Thursday, January 22, 2015

Pengemis licik ni ambil kesempatan keatas golongan selebriti



Pengemis licik ni ambil kesempatan keatas golongan selebriti | Seorang pengemis licik dari Lancashire, Britain mengambil kesempatan ke atas kemewahan golongan selebriti dan elit apabila dia meminta sedekah menggunakan kad kredit.Menurut laman web, odditycentral.com, Damien Preston-Booth, 37, membawa alat pembaca kad kredit dan berpura-pura menjadi fakir untuk meminta derma daripada golongan kaya yang tidak membawa wang tunai bersama mereka. Preston-Booth mengemis setiap hari Rabu sejak lima tahun lalu dan dia berulang-alik dari rumah sewanya di Preston ke London di mana dia meluangkan masa selama tiga hari tidur di tepi jalan dan mengemis .

Semua derma yang diterima menggunakan kad kredit dipindahkan ke akaun dalam taliannya, PayPal dan penderma turut menerima resit pemberian sedekah. Menurut seorang rakan, Preston-Booth menerima beribu-ribu pound setahun dan mampu pergi bercuti ke luar negara beberapa kali. Bagaimanapun, kelicikan Preston-Booth diketahui rakannya yang memaklumkan, dia berkawan dengan orang kaya di bar dan restoran yang membolehkan dia melakukan kegiatan tersebut. “Apabila ada majlis sambutan selebriti, dia tidak segan meminta sedekah di hadapan kamera kerana dia tahu selebriti berkenaan tidak akan menolak untuk memberinya wang.


“Dia pernah menerima banyak wang di luar Hotel Dorchester apabila Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menghadiri satu majlis dan orang memberinya wang kertas 50 pound (RM274.90) dan 20 pound (RM109.97) kepadanya,” kata rakan tersebut. Ditanya tentang kegiatannya itu, Preston-Booth mengaku tentang hal tersebut sambil berkata, dia tidak menggunakan wang tersebut untuk dadah atau arak, sebaliknya untuk keperluan hariannya. -AP



.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!