Tuesday, September 16, 2014

Terkini.. Ranking universiti di Malaysia berdasarkan senarai QS World Universiti Rankings 2014



Terkini.. Ranking universiti di Malaysia berdasarkan senarai QS World Universiti Rankings 2014 | Ranking universiti Malaysia semakin meningkat berdasarkan senarai QS World Universiti Rankings 2014, apabila tiga universiti berada dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia. Menurut senarai terbaru itu, Universiti Malaya (UM) berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada 151 pada tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat ke tangga 294 daripada 355. Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) juga bertambah baik, daripada 355 kepada 309; Universiti Putra Malaysia (UPM) di tangga ke-376 daripada kedudukan 411-420, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal dalam slot yang sama (501-550) seperti pada tahun lepas. Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga memperbaiki kedudukannya, berada dalam kategori 651-700 berbanding tahun lepas 701 .

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia. Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan. Keseluruhannya, laporan itu berkata QS World University Rankings meletakkan fokus kajian saintifik dan teknologi berimpak tinggi sebagai tonggak kemajuan kepimpinan. Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) berada di tangga teratas dalam kelompok 10 institusi terbaik dunia bagi tahun ketiga berturut-turut. Ia diikuti University of Cambridge (United Kingdom), Imperial College London (UK), Harvard University (AS), University of Oxford (UK), UCL (University College London) (UK), Stanford University (AS), California Institute of Technology (AS), Princeton University (AS) dan Yale University (AS). - Bernama




.

Remaja perempuan ini menghidap penyakit yang sangat aneh



Remaja perempuan ini menghidap penyakit yang sangat aneh | Doktor di Bihar bingung dengan keadaan dialami seorang remaja perempuan berusia 18 tahun yang mengluarkan jarum dari beberapa anggota badannya sehingga menyebabkan dia kini terlantar kesakitan. Dr Ashok Kumar yang membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa berkata, “Kami tidak tahu bagaimana jarum boleh dibuat dalam badan manusia, namun sekilas pandang nampaknya seperti jarum berkenaan dimasukkan ke badannya atau dia sendiri menelannya.

“Kes ini memang pelik namun kami hanya boleh mendapat lebih banyak jawapan selepas menjalankan pemeriksaan penuh terhadapnya,” katanya. Anggota keluarga mangsa, Jyoti Kumar berkata, setakat ini 20 jarum berukuran empat hingga lapan sentimeter (cm) keluar dari badannya sejak tiga tahun lalu. Jarum yang dapat dilihat akan mula keluar dari badannya selepas 10 hingga 15 hari. Menurut keluarga Jyoti, jarum-jarum kini tersangkut pada tekaknya menyebabkan mangsa sukar untuk makan. - Agensi




.

Perkataan 'Malaysia' Selamatkan Mangsa Banjir Di Kashmir


Perkataan 'Malaysia' Selamatkan Mangsa Banjir Di Kashmir  | Perkataan 'Malaysia' yang ditulis dengan menggunakan sos cili di atas baju kemeja dengan corak bendera Malaysia menyelamatkan nyawa kira-kira 15 rakyat negara ini yang terkandas di atas bumbung sebuah hotel di Jammu dan Kashmir selepas banjir buruk melanda wilayah Himalaya itu. Sekumpulan warga Malaysia yang kembali ke negara ini dengan selamat mengimbau kembali insiden terkandas di atas bumbung di sebuah hotel di Srinagar, ibu kota negeri Jammu dan Kashmir dalam keadaan sejuk selama beberapa jam pada 7 September lalu untuk menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras.

Seorang mangsa, Farisha Elaina Abdul Hanif, 23, berkata, dia bersama-sama dengan rakan dan keluarga mereka berada di Srinagar untuk menghadiri majlis perkahwinan kakak sulungnya semasa terkandas dalam tragedi banjir besar itu. Farisha Elaina berkata hotel tempat mereka tinggal yang berhadapan Empangan Dall, dinaiki air apabila empangan tersebut pecah selepas hujan turun berterusan. "Kami mengharungi arus deras dan melarikan diri ke atas bumbung untuk menyelamatkan diri.

"Dalam masa yang singkat, air banjir yang mulanya pada paras dada naik sehingga ke bumbung. "Kami terpaksa memikirkan cara untuk menarik perhatian (pasukan penyelamat) termasuk menggunakan sos cili untuk menulis perkataan 'Malaysia' di atas tuala. "Kami juga mengantung baju kemeja bercorak bendera Malaysia," katanya ketika ditemui sebaik tiba di KLIA. Menurut Farisha, mereka kemudiannya diselamatkan menggunakan bot. Ibu Farisha, Datin Norzam Aini Hamzah, 59, berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menjalankan tugas dengan baik dalam membantu dan menyelamatkan mereka yang terkandas dalam banjir buruk itu. -Mstar



.

Lorong pertama khas diwujudkan untuk pengguna telefon bimbit tegar



Lorong pertama khas diwujudkan untuk pengguna telefon bimbit tegar | Inilah lorong pertama khusus diwujudkan untuk pengguna telefon bimbit tegar. Laluan sepanjang 30 meter itu mempunyai lorong dicat putih untuk mereka yang sentiasa terpaku pada skrin telefon masing-masing. Ia mempunyai gambar telefon yang dilukis di atas jalan, perkataan ‘telefon bimbit’ dan garis putih yang memisahkan lorong itu dengan lorong lain. Lorong itu diwujudkan sebagai reaksi kepada peningkatan jumlah mereka yang ketagih dengan telefon bimbit yang kini menjadi isu besar di China.

Idea untuk mewujudkan lorong khas itu bagaimanapun dilihat ditiru dari satu projek dalam program televisyen di saluran National Geographic yang disiarkan awal tahun ini. Program itu mendapati hanya segelintir orang mengubah laluan mereka walaupun selepas melihat tanda lukisan di atasnya. Bagaimanapun, pihak berkuasa di China berkata penanda itu akan membantu untuk mengingatkan pejalan kaki bahawa adalah lebih baik untuk tidak mengguna telefon ketika berjalan. - Agensi



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!