Saturday, April 12, 2014

Misteri sambutan hangat kepada perniagaan telur semut, didedahkan


Misteri sambutan hangat kepada perniagaan telur semut, didedahkan | Perniagaan telur semut di pasaran Indonesia dilapor semakin mendapat sambutan hangat, sekali gus membuka peluang pekerjaan baharu kepada penduduk untuk menternak semut secara serius. Permintaan terhadap telur semut sangat tinggi kerana makanan eksotik itu dipercayai tinggi protein, vitamin, dan rendah lemak. Menurut laporan portal DailyMail Online, pembiak baka boleh menghasilkan 136 kilogram telur dan beratus-ratus ribu semut setiap bulan. Jelas laporan itu, penternak akan meletakkan 'ibu semut' di dalam balang jernih di bilik bersuhu lembab dan sebaik sahaja telur dihasilkan, baka pembiak dikeluarkan dari balang terbabit.

“Telur tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam balang dan dibungkus sebelum dihantar ke pasar Bogor untuk dijual. “Telur semut boleh dimasak melalui pelbagai cara sama ada direbus atau dimakan dengan salad," kata laporan itu. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tabiat pemakanan telur semut boleh mengurangkan kesan rumah hijau dan membuka peluang pekerjaan. - AGENSI




.

Kisah penjaga gol yang sentiasa membantu pasukannya capai kemenangan walaupun sebelah tangannya kudung


Kisah penjaga gol yang sentiasa membantu pasukannya capai kemenangan walaupun sebelah tangannya kudung | DALAM bola sepak, tugas sebagai penjaga gol merupakan tanggungjawab sukar kerana perlu mengawasi ruang yang akan memberi mata atau kemenangan kepada pihak lawan. Tugas itu juga memerlukan dua belah tangan yang dilengkapi dengan sarungnya untuk menepis keluar cubaan bertali arus daripada pihak lawan. Tapi bayangkan, betapa sukarnya bagi seorang penjaga gol yang hanya memiliki sebelah tangan untuk mengawal gawangnya.


Namun kecacatan itu tidak menjadi halangan kepada Tudorel Mihailescu, 48, untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol.Bukan setakat itu, malah Mihailescu kini menjadi penjaga gol penting untuk pasukan yang diwakilinya iaitu skuad Vulcan di Romania. Sejak awal tahun ini, Mihailescu berjaya membantu pasukannya mencapai keputusan cemerlang.




.

Pelakon kacak Fahrin Ahmad terima gambar separuh bogel kerana disangka gay



Pelakon kacak Fahrin Ahmad terima gambar separuh bogel kerana disangka gay | Mencecah usia 35 tahun, pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad mengesahkan dia masih solo dan tidak menjalinkan sebarang hubungan istimewa dengan mana-mana wanita. Bercakap kepada sebuah akhbar, Fahrin menyatakan bahawa kegagalan cinta terdahulu sedikit memberi kesan terhadap perancangannya untuk berkahwin. Namun dirinya selesa dengan kehidupan yang dilalui serta fokus kepada bidang kerjaya yang diceburinya sekarang. Meskipun begitu, bekas pengacara program Sehati Berdansa itu mengakui tentang timbulnya persepsi segelintir pihak yang beranggapan bahawa dia lebih meminati kaum sejenis memandangkan status bujangnya itu.

Katanya, kalau ada yang cuba melabelkan sebegitu (gay), dia cuma boleh katakan bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat mengarut. Malah pelakon bertubuh sasa ini tidak menafikan yang dia pernah didekati oleh golongan lelaki yang meminati kaum sejenis. "Tidak dinafikan yang perkara itu memang pernah berlaku sebelum ini, malah lebih teruk lagi ada yang menghantar gambar separuh bogel kepada saya menerusi aplikasi WhatsApp. Saya ini bukanlah jenis yang suka memilih kawan dan tidak kisah untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi kalau ada yang melakukan perbuatan melampau sebegitu, sudah tentu saya akan menjauhkan diri", katanya. -MD





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!