Sunday, March 30, 2014

Seekor lembu dilahirkan umpama kanggaru


Seekor lembu dilahirkan umpama kanggaru | Seekor lembu milik seorang penduduk di Desa Wonodadi, di sini menarik perhatian orang ramai apabila haiwan itu berjalan seperti kanggaru kerana hanya mempunyai dua kaki sejak dilahirkan. Pemiliknya, Paisan, 70, berkata, ketika dilahirkan, lembu tersebut tidak mampu berjalan kerana dilahirkan cacat dengan memiliki dua kaki sahaja. Katanya, selepas empat hari, lembu betina itu mula menunjukkan keunikan apabila mampu berjalan seperti kanggaru walaupun tidak sempurna. "Cara lembu tersebut melompat seperti kanggaru menarik perhatian ramai penduduk kampung yang tidak putus-putus datang ke rumah saya untuk melihat aksi haiwan itu.

"Malah ada antara mereka menganggap lembu yang dilahirkan dengan dua kaki merupakan kejadian luar biasa dan membawa keberkatan kepada saya," katanya kepada tribunnews.com. Walaupun lembunya cacat, Paisan tetap mahu menjual haiwan itu dengan harga 10 juta rupiah (RM2,899) jika ada pembeli yang berminat. Sebelum ini, Indonesia pernah digemparkan dengan dua ekor lembu yang berjalan seperti kanggaru iaitu anak lembu milik Pak Madyo dari Yogyakarta dan anak lembu milik Solikin dari Banyuwangi, Jawa Timur.




.

Lelaki nekad potong tangan sendiri, dan kemudian menyesal..


Lelaki nekad potong tangan sendiri, dan kemudian menyesal.. | Seorang lelaki yang pernah terbabit dalam kemalangan motosikal memotong pergelangan tangannya yang tercedera akibat kejadian itu menggunakan gilotin buatan sendiri dengan harapan dapat menghilangkan kesakitan yang ditanggung sejak 16 tahun lalu. Mark Goddard, 44, melakukan perkara itu kerana Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan England (NHS) enggan melakukannya. Dia yang terdesak turut membakar pergelangan tangan itu supaya doktor tidak boleh menyambungnya semula. Bapa seorang anak itu mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan pemotong buatan sendiri berkenaan menggunakan kapak, beberapa spring dan pintu pagar lama. Malangnya, ‘pembedahan’ yang dilakukannya tanpa bius itu gagal menghilangkan kesakitan yang ditanggungnya sejak berusia 28 tahun.

Goddard yang berasal dari Newton Abbot itu kini memberitahu hospital tempatan jika mereka enggan memotong lengannya sebelum Disember nanti, dia akan melakukannya sendiri.Dia mula mengalami kesakitan itu selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada 1998 yang menyebabkan saraf tangannya rosak. Namun doktor enggan melakukan pembedahan seperti dimintanya kerana menyifatkan tangannya berkeadaan baik. “Saya sepatutnya tidak bertindak melampau untuk mengakhiri kesakitan ini. Masih ada alternatif lain iaitu melakukannya di hospital, tetapi tiada sesiapa sudi membantu saya. Jadi saya lakukannya sendiri.


“Saya memotong pergelangan tangan saya kerana pihak hospital memberitahu mereka tidak boleh memotong tangan saya disebabkan kerana ia dalam keadaan baik. Kini mereka tiada sebab untuk tidak menjalankan pembedahan ini,” katanya. Isterinya sangat terkejut melihat kejadian itu ketika pulang ke rumah 10 minit kemudian dan mendapati suaminya sedang membakar bahagian yang sudah dipotong itu. Dia segera menghubungi paramedik dan ketika mereka sampai bersama polis, pergelangan tangan suaminya tidak dapat diselamatkan lagi. - Agensi




.

Akibat berani buat pertaruhan yang pelik, nyawanya menjadi taruhan



Akibat berani buat pertaruhan yang pelik, nyawanya menjadi taruhan | SEORANG lelaki warga Romania membuat pertaruhan pelik iaitu dengan menelan garpu besi sebagai usaha menarik perhatian rakannya. Akibat aksi yang dianggap sebagai 'bodoh' oleh portal berita antarabangsa, lelaki terbabit, Radu Calincescu, 25, terpaksa dikejarkan ke hospital di Bandar Bacau, Romania kerana mengadu terasa tercucuk di dalam perut. Ketika tiba di hospital, Calincescu telah memberitahu doktor bahawa dia terasa sakit seperti sesuatu benda tercucuk di dalam perut tanpa mendedahkan tindakannya yang menelan garpu. Doktor yang membuat imbasan x kemudiannya terkejut apabila mendapati garpu berada di dalam usuS Calincescu.

