Friday, April 18, 2014

Panggilan telefon paling pelik yang pernah diterima oleh panggilan kecemasan, 999


Panggilan telefon paling pelik yang pernah diterima oleh panggilan kecemasan, 999 | Tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku di sebalik bunyi pernafasan kuat yang didengar ketika menerima panggilan kecemasan, mendorong sepasukan polis Leicestershire, United Kingdom bergegas ke lokasi kejadian. Walaupun tidak dapat mengesahkan punca sebenar kejadian yang menyebabkan 999 didail, polis tetap bertindak pantas kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini membabitkan nyawa penduduk daerah berkenaan. Sebaik anggota polis tiba, didapati seekor anjing yang sedang menggunggung telefon bimbit dikejar seorang wanita di taman kediaman pasangan Mary Amos-Cole dan Geoff Cole di Edlesborough, Bucks.

Sekali gus, semua persoalan terjawab. Seekor anjing peliharaan jenis Belgian Malinois bernama Leighton memelakukan sesuatu diluar dugaan apabila membuat panggilan kecemasan 999. Haiwan peliharaan berusia dua tahun itu dikatakan 'merampas' telefon bimbit milik tuannya dan terpaksa dikepung bagi mendapatkan semula telefon itu. Cole bagaimanapun terkejut melihat kehadiran anggota polis ke kediaman mereka.

"Pegawai polis itu berkata panggilan 999 dibuat menerusi telefon ini dan apa yang mereka boleh dengar hanya pernafasan yang kuat. "Saya tidak sangka sama sekali anjing saya dapat membuat panggilan itu," kata Mary. Berdasarkan kajian, anjing Belgian Malinois didapati pintar dan pernah digunakan CIA and pasukan keselamatan dunia. Kejayaan tentera Amerika Syarikat membunuh Osama bin Laden di Pakistan juga hasil bantuan haiwan berkenaan. -AP



.

Penyamun simpan barang curi ditempat yang paling tidak disangka



Penyamun simpan barang curi ditempat yang paling tidak disangka | KELICIKAN seorang penyamun menyimpan barangan yang dicuri di dalam perut iaitu dengan menelannya sejak hampir 20 tahun lalu akhirnya terbongkar. Suspek, Dariusz Piotrowsk, 39, sering menelan barangan yang dicuri sementara menunggu pembeli bagi mengelak dia ditahan dan dipenjara. Tanpa barangan curi yang boleh dijadikan bukti, pihak berkuasa tidak dapat menjatuh hukuman ke atas suspek. Bagaimanapun tindakan Piotrowsk akhirnya terbongkar apabila dia mengadu mengalami kesakitan dalam perut selepas ditahan polis kerana menyamun dan menjual barangan curi.

Hasil imbasan x, pasukan perubatan terkejut melihat objek yang begitu banyak di dalam perut suspek. Antara barangan tersebut ialah enam jam tangan, garpu, sudu, pemetik api, rokok dan objek lain yang digunakan untuk menyamun. Penemuan barangan curi itu juga mengakhiri siasatan polis terhadap suspek sejak sekian lama kerana berhubung tindakannya yang sering menyamun terutamanya wanita. -AP



.

Gambar terkini pelakon Didie Alias yang sedang hamil 6 bulan


Gambar terkini pelakon Didie Alias yang sedang hamil 6 bulan | Pelakon dan pelawak Didie Alias memberitahu suaminya, Norisham Ismail mengalami alahan teruk sejak Didie disahkan hamil Januari lalu. Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, berkata, pada mulanya dia pelik dengan situasi dialami Norisham yang sentiasa tidak sihat sehingga menimbulkan kerisauan. "Keadaannya mengalahkan wanita yang sedang mengandung tapi masa mula-mula dulu saya risau juga kerana pelik dengan keadaan dia yang sentiasa tidak sihat. "Sebelum ini semasa saya hamil, saya tidak pernah mengalami alahan termasuklah ketika mengandung kali ini. Jadi apabila pembawakan budak itu berlaku kepada suami saya, ia perkara yang agak pelik dan merisaukan saya," katanya. Didie yang sedang hamil enam bulan dijangka bersalin pada Julai depan hasil perkongsian hidup dengan Norisham yang dikahwininya pada tahun 2009.


Pelakon sejak era 80-an itu sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor, Ridzuan Hashim dan mempunyai lima orang hasil perkahwinan berkenaan.Dalam pada itu, Didie berkata, selain muntah-muntah dan loya, Norisham turut mengalami sakit pinggang selain mengidam pelbagai makanan seperti mana berlaku kepada kebanyakan wanita hamil yang lain. Malah kata Didie, keadaan itu masih berlanjutan sehingga ke hari ini namun ia beransur pulih tidak seperti ketika mula-mula Didie disahkan hamil. "Selalunya dalam tiga bulan simptom 'pembawakan budak' itu akan hilang tetapi tidak pada suami saya kerana dia lagi over dari saya...hahaha.


"Malah perutnya juga hampir sama besar dengan saya kerana sering mengidam untuk makan pelbagai menu," katanya.Sementara itu, Didie bersyukur apabila doktor mengesahkan dia bakal menimang cahaya mata lelaki semasa membuat pemeriksaan baru-baru ini. Kata Didie, dia pada dasarnya tidak kisah dengan jantina anak kerana apa yang lebih penting bayi itu nanti dilahirkan sihat dan sempurna. "Seronok sebenarnya bakal dapat bayi lelaki kerana saya pun hanya ada seorang sahaja anak lelaki. Perasaan teruja itu memang ada," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Didie berkata, dia kini lebih banyak berehat di rumah dan tidak lagi mengambil tawaran berlakon. -Mstar




.

Pelajar sekolah tahfiz maut tercekik mi segera



Pelajar sekolah tahfiz maut tercekik mi segera | Seorang pelajar tahfiz berusia 18 tahun maut dipercayai tercekik mi segera malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10.45 malam ketika mangsa, Daud Sharif dari Kampung Kuala Beris, Sik makan makanan itu di asrama Sekolah Agama As Siddiqiah Naka dekat sini. - Utusan




.

Kereta terbabas, ADUN Paloh cedera sementara isteri maut


Kereta terbabas, ADUN Paloh cedera sementara isteri maut  | Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Gua Musang, Kelantan Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya terkorban selepas kereta dinaiki pasangan itu terbabas dan merempuh tebing bukit di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai dekat Simpang Keramat di sini, lewat petang tadi. Dalam kejadian 6.30 petang itu, Datin Maziah Din meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, ketika mendapatkan rawatan manakala Nozula mengalami cedera ringan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kenderaan yang dipandu sendiri oleh mangsa dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit. "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.‎"Mangsa kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. -HM




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!