Thursday, April 3, 2014

Sadis!! Jururawat hospital mengaku suntik mati tiga bayi baru lahir



Sadis!! Jururawat hospital mengaku suntik mati tiga bayi baru lahir | Seorang jururawat di sebuah hospital di Vietnam mengaku membunuh tiga bayi baru lahir apabila menyuntik mereka dengan anestetik dan bukannya vaksin hepatitis B. Jurucakap polis, Nguyen Van Loi berkata, suspek Nguyen Thi Thuan dari hospital besar daerah Huong Hoa di wilayah Quang Tri didakwa tidak sengaja menyebabkan kematian pada julai tahun lalu akibat melanggar etika dan peraturan pentadbiran. "Semasa ditahan minggu lalu, Thuan mengaku menyuntik ketiga-tiga mangsa dengan Esmeron, iaitu sejenis ubat yang biasanya digunakan sebagai anestetik am," katanya dipetik DPA.




.




.

Pakar Feng shui mati tertimbus dalam kubur selepas tunjuk kubur sempurna kepada sebuah keluarga



Pakar Feng shui mati tertimbus dalam kubur selepas tunjuk kubur sempurna kepada sebuah keluarga | Seorang pakar feng shui mati tertimbus dalam tanah runtuh di sebuah tanah perkuburan di sini, hanya beberapa saat selepas menunjukkan ‘tempat pengebumian paling sempurna’ kepada sebuah keluarga. Anggota keluarga De Meng, 75, yang baru meninggal dunia meminta pakar feng shui berkenaan, Zheng Guoqiang, 55, menunjukkan tempat paling sesuai untuk menyemadikan De Meng.

Selepas membuat penilaian tanah perkuburan itu, Zheng yang dianggap antara pakar feng shui paling terkenal Hong Kong memberitahu keluarga berkenaan dia sudah menemui lokasi paling sempurna. Menurut satu-satunya orang yang terselamat dalam kejadian itu, tanah runtuh berlaku sejurus selepas pengumuman itu, mengakibatkan enam daripada tujuh anggota keluarga itu maut bersama Zheng. Hong Kong yang kekurangan tanah semakin banyak melihat kawasan bukit curam digunakan untuk tujuan pengebumian. - Agensi




.

Terkini mengenai Penculikan Di Semporna: Pasukan Keselamatan Malaysia Lancar Operasi Besar-Besaran


Terkini mengenai Penculikan Di Semporna: Pasukan Keselamatan Malaysia Lancar Operasi Besar-Besaran  | Pasukan keselamatan Malaysia telah melancarkan operasi besar-besaran di sepanjang sempadan laut dekat selatan Filipina untuk memburu kumpulan lelaki bersenjata yang membawa lari dua wanita yang terdiri daripada seorang pelancong dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina dari sebuah resort di Semporna pada Rabu. Pegawai keselamatan mengesahkan bahawa mereka sedang menyemak semua kemungkinan laluan yang digunakan kumpulan lelaki bersenjata untuk melarikan diri selepas menculik seorang wanita dari Shanghai berusia 29 tahun dan seorang pekerja resort warga Filipina , Marcy Dayawan @ Mimi dari resort Pulau Singgahmata, bersebelahan Pulau Bum-Bum, Semporna, kira-kira pukul 10.30 malam Rabu.

Operasi pintasan telah dilancarkan oleh pasukan keselamatan bersama rakan-rakan di selatan Filipina. Beberapa sumber memberitahu The Star bahawa pasukan keselamatan di kedua-dua belah sempadan bagaimanapun belum menerima sebarang maklumat daripada mana-mana kumpulan. Kumpulan lelaki bersenjata dipercayai berjaya menyelinap masuk ke kawasan rantaian pulau Tawi Tawi di selatan Filipina dalam keadaan gelap. Penculikan pada Rabu berlaku sehari selepas ulang tahun pertama penubuhan Esscom berikutan pencerobohan Kg Tanduo di Felda Sahabat 17 Lahad Datu pada Februari tahun lepas.

Penculikan dengan gaya serupa dengan kejadian pada Rabu berlaku pada 15 November tahun lalu di resort di Pulau POM POM di Semporna, di mana ahli perniagaan Taiwan Li Min Shu, 58, terbunuh dan isterinya Chang An Wei, 57, diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata. Chang kemudiannya dibebaskan 36 hari kemudian selepas wang tebusan yang tidak diketahui jumlahnya dibayar melalui rundingan dengan lelaki bersenjata yang menawannya di dalam kubu kuat Abu Sayaff di Jolo selatan Filipina. -Mstar




.

Misteri mayat tergantung pada sebuah papan iklan selama bertahun-tahun didedahkan


Misteri mayat tergantung pada sebuah papan iklan selama bertahun-tahun didedahkan | Satu mayat tergantung pada sebuah papan iklan selama bertahun-tahun di sini kerana orang ramai menyangka ia hanya gimik iklan. Orang ramai yang memandu melintas papan iklan berkenaan saban hari tidak mempedulikannya sehinggalah pekerja penyelenggaraan menemuinya ketika ingin membaiki papan iklan gergasi itu di bandar Dongyang, timur China. Menurut polis, papan iklan itu didirikan di situ kerana ia lokasi yang strategik. Polis percaya ramai yang melihat mayat itu, namun tidak melaporkannya kerana menyangka ia sebahagian daripada iklan yang dipaparkan. Jurucakap polis, Lei Hsing berkata:

“Ia pasti dapat dilihat mereka yang melalui jalan itu lebih-lebih lagi mayat berkenaan berada dalam keadaan baik. “Kami hanya beranggapan orang ramai menyangka mayat itu sebahagian daripada iklan,” katanya.Polis berkata, mereka sukar mengenal pasti punca kematian kerana tidak terdapat tanda pengenalan diri. Mereka juga belum dapat mengenal pasti jantina mayat itu kerana sebahagiannya sudah dimakan burung. - Agensi




.

