Monday, April 21, 2014

[Gambar] Arnab Terbesar Di Dunia Sebesar Kanak-Kanak 6 Tahun



[Gambar] Arnab Terbesar Di Dunia Sebesar Kanak-Kanak 6 Tahun | MELIHAT arnab sebesar seorang kanak-kanak berusia 6 tahun, ia mungkin akan membuatkan sesiapa yang menemuinya melarikan diri kerana terkejut. Tetapi binatang itu benar-benar wujud di Worcester, England dan Guinness World Records menilai arnab tersebut sebagai yang terbesar pernah ditemui setakat ini. Arnab yang dinamakan sebagai Darius itu mempunyai ketinggian 1.3 meter dan seberat 22.2 kilogram (kg).Pemiliknya Annette Edwards, 62, berkata, Darius yang merupakan arnab biasa telah diberikan 12 batang lobak merah sehari atau 4,000 batang setahun.

Jelasnya, selain itu, Darius juga diberikan sayur-sayuran, buah epal dan dua mangkuk besar susu arnab setiap hari. Kesemua kos makanan arnab itu bernilai £2,400 (RM13,00) setahun. "Saya juga agak sukar untuk mempercayai bahawa Darius kini seberat 22 kg dan setinggi seorang kanak-kanak berusia 6 tahun. "Kerana dimanjakan dengan makanan, arnab itu juga kini menjadi tamak dan mahukan makanan yang lebih banyak," katanya. Tambahnya, walaupun Darius sering mencuri makanan namun dia tidak akan memarahi arnab itu kerana terlalu sayangkannya. -AP




.

[Gambar] Murid tahun 4 tercucuk sebatang besi di bahagian pipi kanan



[Gambar] Murid tahun 4 tercucuk sebatang besi di bahagian pipi kanan | .Pipinya tertusuk sebatang besi penutup parit sepanjang satu meter, namun Huguan Isaac, 10, tabah menahan kesakitan tanpa mengalir setitik air mata sebelum diberi bantuan empat jam kemudian, semalam. Murid Tahun Empat Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Sacred Heart itu, hanya duduk tanpa bergerak dengan sebatang besi menembusi pipinya selepas salah seorang rakannya dikatakan terpijak hujung batang besi berkenaan menyebabkan ia melantun ke atasnya.

Huguan bersama rakannya ketika itu dikatakan bermain di luar sekolah selepas tamat persekolahan sesi pagi, kira-kira jam 12.40 tengah hari. Mangsa dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 (QEH1) selepas batang besi itu tidak dapat dikeluarkan oleh orang ramai serta anggota Bomba dan Penyelamat. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata kejadian disedari oleh orang awam di kawasan terbabit sebelum menghubungi bomba yang kemudian mengiringi mangsa ke hospital selepas besi berkenaan tidak dapat dikeluarkan.


Jalani pembedahan 

Katanya, mangsa yang dipindahkan ke Hospital Kanak-Kanak Kota Kinabalu di Likas, menjalani pembedahan mengeluarkan besi berkenaan jam 3.55 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan jam 12.51 tengah hari sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi, namun tidak melakukan sebarang operasi dan hanya mengiringi kenderaan orang awam yang membawa mangsa ke hospital. Seorang pengawal keselamatan sekolah berkenaan berkata, ketika kejadian beliau mengawal lalu lintas di luar kawasan sekolah sebelum ibu kepada seorang murid memaklumkan berhubung kejadian itu.

“Tanpa berlengah, saya ke tempat kejadian dan mendapati seorang murid sedang terduduk dengan sebatang besi menembusi pipinya. Mangsa kelihatan lemah dan cuba mengeluarkan batang besi berkenaan, namun saya menenangkannya supaya tidak banyak bergerak,” katanya yang enggan dikenali. Katanya, pada mulanya batang besi itu masih bersambung pada penutup parit yang sudah berkarat dan hampir reput, sebelum mematahkan dengan menggerakkan batang besi berkenaan. -BH




.

