Saturday, April 19, 2014

Ini reaksi Pelakon cantik Nur Fazura mengenai kontroversinya bercumbu dengan seorang lelaki di khalayak ramai



Ini reaksi Pelakon cantik Nur Fazura mengenai kontroversinya bercumbu dengan seorang lelaki di khalayak ramai | Apabila ditanyakan sendiri kepada tuan punya badan mengenai kontroversi yang timbul sekitar bulan lalu yang mengaitkan namanya, aktres jelita ini seolah-olah seperti tidak tahu-menahu mengenai hal itu. Sebaliknya Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Faz, pantas bertanyakan kembali kepada pihak media, "Buat apa ya? Siapa yang keluarkan dulu? Cium yang macam mana...? Bercumbuan ni ada macam-macam jenis. Saya tak faham. Saya tidak tahu cerita apa yang anda semua dengar. "Saya tidak ada komen. Anda semua kata saya bercium tapi saya pun tak tahu bercium yang macam mana. Saya bersama kawan-kawan saya di KLIA, itu saja. Saya tidak ada melakukan apa-apa aksi bercium.

"Saya tak tahu. Saya baru dengar tentang hal ini, hari ini. Anda semua patut tanyakan pada orang yang membuat cerita itu kerana dia yang lebih tahu. Jangan tanya saya", itu kata Fazura ketika ditemui pihak media di majlis pelancaran wajah baru portal berita, mStar online di Alexis The Gardens. Bulan lalu, dunia hiburan tempatan gempar dengan satu laporan sebuah portal yang menyebut, Fazura membuat aksi terlampau iaitu bercumbuan bersama “rakan baik”nya, Randy Seidman yang merupakan seorang deejay dari Amerika. Laporan juga menyebut, mereka ada melakukan aksi urut-urut belakang dan saling melentukkan kepala di bahu.Bagaimanapun kata pelakon yang bakal muncul menerusi filem 'Manisnya Cinta di Cappadocia' ini, dia tidak marah kepada pihak yang menyebarkan cerita berkenaan.


"Saya okay saja. Ini semua tidak ada kaitan dengan saya. Terpulang kepada yang buat cerita. Kalau dia rasa dia betul, betul lah. Saya yakin Allah lebih nampak apa yang setiap manusia buat. Jadi apapun iat dia, itu antara dia dengan Allah", tuturnya sambil meminta pihhak media tidak terus bertanyakan hal itu lagi. Persoalannya, kenapa Fazura bersikap seperti tidak tahu apa-apa ketika diminta mengulas oleh pihak media? Sedangkan ketika kontroversi itu menjadi bualan hangat ramai, dia ada memuat naik satu status di laman Twitter yang merujuk kepada dakwaan kontroversi tersebut. Menerusi status tersebut, Fazura seperti berang dengan dakwaan berkenaan.Kalau betul dia langsung tidak tahu, macam mana dia tiba-tiba menaikkan status sebegitu, kan. - mD




.

Pelakon kacak ini punya cara untuk menarik lebih ramai peminat kedalam akaun instagramnya


Pelakon kacak ini punya cara untuk menarik lebih ramai peminat kedalam akaun instagramnya | PELAKON kacak James Franco mengakui dia menggunakan gambar 'selfie' yang dimuat naik ke dalam akaun Instagram miliknya bagi menarik lebih ramai pengikut di laman sosial itu. Menerusi akaun jamesfrancotv, pelakon filem This Is The End itu sudah memiliki dua juta pengikut dan angka itu terus meningkat setiap kali dia memuat naik 'selfie' terbaharunya.


"Saya akan mengikut 5,000 akaun Instagram peminat sekiranya jumlah pengikut saya mencapai lima juta," katanya seperti dilaporkan E Online.Gambar-gambar James mendapat perhatian apabila dia kerap memuat naik aksi selfie yang lucu dan mempamerkan tubuh badannya kepada peminat.


Malah 'selfie' James ketika berada di bilik tidur paling mendapat perhatian setiap kali dia memuat naik ke laman sosial itu. Dalam pada itu, James berkata, 'selfie' membuatkan hidupnya gembira dan pada sama dapat berkongsi momen dalam hidupnya dengan para peminat. -AP




.

Ibu kantoi bekal dadah kepada anak yang baru dijatuhi hukuman penjara di mahkamah


Ibu kantoi bekal dadah kepada anak yang baru dijatuhi hukuman penjara di mahkamah | Seorang wanita ditahan ketika cuba membekalkan dadah kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki dadah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, di sini semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata, perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari polis yang mengiringi anak lelakinya turun dari kandang tertuduh untuk dibawa ke lokap sementara mahkamah pada jam 11.15 pagi.

"Suspek dilihat mendekati anaknya yang berusia 35 tahun sebelum menyerahkan bungkusan kecil yang dibalut plastik hitam secara sembunyi, bagaimanapun kelakuannya yang mencurigakan itu disedari anggota bertugas," katanya kepada pemberita. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 9.4 gram yang dibalut dalam gulungan tembakau. Siti Nor Salawati berkata, polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu diperoleh dan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!