Saturday, September 20, 2014

Gambar kemalangan terbesar yang melibatkan 150 kenderaan di sebuah lebuh raya sesak



Gambar kemalangan terbesar yang melibatkan 150 kenderaan di sebuah lebuh raya sesak | Sekurang-kurangnya dua maut dalam kemalangan melibatkan 150 kenderaan di lebuh raya sesak di selatan Netherlands, semalam. Pihak berkuasa memaklumkan, insiden menggemparkan itu berlaku di kedua-dua laluan antara bandar Goes dan Middelburg terletak kira-kira 150 kilometer (km) di barat daya Amsterdam.


"Punca nahas itu mungkin disebabkan kabus tebal yang menjejaskan jarak penglihatan pengguna lalu lintas," menurut jurucakap pegawai keselamatan wilayah Zeeland menerusi akaun Twitter rasmi mereka. Hans Hubregtse turut memaklumkan sebanyak 50 ambulans dikerah ke lokasi kejadian di Heinkenszand, kira-kira 8 km di luar Goes. Difahamkan menurut AFP, laluan di kedua-dua arah juga ditutup bagi melancarkan operasi menyelamat mangsa yang masih terperangkap. -AP




.

Gambar bayi baru lahir dalam paip pembetung sebuah universiti selepas pelajar lahirkannya dan melarikan diri


Gambar bayi baru lahir dalam paip pembetung sebuah universiti selepas pelajar lahirkannya dan melarikan diri | Seorang bayi baru lahir ditemui di dalam paip pembetung di sebuah universiti di sini selepas seorang pelajar melahirkannya dan melarikan diri. Polis percaya wanita muda itu mahu menyembunyikan kehamilannya dengan membiarkan bayi itu jatuh ke dalam tandas di asrama pelajar universiti berkenaan di bandar di wilayah Shandong ini. Bayi terselamat itu kerana paip berkenaan tidak cukup besar menyebabkan dia tersekat.

Pelajar yang menggunakan tandas asrama itu mendengar tangisan bayi malang berkenaan sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa. Anggota bomba yang datang ke tempat kejadian terkejut melihat bayi itu tersekat di dalam paip dan menangis. “Sukar menyelamatkannya dari atas. Dia jatuh ke dalam tandas dan melurut masuk ke paip pembentung, tersekat di antara tingkat tiga dan empat bangunan asrama,” kata jurucakap bomba tempatan, Tao Fang.

Pasukan penyelamat memecahkan paip di tingkat tiga sebelum menolak bayi untuk disambut rakan mereka di tingkat empat. Dalam pada itu, polis menjejaki ibu bayi itu yang juga pelajar dan menetap di bangunan asrama berkenaan. Pegawai berkata, mereka masih menunggu hasil soal siasat sebelum memutuskan tuduhan yang akan dikenakan terhadapnya. - Agensi




.

Lelaki bergelut tangkap anakonda yang baham anjing kemudian biar anak-anak bermain dengannya



Lelaki bergelut tangkap anakonda yang baham anjing kemudian biar anak-anak bermain dengannya | SEORANG guru melalui saat yang sukar dipercayai apabila 'bergelut' dengan seekor anakonda sepanjang 5.2 meter dari sebuah sungai, beberapa jam selepas ular besar itu membaham anjing perliharaan rakannya. Sebastian Bascoules, 39, masuk ke sungai yang cetek untuk mendapatkan ular membaham haiwan perliharaan itu. Guru matematik itu yang tinggal di Matoury, French Guiana di Amerika Selatan, mengheret ular seberat 79 kilogram itu naik ke darat sebelum menutup kepalanya dengan sehelai kemeja-T. Dia kemudiannya meletakkan ular itu di tab mandi semalaman sebelum membebaskannya di sebuah sungai, yang terletak kira-kira 10 kilometer.

Menariknya, bapa kepada tiga anak itu membenarkan anak-anaknya, Noam, 11, Solal, lapan, dan Mano, lima, untuk berada dekat dengan ular besar tersebut. Dia berkata: "Seorang kawan telefon saya dan memberitahu bahawa anjingnya, Minus, telah dibaham oleh seekora anakonda dekat rumahnya. "Pada awalnya, saya tidak begitu takut kerana saya fikir ia lebih kecil, tetapi saya terkejut dengan kepanjangannya yang lebih lima meter. "Sejak saya berusia 10 tahun, saya suka dengan haiwan reptilia ini tetapi kali ini merupakan ular terbesar yang pernah saya lihat dan pernah saya tangkap. "Ia sungguh besar, jadi saya minta kawan saya untuk bantu saya menangkap ekornya. Jika tidak, ia akan membelit saya.

"Memandangkan ular itu telah menelan anjing itu, jadi ia begitu tenang sebelum saya menyentuhnya," katanya.Sebastian berkata, apabila dia dan jirannya membawa ular itu, waktu sudah agak lewat untuk memindahnya keluar dari kawasan kejiranan itu. Jadi, dia membawa pulang ular itu ke rumah dan menyimpannya di tab mandi semalaman. Dia berkata: "Isteri saya bimbang ular itu mungkin keluar dari bilik air pada waktu malam. "Kita tidak perlu bimbang kerana saya sudah letakkan kain di kepalanya jadi ia 'buta' dan dilihat seperti seekor cacing yang besar." Sebastian kemudian membebaskan anakonda itu keesokan harinya, kira-kira 10 kilometer jauh, ke sebuah sungai dekat paya. Kejadian itu difahamkan berlaku pada tahun lepas tetapi rakaman video ini baharu sahaja dikeluarkan. - mirror




.

Ibu bapa terkejut anak perempuan 16 tahun lahirkan anak di dalam tandas rumah



Ibu bapa terkejut anak perempuan 16 tahun lahirkan anak di dalam tandas rumah | Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi Jumaat. Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi. Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah,Temerloh. Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!