2 lelaki kantoi curi anjing peliharaan untuk dijual ke restoran dibelasah penduduk dengan kayu dan batu



2 lelaki kantoi curi anjing peliharaan untuk dijual ke restoran dibelasah penduduk dengan kayu dan batu | Sekumpulan penduduk yang berang dengan tindakan dua lelaki mencuri anjing peliharaan untuk dijual ke restoran membelasah mereka dengan kayu dan batu. Kedua-dua lelaki terbabit pernah ditangkap mencuri anjing peliharaan malah sering memasuki perkampungan dan mengumpan anjing milik penduduk dengan daging yang dicampur dengan dadah sebelum haiwan itu dibelasah dan dimasukkan ke dalam kereta untuk dijual sebagai bahan hidangan di restoran.

Mereka ditangkap apabila seorang penduduk di perkampungan Sanjiang terserempak dengan mereka ketika kedua-dua lelaki itu mengumpan anjingnya. Tiga lagi anjing sudah dimasukkan ke dalam kereta mereka. Jeritan lelaki itu menyebabkan jirannya keluar dan terus memukul dua lelaki terbabit, malah kumpulan itu begitu marah sehingga enggan menyerahkan pesalah itu kepada polis sebaliknya berarak membawa mereka di kampung itu. Keluarga dua lelaki itu datang memohon maaf dan berjanji membayar ganti rugi 5,000 yuan (RM2,600).

Daging anjing memang digemari di China dan kecurian seumpama ini bukan perkara baru. Malah, beberapa bulan lalu seorang lelaki di Guangdong ditahan kerana meracun anjing peliharaan orang sebelum menjual daging haiwan itu di restoran. Tahun lalu, pihak berkuasa Zhejiang menemui kes membabitkan anjing diracun untuk dagingnya apabila menahan beberapa orang yang dipercayai menjual lebih 11 tan daging anjing. -AP




.

Belum selesai kes khalwat, pelakon Shahz Jaszle timbul kontroversi terbaru


Belum selesai kes khalwat, pelakon Shahz Jaszle timbul kontroversi terbaru | Belum lagi kes khalwat dengan wanita bernama Farah Nurizzati selesai di mahkamah, pelakon Shahz Jaszle kembali menimbulkan kontroversi. Terbaru, pelakon itu dikatakan memuat naik foto romantik bersama seorang gadis di Instagram yang nyata bukan tunangnya, Redzwani Puteri. Sebaliknya seorang gadis yang dikenali sebagai Hanis Husna yang juga turut sama memuat naik foto mesra mereka di akaun Instagram miliknya. Tindakan Shah memuat naik gambar tersebut mendapat komen negatif dan kecaman daripada para peminatnya sendiri yang kecewa dengan tindakan Shahz yang dianggap terlalu kejam. Rata-rata mereka tidak bersetuju Shahz memilih wanita tersebut berbanding Redzwani yang dianggap lebih cantik dan cerdik. Namun Shahz sempat membalas kritikan para peminatnya dan mempunyai alasan tersendiri mengapa dia berbuat demikian.


“I don’t care what you’re gonna say. If you wanna comment better careful with your words. Cause you don’t know what I have been thru before this” seperti dipetik menerusi akaun Instagramnya.Lebih panas, menerusi akaun Twitter milik Hanis Husna mengesahkan sendiri bahawa Shahz telah pun memutuskan tali pertunangan dengan Redzwani. Dalam pada itu, Redzwani menerusi akaun Twitternya terkejut dengan tindakan tunangya itu dan hanya reda dengan apa yang berlaku. Lebih menyedihkan, Redzwani menganggap tindakan Shahz sebagai satu tindakan yang kejam, dan dia mengharapkan semua pihak tidak perlu rasa simpati dengan apa yang berlaku. Sebaliknya dia merasakan pasangan Shahz dan teman wanita barunya yang memerlukan simpati. -MD




.