Gadis kaburi perlakuan sumbang dengan mengenakan tudung


Gadis kaburi perlakuan sumbang dengan mengenakan tudung | Taktik licik seorang gadis bukan Islam berusia 22 tahun mengenakan tudung bagi mengaburi hubungan cintanya dengan pasangan Islam yang merupakan pemilik kedai makanan di Pekan Kota, dekat sini, terbongkar apabila premis berkenaan diserbu, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, sepasukan penduduk kampung, polis dan jawatankuasa masjid bertindak menyerbu sebuah bilik di bahagian belakang kedai berkenaan selepas mendapat maklumat mengenai hubungan terlarang berkenaan. Menurut sumber, serbuan dibuat hasil daripada aduan penduduk yang merasa kurang senang melihat seorang pemilik kedai makanan berkenaan berusia 26 tahun yang sering bertukar-tukar pasangan. “Jika diikutkan, kedai makan berkenaan sudah beroperasi sejak lima tahun lalu dan penduduk mulai curiga sejak dua tahun lalu selepas melihat pemilik kedai makanan berkenaan kerap kali bertukar perempuan.

“Bagaimanapun tangkapan sering kali tidak berjaya dilakukan susulan terdapat ibu atau adik beradiknya dari Thailand. Namun, malam tadi (semalam) selepas mendapat info sahih serbuan dibuat jam 2.00 pagi dan terbukti pemilik berada di dalam bilik di belakang kedai bersama seorang perempuan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Sumber berkata, pasangan berkenaan mengambil masa 10 minit sebelum pintu dibuka dan mereka lengkap berpakaian. Bagaimanapun menurutnya, setelah diselidik perempuan berkenaan yang sering kelihatan di kedai makan berkenaan sejak lebih empat bulan lalu adalah berbangsa Cina dan mengenakan tudung bagi mengelak disyaki penduduk setempat.

“Malah, gadis berkenaan menyatakan dia merupakan pelajar di salah sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Melaka. Pasangan berkenaan akhirnya di bawa ke Balai Polis Kota untuk siasatan lanjut. Sumber berkata, dalam serbuan berkenaan, pemeriksaan turut dijalankan ke atas kakitangan kedai berkenaan di mana empat daripada pekerjanya merupakan pendatang asing tanpa izin (Pati). Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan mengenai insiden berkenaan dan kes diserahkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan lanjut. -SH




P/S - Sekadar gambar hiasan




.

Kejam!! Wanita hamil 7 bulan dirogol bergilir-gilir oleh 5 lelaki


Kejam!! Wanita hamil 7 bulan dirogol bergilir-gilir oleh 5 lelaki | Seorang wanita yang hamil tujuh bulan menjadi habuan seks lima lelaki apabila dirogol bergilir-gilir di sebuah wakaf di tengah sawah padi di sini Isnin lalu. Sebelum kejadian pukul 11.30 malam, mangsa yang berusia 21 tahun dan merupakan ibu kepada seorang anak itu dikatakan pergi ke rumah seorang rakan wanitanya yang terletak di kampung berhampiran. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Abdul Hamid Che Ahmad berkata, dari rumah rakannya itu, mangsa kemudian mengajak adik perempuan rakannya itu untuk keluar membeli makanan di sebuah kedai berhampiran. Menurut beliau, ketika dalam perjalanan menunggang motosikal, teman lelaki kepada adik rakan mangsa mengekori motosikal ditunggangi mangsa.

Turut mengekori mereka, dua lagi lelaki lain. Abdul Hamid berkata, mangsa dan gadis itu kemudian berhentikan motosikal di tepi jalan bagi berbincang dengan kumpulan lelaki yang mengekori mereka. “Selepas itu, kedua-dua wanita terbabit dibawa pergi ke sebuah wakaf di kawasan sawah padi tidak jauh dari situ,” kata beliau. Di wakaf itu, mangsa ditinggalkan bersendirian di situ sementara menunggu gadis itu dan kekasihnya berbincang mengenai masalah hubungan mereka. Abdul Hamid memberitahu, tidak lama selepas itu, mangsa didatangi kekasih gadis itu dan dua lagi lelaki. “Mangsa yang berseorangan di wakaf itu kemudian dirogol oleh ketiga-tiga lelaki itu.

Tidak berakhir di situ, suspek keempat dan kelima yang dipercayai dihubungi rakan-rakan mereka turut datang ke lokasi kejadian dan turut merogol mangsa secara bergilir-gilir,” kata beliau. Mangsa dihantar pulang ke rumahnya pada pukul 4.30 pagi oleh salah seorang suspek. Suspek itu turut memohon maaf kepada mangsa atas kejadian tersebut. Kata beliau, mangsa kemudian membuat laporan pada pukul 7 pagi semalam dan polis kini sedang memburu kelima-lima suspek itu yang semasa kejadian dipercayai mabuk. Difahamkan, semasa kejadian suami mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori tiada di rumah kerana bekerja di ibu negara. -HM




P/S - Sekadar gambar hiasan



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!