Friday, December 19, 2014

Kejam! Kanak-kanak diusir keluar kampung kerana dijangkiti HIV



Kejam! Kanak-kanak diusir keluar kampung kerana dijangkiti HIV | Nasib seorang kanak-kanak yang dijangkiti virus HIV yang dilapor mahu diusir oleh 200 penduduk kampung mencetuskan perdebatan hangat di China semalam. Kes itu membuktikan penderitaan yang dihadapi pesakit HIV di negara itu yang berdepan dengan diskriminasi secara berleluasa. Penjaga kanak-kanak itu yang juga datuknya, antara penduduk kampung di Sichuan, wilayah di barat laut China yang menandatangani petisyen untuk mengusir budak berusia lapan tahun itu, dengan alasan untuk melindungi kesihatan penduduk kampung.

Akhbar Global Times melaporkan, kanak-kanak itu dijangkiti virus berkenaan dari ibunya dan disahkan menghidap HIV ketika menjalani rawatan kecil pada 2011. Laporan sebelum ini menyatakan, budak itu yang diberi nama Kunkun oleh media China, tidak dibenarkan memasuki sekolah tempatan sementara penduduk kampung berusaha mengelak daripada bertembung dengannya. -AP




.

Ini penjelasan Kementerian Kewangan mengenai pengeluaran wang menerusi ATM bakal dikenakan GST 6%



Ini penjelasan Kementerian Kewangan mengenai pengeluaran wang menerusi ATM bakal dikenakan GST 6% | Pelanggan bank perlu membayar caj tambahan untuk beberapa perkhidmatan urusan bank sebaik sahaja Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April depan. Menurut Kementerian Kewangan menerusi laman Facebooknya pada Jumaat, caj perkhidmatan oleh bank akan tertakluk kepada GST dan oleh itu pelanggan perlu membayar caj tambahan sebanyak 6%. "Sebarang bayaran yang dikenakan oleh bank seperti caj MEPS, akan tertakluk kepada GST.

"Sebagai contoh, sekiranya pemegang kad Maybank membuat pengeluaran wang dari mesin ATM CIMB, caj MEPS adalah sebanyak RM1 dan kadar GST yang dikenakan adalah RM0.06," demikian menurut kementerian itu. Namun, kementerian tersebut berkata, kadar GST tidak akan dikenakan terhadap jumlah wang yang dikeluarkan iaitu RM100 ke atas.


Sementara itu, menurut laman web rasmi GST, pelanggan juga akan dikenakan caj GST bagi bayaran untuk insurans atau buku cek, penyediaan penyata bank, pemprosesan pinjaman, perkhidmatan arahan tetap dan perkhidmatan penyelenggaraan berhubung pembelian dan penjualan saham. Walaupun GST dikenakan ke atas bayaran yang dikenakan, jumlah sebenar terlibat dalam transaksi seperti jumlah pengeluaran dan faedah yang dibayar untuk pinjaman tidak akan terjejas disebabkan cukai itu. -Mstar




.

Bekas suami Abby Abadi bakal jadi pelakon..



Bekas suami Abby Abadi bakal jadi pelakon.. | Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan. Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan. "Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini. "Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini," ujarnya.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia. Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda. Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan. "Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai," ujarnya. Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut. Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu. "Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya. Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.-Mstar




.

Umpama kereta mainan, ini adalah kereta terkecil di dunia



Umpama kereta mainan, ini adalah kereta terkecil di dunia  | IA mungkin kelihatan seperti sebuah kereta mainan untuk anak kecil, namun kereta ini sebenarnya lengkap dengan enjin, pemecut dan brek, pedal minyak, sistem gear dan lampu depan serta belakang. Penciptanya, Xu Zhiyun, 60, mengambil masa dua tahun untuk mencipta kereta itu dengan kos hanya 155 pound (RM852).


Dengan hanya berukuran 58 sentimeter (sm) panjang, 33 sm lebar dan 38 sm tinggi, ia menjadi kereta terkecil di dunia dan Xu sering memandu kereta itu bagi mengelakkan jalan raya sibuk di Shanghai. Selain itu, Xu turut menggunakan kemahirannya untuk mencipta pelbagai barangan yang memudahkan kehidupan sehariannya seperti rak televisyen bergerak dan mereka pakaian sendiri. – Mail Online




.

Sebuah kilang benarkan pekerja dibenarkan tidur 30 minit setiap hari.. Apa sebabnya?



