[Gambar] Berita penuh, Kejadian Pesawat MAS MH192 KL-Bangalore yang berpatah balik | Pesawat Malaysia Airlines (MAS) bagi penerbangan MH192 yang kerosakan gear pendaratan berlegar di udara sekurang-kurangnya empat jam sebelum selamat mendarat semula di KLIA, pada 1.56 pagi tadi. Biarpun mengakui mula panik apabila dimaklumkan anak kapal dan juruterbang pesawat berdepan masalah, penumpang gembira dan bersyukur selepas pesawat selamat mendarat.
Selepas dibenarkan keluar dari pesawat, semua penumpang ditempatkan di Bangunan Satelit sementara menanti urusan pendaftaran sebelum dihantar ke sebuah hotel berdekatan. Namun, situasi kembali tenang selepas ditenteramkan anak kapal dan juruterbang sebelum pesawat berlegar lebih empat jam di udara sementara menanti arahan pendaratan kecemasan.
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata laporan awal mendapati insiden berkenaan berpunca daripada kerosakan tayar. Katanya, perkara berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan laporan siasatan yang diterima itu akan dibawa ke mesyuarat jemaah menteri. "Pada masa sama, kita tidak mahu mana-mana pihak buat spekulasi mengenai kejadian itu sebaliknya perlukan jawapan dan laporan awal. "Saya mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa bangga terhadap juruterbang dan anak kapal kerana berjaya mengawal keadaan," katanya pada sidang media, di KLIA, awal pagi tadi. Terdahulu, MAS dalam kenyataannya, MH192 yang dalam penerbangan dari KLIA ke Bangalore, terpaksa berpatah balik berikutan masalah berkenaan.-BH
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment