Wednesday, January 21, 2015

Anak 2 tahun maut dilanggar bapanya yang sedang undur kenderaan



Anak 2 tahun maut dilanggar bapanya yang sedang undur kenderaan | Seorang bapa yang sedang mengundurkan kereta, terlanggar anak perempuannya, berusia dua tahun di Taman Perumahan Fatimah Al-Zahra, Tok Dor, dekat sini, 10.15 malam tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, bapa mangsa, Rusli Ibrahim, 47, dikatakan ingin mengalihkan kereta yang diletakkan di luar pagar rumah ke dalam garaj dan terlanggar sesuatu menyebabkan dia bergegas keluar.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang kontraktor terkejut apabila mendapati dia terlanggar anaknya Ruslina Puteri Batrisyia dan berlumuran darah berada di belakang kereta. Katanya, pengadu bersama isteri dan jiran membawa mangsa ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan, namun pegawai perubatan bertugas mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. Menurutnya, hasil bedah siasat dijalankan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. -Metro



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!