Friday, April 18, 2014

Kereta terbabas, ADUN Paloh cedera sementara isteri maut


Kereta terbabas, ADUN Paloh cedera sementara isteri maut  | Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh, Gua Musang, Kelantan Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya terkorban selepas kereta dinaiki pasangan itu terbabas dan merempuh tebing bukit di Kilometer 24 Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai dekat Simpang Keramat di sini, lewat petang tadi. Dalam kejadian 6.30 petang itu, Datin Maziah Din meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini, ketika mendapatkan rawatan manakala Nozula mengalami cedera ringan dilaporkan dalam keadaan stabil.


Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani ketika mengesahkan kejadian berkata, berdasarkan kepada maklumat yang diterima, kenderaan yang dipandu sendiri oleh mangsa dipercayai terbabas dan melanggar tebing bukit. "Kenderaan mangsa dipercayai terbabas kerana permukaan jalan yang licin.‎"Mangsa kini berada di Hospital Ipoh dalam keadaan stabil dan hanya cedera ringan manakala isteri beliau dikhabarkan meninggal dunia sebentar tadi," katanya ketika dihubungi di sini, sebentar tadi. -HM




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!