Sunday, April 6, 2014

Gambar bas ekspres Plusliner rentung yang nyaris ragut 57 nyawa



Gambar bas ekspres Plusliner rentung yang nyaris ragut 57 nyawa | Seramai 57 penumpang bas ekspres Plusliner berdepan detik cemas apabila kenderaan itu mengalami masalah teknikal lalu terbakar dalam satu kejadian di Jalan Simpang Ampat Tasik menghala ke Junjung, Seberang Prai Selatan (SPS), di sini, petang tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang apabila pihak bomba menerima maklumat mengenai kejadian kebakaran dipercayai berlaku di bahagian enjin bas lalu merebak ke bahagian atas bas sebelum bas bertindak berhenti di tepi jalan bagi menyelamatkan nyawa penumpang bas yang ada.


Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.12 petang dan sepasukan pegawai dari Balai Bomba Nibong Tebal yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Safi @ Roslan Abdullah bersama tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi kira-kira 20 minit kemudian. Beliau berkata, sejurus tiba di lokasi kejadian api berjaya dipadamkan oleh pemandu bas dengan menggunakan alat pemadam api dan air disamping dibantu anggota bomba sukarela dari Valdor, Permatang Tinggi, Taman Merak Jaya, Jawi serta Balai Bomba Sukarela dari Kulim, Kedah yang tiba dilokasi kejadian."Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih lagi disiasat untuk mengenalpasti punca kebakaran," katanya. -HM




.

Miley Cyrus didakwa hamil dan dia tidak tahu siapa bapa kepada bayi itu



Miley Cyrus didakwa hamil dan dia tidak tahu siapa bapa kepada bayi itu | PENYANYI kontroversi Miley Cyrus didakwa sudah hamil. Namun keadaan menjadi lebih teruk apabila penyanyi lagu Wrecking Ball itu tidak tahu siapakah bapa kepada bayi yang dikandungnya itu. Menurut laporan majalah Life Style edisi April 2014, salah satu sumber yang rapat dengan Miley berkata penyanyi itu hamil tanpa dirancang akibat kehidupannya yang semakin liar.Tidak lama selepas berita itu dikeluarkan, jurucakap Miley menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan ia hanyalah berita yang direka-reka. "Tidak ada yang benar dalam laporan (Life Style) itu," katanya ringkas.-AP





.

Sebuah gereja dibenarkan dijadikan masjid di luar negara



Sebuah gereja dibenarkan dijadikan masjid di luar negara | Majlis Perbandaran New York memberi kebenaran kepada kumpulan penduduk Islam di kota ini untuk menanggalkan enam batang salib di atas menara bekas sebuah geraja Katolik di Syracuse, yang telah kosong untuk dijadikan masjid. Kira-kira 200 orang penduduk menurunkan tandatangan mereka dalam satu petisyen melalui dalam talian bagi menggesa Lembaga Pemeliharaan Tanda Tempat di Syracuse untuk mengetepikan permohonan pemilik baharu gereja itu, North Side Learning Center untuk menanggalkan serta membina pagar sepanjang 1.8 meter di kawasan gereja itu. Sebelum undian dijalankan, Pengerusi jawantankuasa pengubahsuaian gereja itu, Don Radke berkata, majlis perbandaran itu tidak boleh campur tangan dalam sesuatu keputusan melibatkan kebebasan agama.

Sebahagian daripada mereka yang hadir pada mesyuarat itu berbelah-bahagi, ada yang menentang dan sebahagian lagi menyokong cadangan untuk mengubah gereja itu, lapor laman web Post-Standard. Mereka yang menandatangani petisyen tersebut termasuk penduduk tempatan dan bekas jemaah gereja itu menyatakan bahawa bekas gereja Holy Trinity Catholic Church merupakan mercu tanda di kawasan kediaman itu, yang dibina oleh pendatang Jerman kira-kira 100 tahun lalu, dan tindakan menanggalkan salib-salib tersebut akan mencacatkan seni bina bangunan tersebut.

Gereja tersebut ditutup pada 2010 dan jemaah di gereja itu digabungkan dengan gereja St. John ekoran kemerosotan jemaah di situ kerana ramai penduduk di bandar itu telah berpindah ke luar bandar. North Side Learning Center, sebuah organisasi sukarela yang menyediakan program celik huruf kepada pendatang telah membeli gereja dan sekolah di situ pada harga AS$150,000 (RM492,224) pada Disember lalu. Pengarah pusat itu, Yusuf Soule berkata, salib-salib tersebut perlu ditanggalkan kerana umat Islam melarang menyembah berhala atau simbol. Satu laporan oleh Liga Penduduk Onondaga berkata, terdapat lebih 7,200 pendatang menetap di bandar Syracuse sejak lebih 10 tahun lalu, dengan majoriti daripada mereka datang dari Burma, Bhutan dan Somalia. - Agensi




.

MH370 : Kos mencari dan siasatan ke atas pesawat yang hilang sejak 8 Mac menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan



MH370 : Kos mencari dan siasatan ke atas pesawat yang hilang sejak 8 Mac menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan | Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media. Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98). Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula. Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari.

Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi. Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak $3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula telah berbelanja $8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka. Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.8 juta). Jumlah boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara. Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat. “Ia memerlukan wang yang banyak,” jelas beliau. - Astro Awani




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!