Lelaki mabuk cuba rogol ibu sendiri didepan adik 3 tahun


Lelaki mabuk cuba rogol ibu sendiri didepan adik 3 tahun | Seorang lelaki yang mabuk cuba merogol ibunya di hadapan adik perempuannya berusia tiga tahun. Mangsa dan anak perempuannya berada di rumah di Tunis apabila anak lelakinya pulang dari menghadiri majlis minuman keras. “Lelaki itu kemudian duduk di sebelah ibunya dan mula membelai tubuh mangsa sebelum mengoyakkan bajunya. Mangsa berjaya lari ke bilik bersebelahan tetapi dikejar oleh anaknya yang cuba merogolnya,” lapor akhbar Al Tunisia. Wanita itu berjaya melepaskan diri dan meminta tolong jiran yang kemudiannya menelefon polis. Lelaki itu ditahan polis dan mengaku bersalah. - Agensi




.

Choo Choo Langkawi, tarikan terbaru Langkawi


Choo Choo Langkawi, tarikan terbaru Langkawi | Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) semalam melancarkan pakej pelancongan baharu yang dikenali sebagai Choo Choo Langkawi bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara menggunakan perkhidmatan kereta api.


Pengerusinya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, menerusi pakej pelancongan selama tiga hari dua malam itu, para pelanggan berpeluang merasai pengalaman melihat panorama hutan belantara, sawah padi yang luas terbentang termasuk suasana kampung. -Kosmo




.

Seorang pelakon terkenal ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.. Siapakah dia?


Seorang pelakon terkenal ditahan polis kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.. Siapakah dia? | Seorang pelakon lelaki terkenal yang pernah berlakon dalam beberapa filem ‘pecah panggung’ ditahan dalam Ops Cantas Khas bersama 41 individu lain di dua premis hiburan berasingan di Jalan P Ramlee, awal pagi kelmarin. Turut ditahan bersama pelakon berusia 35 tahun itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, operasi bertujuan membanteras kegiatan jenayah keganasan dan jenayah sosial, selain pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Beliau berkata, pihaknya turut memeriksa 110 individu iaitu pengunjung dan pekerja premis hiburan berkenaan bagi mengesan sebarang pelakuan jenayah. “Semua yang ditahan diarah menjalani ujian air kencing dan daripada jumlah itu, 41 diarah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya. -HM




.

[Gambar] Misteri penemuan mayat lelaki berbungkus kain putih dalam sawah



[Gambar] Misteri penemuan mayat lelaki berbungkus kain putih dalam sawah | Seorang pesawah terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki yang berbungkus dengan kain putih seperti dikafankan di kawasan sawah miliknya di Kampung Tuba, Mukim Bukit Lada di sini semalam. Saari Ariffin, 68, dari Kampung Tok Keling di sini berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, dia sedang memeriksa petak-petak sawahnya sebelum melihat satu objek putih dihurung lalat. -Kosmo




.

[Gambar] Berita penuh, Kejadian Pesawat MAS MH192 KL-Bangalore yang berpatah balik


[Gambar] Berita penuh, Kejadian Pesawat MAS MH192 KL-Bangalore yang berpatah balik  | Pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH192 yang kerosakan gear pendaratan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam sebelum selamat mendarat semula di KLIA, pada 1.56 pagi tadi. Biarpun mengakui mula panik apabila dimaklumkan anak kapal dan juruterbang pesawat berdepan masalah, penumpang gembira dan bersyukur selepas pesawat selamat mendarat.


Selepas dibenarkan keluar dari pesawat, semua penumpang ditempatkan di Bangunan Satelit sementara menanti urusan pendaftaran sebelum dihantar ke sebuah hotel berdekatan. Namun, situasi kembali tenang selepas ditenteramkan anak kapal dan juruterbang sebelum pesawat berlegar lebih empat jam di udara sementara menanti arahan pendaratan kecemasan.


Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada kerosakan tayar. Katanya, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan laporan siasatan yang diterima itu akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri. "Pada masa sama, kita tidak mahu mana-mana pihak buat spekulasi mengenai kejadian itu sebaliknya perlukan jawapan dan laporan awal. "Saya mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa bangga terhadap juruterbang dan anak kapal kerana berjaya mengawal keadaan," katanya pada sidang media, di KLIA, awal pagi tadi. Terdahulu, MAS dalam kenyataannya, MH192 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Bangalore, terpaksa berpatah balik berikutan masalah berkenaan.-BH




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!