selepas janji temu pertama dan menyeru para peminat Koleksi Downy Parfum untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik Clozzete dan menimbulkan kesedaran dikalangan pengguna Malaysia tentang keboleha untuk menghangatkan semula cinta dengan jenama pelebut fabrik itu yang dipertingkatkan dengan Teknologi Penukaran Bau. -MD




.

Kenapa penganjuran F1 kali ini lebih mencabar menurut SIC



Kenapa penganjuran F1 kali ini lebih mencabar menurut SIC | Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menyifatkan penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Malaysia Petronas 2014 menghadapi cabaran hebat dalam menarik kehadiran peminat tempatan. Tragedi penerbangan MH370 membayangi perlumbaan dan dijangka mempengaruhi kehadiran penonton tempatan pada Ahad ini. "Memang kita sedang bersedih dengan (tragedi) MH370, tetapi kita perlu teruskan hidup dan saya harap rakyat Malaysia datang dan sokong acara ini serta buktikan kepada media luar bahawa peminat masih menyokong acara ini walaupun dalam keadaan berkabung," katanya dalam sidang media.

Sambil menafikan perlumbaan itu untuk mengalih perhatian masyarakat daripada tragedi tersebut, Razlan berkata: "kadangkala kita perlukan sesuatu untuk menenangkan fikiran daripada masalah dan kerisauan." Malah, katanya, semua pasukan yang menyertai perlumbaan akan berkongsi kesedihan mereka dengan peminat sebelum perlumbaan berlangsung.

"Semua pasukan yang menyertai Formula 1 kali ini akan bertafakur selama seminit sebelum memulakan perlumbaan serta mereka juga ada menampalkan pelekat seperti #prayforMH370 dan #rememberingMH370 pada topi keledar masing-masing. Ini menunjukkan seluruh dunia turut merasai kesedihan yang dialami oleh rakyat Malaysia," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan peraturan baharu yang menetapkan penggunaan deruman enjin perlahan turut menyumbang kepada penurunan jumlah penonton kali ini. - Bernama





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!