Monday, January 19, 2015

Inilah perasaan dan luahan hati penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat selepas diberi peluang menyanyikan lagu Romancinta di AJL 29



Inilah perasaan dan luahan hati penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat selepas diberi peluang menyanyikan lagu Romancinta di AJL 29 | Penyanyi kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, 28, terharu dan €˜'takut' apabila diberi peluang oleh Mojo untuk menyanyikan lagu Romancinta di malam kemuncak Anugerah Juara Lagi ke-29 (AJL29) di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Azmi berkata, dia bagaimanapun lega apabila banyak dibantu anggota Mojo. "Menyanyi di AJL pastinya berbeza kerana sebelum ini saya hanya menyanyi di jalanan saja. Biasanya saya tahu siapa penonton saya, tetapi di AJL saya tidak tahu berapa ramai yang menonton. Saya cuma mendengar penonton menjerit-jerit.

"Saya hanya tahu penonton sukakan persembahan kami selepas diberitahu Edry sebaik persembahan tamat," katanya yang sudah setahun '€˜busking'€™ di sekitar Kuala Lumpur. Azmi berkata, dia memang minat menyanyi dan '€˜buskingâ€' sejak dulu. "€œSaya memang suka menyanyi. Suara saya ini anugerah Tuhan," katanya. Ketua kumpulan Mojo, Edry Abdul Halim berkata, dia mendapat idea untuk menampilkan Caliph Buskers selepas menyaksikan persembahan kumpulan pemuzik Orang Kurang Upaya (OKU) itu di depan pusat beli-belah Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, baru-baru ini.

"€œSaya jatuh hati selepas menonton persembahan mereka ketika mendendangkan lagu Romancinta dengan baik ketika itu,"€ katanya. Percaturan Edry menampilkan Caliph Buskers yang semua ahlinya cacat penglihatan itu menjadi kerana persembahan mereka bukan saja mendapat tepuk sorak gemuruh oleh barisan juri serta lebih 15,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil sekali gus diangkat sebagai pemenang Persembahan Terbaik. -Metro




.

1 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

tahniah En Edry.... Allah swt telah pilih anda membantu mereka
terus buat album untuk mereka...
suara adik ini bila tarik lagu tinggi setaraf scorpion
memang unik teruskan cari lagu album untuk mereka... pasti MTV akan cari mereka dan show to the world... saya percaya banyak album boleh buat lambat laun MTV Asia kan jemput mereka buat persembahan..... off course after album album hot akan datang.

Tahniah KRU and TV3

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!