Sebuah kilang benarkan pekerja dibenarkan tidur 30 minit setiap hari.. Apa sebabnya? | SEBUAH kilang di Guangdong, China membenarkan pekerja mereka tidur di tempat kerja selama 30 minit setiap hari kerana mendakwa ia boleh meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus. Peraturan ini merupakan sebahagian daripada pembaharuan baharu yang dilaksanakan pihak kilang sejak beberapa tahun lalu supaya pekerja lebih produktif.

Difahamkan, peraturan tidur di tempat kerja telah memberi banyak manfaat kepada pekerja dan kerajaan China kini gembira dengan peningkatan produktiviti pekerja yang diperoleh selepas mereka dibenarkan tidur seketika. Bagaimanapun, sejak 2005, terdapat penambah baikan seperti kenaikan gaji, penyediaan asrama bagi pekerja yang ingin tidur berbaring dan dewan makan diubahsuai menjadi gelanggang pingpong serta tenis untuk mereka bersantai. – DM




.

Apakah? Penganggur didakwa rogol anak tiri dan liwat anak lelaki berusia 4 tahun



Apakah? Penganggur didakwa rogol anak tiri dan liwat anak lelaki berusia 4 tahun | Seorang penganggur berusia 34 tahun didakwa merogol anak tiri perempuannya, yang berusia 12 tahun selama setahun, suspek turut didakwa meliwat anak lelakinya yang berusia empat tahun. Pendedahan yang mengejutkan itu diceritakan sendiri oleh anak lelaki suspek selepas dia mengetahui apa yang dilakukan oleh ayahnya itu adalah satu jenayah. "Kanak-kanak lelaki itu telah bertanya kepada ibunya di manakah bapanya dan ibu memberitahu ayahnya ditahan kerana mendera kakak tirinya secara seksual. "Perkara tersebut telah menyebabkan kanak-kanak lelaki berkenaan sedar dan mendedahkan apa yang telah dilakukan oleh suspek terhadapnya," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner, Khairuddin Saad.

Doktor turut mengesahkan bahawa kanak-kanak lelaki itu telah diliwat. Bagaimanapun, dua lagi anak suspek tidak didera. Suspek akan didakwa ke mahkamah hari ini kerana melakukan persetubuhan luar tabii di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan. Dia berhadapan dengan hukuman penjara selama 20 tahun dan sebatan. Lelaki tersebut ditahan di rumahnya di Kampung Cheras Baru pada 13 Disember lalu selepas anak perempuan tiri suspek memberitahu ibunya dia dirogol dua kali seminggu.

Ibu mangsa telah keluar rumah dengan membawa empat anaknya untuk tinggal bersama saudara mereka. Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang 10 tahun perkahwinan mereka. Remaja perempuan berkenaan merupakan anak ibunya daripada perkahwinan yang terdahulu. Mangsa berkata suspek akan merogolnya di dalam bilik tidurnya atau bilik tidur suspek. Kejadian rogol itu berlaku apabila ibunya keluar bekerja dan ketika adik perempuannya yang lain bermain di luar rumah. "Dia tidak ingat berapa kali dia dirogol. Apa yang dia beritahu kami ia terjadi banyak kali, mungkin dua kali seminggu," kata Khairuddin.-Mstar




.

Pembaca Berita Sebak Kenal Mangsa Tebusan Sydney Ketika Siaran Langsung


Pembaca Berita Sebak Kenal Mangsa Tebusan Sydney Ketika Siaran Langsung  | PEMBACA berita program Sunrise, Natalie Barr tidak dapat menahan kesedihannya ketika sedang bersiaran langsung sebaik sahaja mengumumkan mangsa tebusan di sebuah kafe di Sydney, Katrina Dawson terbunuh dalam insiden itu, pada pagi Selasa. Mangsa yang merupakan ibu kepada tiga anak, merupakan adik kepada kenalan Barr. Bar, 46, yang membaca berita di program Channel Seven bersama David Koch berasa sebak dan tidak dapat mengawal perasaannya itu. "Saya baru menyedari Katrina... Katrina Dawson merupakan adik kepada seorang peguam, Sandy Dawson, yang pernah berkhidmat untuk Channel Seven," katanya.

"Seorang kakak kepada salah seorang kakitangan Channel Seven kami, Sandy Dawson, yang saya kenali, dan rakan-rakan saya juga mengenalinya." Beliau menambah: "(Katrina) merupakan ibu kepada tiga anak. Kami baru mengetahui tentangnya pagi ini. "Dia merupakan adik kepada seorang peguam yang banyak berkhidmat untuk Channel Seven, yang mungkin ramai mengenalinya di Sydney, dan keluarga mereka terpaksa berhadapan dengan keadaan sukar ini, seperti mereka yang lain."