Hasil desakan doktor, Calincescu kemudian mengaku, "Saya bertaruh dengan kawan bahawa saya boleh menelan garpu tanpa sebarang kecederaan ke atas diri." Calincescu kemudian diarahkan untuk pulang ke rumah tanpa sebarang pembedahan kerana doktor perlu menunggu jika garpu itu boleh keluar dengan sendiri bersama najisnya. "Saya perlu berehat dalam beberapa hari dan menunggu jika garpu itu boleh keluar semula, tetapi saya takut jika ia menikam usus saya. "Sekarang baru saya sedar telah melakukan satu aksi dan pertaruhan yang bodoh kerana ia mendatangkan masalah kepada diri sendiri," luahnya. -AP




.

MH370 : Heboh cerita aneh mengenai 'penumpang MH370'


MH370 : Heboh cerita aneh mengenai 'penumpang MH370' | Cerita Philip Wood, seorang eksekutif syarikat komputer IBM yang juga penumpang MH370, yang dikatakan telah menghantar mesej secara rahsia mendakwa pesawat itu dirampas pihak tertentu dan dia kini ditahan di sebuah pangkalan tentera, tidak harus dipercayai. Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, dakwaan itu hanya satu usaha memburukkan Malaysia oleh pihak yang mahu masyarakat antarabangsa mempercayai bahawa kerajaan negara ini menyembunyikan maklumat apa yang didakwa sebagai fakta sebenar di sebalik kehilangan MH370.

"Mesej itu dibuat oleh orang. Mustahil dalam tempoh 22 hari, dengan begitu banyak negara terlibat dalam usaha mencari secara besar-besaran, perkara ini boleh disimpan sebagai rahsia. Bagi saya, ini tidak logik. Media asing sengaja membesarkannya sebagai berita sensasi untuk memburukkan imej Malaysia," katanya.

Dalam mesej internet bertarikh 19 Mac lalu, pengirim yang mengaku dirinya 'Philip Wood' itu mendakwa mereka ditahan sepasukan anggota tentera selepas pesawat MH370 dirampas. 'Wood' mendakwa ketika rampasan itu, matanya ditutup dan dia percaya, telah diberikan dadah oleh perampas. Apa yang lebih mengejutkan, pengirim mesej itu juga mendakwa dia dan penumpang lain ditahan di Pulau Diego Garcia di mana dia ditempatkan dalam sel yang berasingan daripada penumpang lain. "Saya menyembunyikan telefon di dalam dubur, membolehkan saya menghantar mesej ini," tulis 'Wood'.

'Wood' yang nama itu sememangnya direkodkan sebagai seorang daripada 227 penumpang MH370, rakyat Amerika Syarikat dan merupakan eksekutif kanan IBM berpangkalan di Beijing sejak dua tahun lalu, menyertai penerbangan MH370 dalam perjalanan pulang selepas menyelesaikan urusan kerjanya di negara ini. Dia juga memuat naik gambar profilnya yang setelah dikaji, menggunakan perisian tertentu dirakam di Diego Garcia bertarikh 18 Mac 2014. Orang ramai turut memberi reaksi terhadap mesej yang diragui itu malah, ada yang menganggap tidak masuk akal. -SH




.

KAHWIN 6 BULAN AJE? - ANABELLA




KAHWIN 6 BULAN AJE? - ANABELLA | Kerana cinta yang hilang, Rania Ixuna, seorang gadis comel dan memiliki banyak kelebihan, menutup hati untuk lelaki lain. Namun siapa sangka, dia akur dengan permintaan keluarga untuk mengahwinkan dia dengan Emir Enrique seorang lelaki yang biasa namun miliki harapan untuk bahagia dengan Rania Ixuna.

Setelah menjadi suami kepada isteri yang comel itu, barulah Emir Enrique sedar ada sesuatu yang tak kena pada Rania Ixuna. Sedikit sebanyak, Rania Izuna berubah. Layanan baik Emir Enrique juga mulai terbekas di hati Rania Ixuna. Namun, harapannya agar Rania Ixuna buka hati untuk menyintainya, nampaknya mustahil dengan kehadiran kekasih lama isterinya, Alex. Sejujurnya, Rania Ixuna mulai menyintai suaminya, namun kehadiran Alex dan terbongkarnya misteri kehilangan lelaki itu membuatkan hatinya mulai berbahagi, sehingga dia nekad meninggalkan suami sendiri dan memilih Alex. Bohonglah kalau Emir Enrique tidak terluka dengan keputusan nekad Rania Ixuna itu, walaupun jelas sedari awal pernikahan mereka, Rania Ixuna sudah mengingatkan bahawa perkahwinan ini hanya akan kekal selama 6 bulan..



Tajuk : Kahwin 6 bulan aje?
Penulis : Anabelle
Halaman : 757 muka surat
Harga : RM28/RM31





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!