Monday, January 19, 2015

Mimpi ngeri seorang buruh binaan di China yang hampir maut selepas



Mimpi ngeri seorang buruh binaan di China yang hampir maut selepas | Seorang buruh binaan di sini hampir maut selepas mukanya ditembusi sebatang pancang besi selepas terjatuh di sebuah tapak pembinaan di bandar Chongqing di wilayah Yongchun, barat daya China baru-baru ini. Kejadian tersebut berlaku ketika lelaki berkenaan terjatuh di atas sebatang pancang besi ketika menuruni tangga di sebuah tapak pembinaan. Beberapa pekerja terpaksa memotong pancang besi berkenaan yang menembusi dari bahagian bawah rahang sehingga ke hidung mangsa sebelum membawanya ke sebuah hospital berhampiran.

Ketika di hospital doktor terpaksa meminta bantuan bomba untuk sekali lagi memotong lebihan pancang besi berkenaan sebelum mengeluarkan besi itu melalui pembedahan. Seorang doktor berkata, lelaki itu yang terpaksa menahan kesakitan ketika pancang besi dipotong sangat bernasib baik kerana besi tersebut tidak mengenai saluran darah utama. "Pesakit ini berada dalam keadaan stabil dan dia dijangka sembuh sepenuhnya dalam tempoh beberapa bulan,” katanya. - Agensi




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!