Saturday, April 26, 2014

Artis ini ada cara aneh untuk memulihkan masalah kulit muka yang dideritainya



Artis ini ada cara aneh untuk memulihkan masalah kulit muka yang dideritainya | AHLI kumpulan One Direction iaitu Harry Styles meletakkan najis burung pada wajahnya ketika menghadiri kursus rawatan intensif yang dikenali sebagai rawatan Geisha. Harry melakukan perkara itu sebagai langkah terdesak untuk menghapuskan jerawat pada muka sebelum siri penjelajahan konsert bersama kumpulannya. Sumber memberitahu akhbar Daily Star, Harry melakukan rawatan itu pada setiap hari kerana menderita dengan masalah kulit mukanya sejak sekian lama.


Kata sumber itu, Harry mendengar satu kaedah rawatan pelik untuk memulihkan kulit muka iaitu menggunakan serbuk yang mempunyai campuran air, beras dan juga najis daripada burung Bulbul. Walaupun kaedah itu mendatangkan bau yang kurang menyenangkan namun penyanyi itu mahu melihat kesan yang positif terhadap mukanya dengan segera. Sumber berkata, Harry benar-benar gembira dengan rawatan ‘tahi burung’ itu kerana dia melihat wajahnya semakin berseri dan bercahaya. -AP




.

1 Penyokong CHELSEA:

Adam Haiqal on April 27, 2014 at 12:14 PM said...

nak try jugak lAAA..HAHAH

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!