Sunday, April 20, 2014

Gambar Putera George lawat Zoo Australia


Gambar Putera George lawat Zoo Australia | Putera sulung pasangan Putera Wiliam dan Kate Middleton, Putera George, hari ini membuat kejutan di Australia apabila buat pertama kali muncul dikhalayak ramai dengan melawat Zoo Taronga, Sydney. Memetik laporan AFP, George yang kini berusia lapan bulan merupakan pewaris ketiga selepas bapanya Putera William, mencuri tumpuan ramai, apabila melawat taman haiwan Harbour, Zoo Taronga, berhadapan Opera House dan Jambatan Harbour.


Keluarga diraja berada di zoo itu untuk melawat kandang ‘bilbies’ dan melawat Marsupial (sejenis arnab) dinamakan sempena George. Berpakaian kemeja berjalur biru, seluar pendek biru dan kasut hitam, putera itu begitu teruja tatkala menghampiri habitat tersebut untuk melihat dengan lebih dekat. -SH




.

Kanak-kanak lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter


Kanak-kanak lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter | Seorang kanak-kanak berumur lapan bulan meninggal dunia akibat tertelan skru sepanjang dua sentimeter di rumahnya di Felda Selasih dekat sini semalam. Ketika kejadian, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan sedang bermain di dalam rumah bersama dua abangnya berumur lima dan tiga tahun. Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata kejadian disedari oleh abang mangsa berumur 5 tahun yang memberitahu datuknya yang berada di luar rumah setelah melihat adiknya itu tidak sedarkan diri selepas muntah-muntah. Kamaruddin berkata ketika kejadian ibu mangsa sedang mandi manakala datuk dan neneknya sedang membuat kerja masing-masing di sekitar rumah mereka.

“Apabila menyedarinya, mereka mengejarkan mangsa ke Hospital Daerah Besut tanpa mengetahui ia telah tertelan skru," kata Kamaruddin kepada pemberita di sini hari ini. Menurutnya mangsa meninggal dunia setibanya di hospital. Kamaruddin berkata mangsa dan ibu bapanya tinggal bersama datuk dan neneknya sejak beberapa tahun lalu di Felda berkenaan. Pemeriksaan pihak hospital kemudiannya mengesan sebatang skru sepanjang dua sentimeter terlekat di kerongkong kanak-kanak berkenaan, yang kemudian berjaya dikeluarkan. Mengesahkan hal itu, Pegawai Perubatan hospital, Dr Nur afi’dah M. Zulkepli berkata skru itu menyekat aliran udara (nafas) mangsa di kerongkong. Kamaruddin berkata pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian. Mayat mangsa dituntut oleh datuknya kira-kira jam 6.30 petang semalam. - Bernama




.

Inilah kata-kata terakhir bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh


Inilah kata-kata terakhir bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh | 'Jumpa anda di Pulau Pinang.' Itu kata-kata terakhir yang diucapkan bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh kepada anaknya, Gobind Singh Deo apabila melawatnya di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Karpal Singh melawatnya pada Selasa, sehari sebelum insiden yang meragut nyawa beliau dan pembantu peribadinya. "Saya amat terkejut, hati saya hancur luluh dan berkecai apabila saya kini melihatnya di Pulau Pinang dalam keadaan sebegitu. "Beliau berkata akan bertemu saya di Pulau Pinang dan di kediaman kami. Banyak yang diperkatakannya tetapi saya tidak menjangka menjadi salah seorang yang menjemputnya di Hospital Kampar ke Pulau Pinang. "Sebagai seorang anak, adalah menjadi tugas kami untuk membawanya balik dan mengebumikannya dengan cara yang betul," katanya di kediaman Karpal di Jalan Utama pada Sabtu. -Mstar




.

Remaja Meninggal Dunia Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki Misteri di Penampang



Remaja Meninggal Dunia Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki Misteri di Penampang | Seorang remaja perempuan meninggal dunia selepas disimbah asid oleh seorang lelaki misteri di sebuah premis makanan berhampiran Towering, Jalan Penampang dekat sini, Sabtu. Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Ratan Kumar Singh berkata mangsa yang dikenali sebagai Memey Kandusan, 19, meninggal dunia kira-kira 11.20 pagi ini selepas menerima rawatan kecemasan di Hospital Queen Elizabeth.

"Difahamkan mangsa sedang bersarapan di kedai berkenaan bersama dua rakannya sebelum didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali, pada kira-kira pukul 5.30 pagi. "Suspek yang memakai topi itu dikatakan bertindak melempar sejenis cecair dipercayai asid ke bahagian muka mangsa sebelum melarikan diri dari tempat kejadian," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata tiada tangkapan dilakukan dan motif kejadian masih dalam siasatan. -MStar



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!