Kejadian yang berlaku pada Isnin itu melibatkan seorang lelaki bersenjata, Man Haron Monis yang menawan sejumlah tebusan di sebuah kafe di Sydney. Tawanan itu yang berlanjutan selama 16 jam berakhir selepas polis membuat serbuan ke dalam bangunan itu. Tiga maut dalam insiden itu, termasuk Monis, seorang pengurus kafe, Tori Johnson dan Dawson. Dilaporkan bahawa Dawson dipercayai terbunuh dalam insiden itu ketika cuba melindungi seorang rakannya yang mengandung. - mirror




.

Wanita berang, suami punya hubungan sulit dengan adik kembarnya sendiri



Wanita berang, suami punya hubungan sulit dengan adik kembarnya sendiri | Menyedari pasangan anda main kayu tiga sudah pasti menjadi pengalaman paling pahit dalam kehidupan rumah tangga. Pastinya, keadaan menjadi lebih teruk apabila mendapati orang ketiga itu ialah adik kembar anda sendiri. Inilah nasib yang menimpa seorang wanita di Suzhou, bandar di timur China, yang mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan adik kembarnya. Selepas sekian lama mengesyaki suami dan adiknya mempunyai hubungan intim, wanita berkenaan, Ting Su, 29, kelmarin menjejaki mereka dengan mengguna pengesan bergerak.

 Dia berjaya menjejaki mereka di sebuah pusat beli-belah dan mendapati kedua-duanya dalam keadaan telanjang bulat di dalam kereta. Sebaik menyedari Ting Su meninjau ke dalam kereta itu, suami dan adiknya bergegas keluar dari kereta berkenaan tanpa sebarang pakaian. Wanita itu yang berang bagaimanapun mengambil kesempatan untuk memalukan mereka. Dia memasuki kereta itu dan memandunya, meninggalkan suami dan adik kembarnya itu dalam keadaan berbogel, di tempat letak kereta berkenaan.


Seorang saksi, You Meng berkata: “Sungguh melucukan. Orang ramai serta-merta mengeluarkan telefon bimbit untuk merakam keadaan pasangan itu. Saya juga. “Mulanya lelaki itu menumbuk-numbuk cermin kereta, menjerit meminta isterinya membuka pintu. Tetapi si isteri tidak mempedulikannya, sebaliknya terus memandu.” Menurut laporan media tempatan, Ting Su mengesyaki suami dan adik kembarnya menjalinkan hubungan sejak dia melahirkan anak kembar. Dia juga dilapor sudah memfailkan tuntutan cerai. -AP




.

Statistik membuktikan, walau bergaji RM2,000 sebulan, masih gagal urus hutang


Statistik membuktikan, walau bergaji RM2,000 sebulan, masih gagal urus hutang | Penduduk negara ini yang berpendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun paling ramai gagal menguruskan hutang mereka dan jumlahnya meningkat 12 kali ganda daripada 4,942 orang pada 2007 kepada 55,023 orang tahun ini. Ini berdasarkan statistik Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga 30 November lalu. Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya Mohamad Khalil Jamaldin berkata, trend peningkatan itu amat membimbangkan. Katanya, jumlah berkenaan adalah 48.2 peratus daripada 109,931 rakyat Malaysia yang ‘menyerah diri’ ke AKPK bagi mendapatkan bantuan pengurusan hutang.

 "Bermula pada 2007 hanya 4,942 orang yang datang ke AKPK didapati gagal menguruskan hutang mereka atau menyertai program pengurusan hutang (DMP), tetapi sehingga 30 November 2014 ia meningkat kepada 55,023 orang, sekali gus bertambah 12 kali ganda. “Sehingga 30 September 2014 pula, seramai 303,885 orang sudah memohon untuk mendapatkan khidmat kaunseling daripada AKPK dan 119,474 lagi mengurus bebanan hutang,” katanya.




.

Penjawat awam jangan sebar dokumen di laman sosial



Penjawat awam jangan sebar dokumen di laman sosial | Penjawat awam di negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat serta dokumen berkenaan kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Beliau berkata, perkara tersebut tidak harus diambil ringan berikutan ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat di negara ini. “Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

“Kita perlu patuh dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada,” katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun di Universiti Malaya di sini, hari ini. Persidangan bertemakan “Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun” selama dua hari sehingga esok itu dihadiri seramai 600 peserta daripada 100 agensi badan berkanun. - Bernama




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!