Wednesday, January 21, 2015

Pertemuan selepas 44 tahun terpisah ini menjadi hadiah hari lahir yang begitu bermakna buatnya


 Pertemuan selepas 44 tahun terpisah ini menjadi hadiah hari lahir yang begitu bermakna buatnya | "Ini hadiah hari lahir paling bermakna buat saya," kata Normah Bakar, 64, yang tidak menyangka dapat bertemu kembali dengan bekas majikannya selepas 44 tahun terpisah. Pertemuan antara Normah yang pernah menjadi pembantu rumah kepada Dael Parry, 78, wanita warga Australia itu begitu mengharukan hingga kedua-duanya menitiskan air mata. Selepas 44 tahun terpisah, Normah tidak menyangka bekas majikannya yang dipanggil 'Madam' itu sanggup mencari dengan datang ke negeri ini hingga datang ke rumahnya di Flat Uda, Tanjong Tokong, di sini, dan secara kebetulan, dia menyambut hari jadinya hari ini.

Menyingkap kembali memori mereka, Normah berkata, dia tidak menyangka bekas majikannya itu masih ingat kepadanya dan berusaha menjejaknya. Menurutnya, dia bekerja dengan wanita terbabit sebagai pembantu rumah di kediaman Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) di Tanjong Tokong, di sini, pada 1968. "Sebelum itu, ibu saya bekerja sebagai pembantu rumah di situ, namun selepas dia meninggal dunia dan saya yang berusia 16 tahun ketika itu diambil menggantikan tempat arwah ibu,” katanya. Normah berkata, mereka mereka terpisah pada 1971 apabila bekas majikan itu pulang ke Australia. Menurut Normah, wanita itu beberapa kali menghantar bungkusan mengandungi baju dan coklat sebelum mereka terputus hubungan. -Metro




.

2 Penyokong CHELSEA:

dyanzakhi on January 21, 2015 at 9:18 PM said...

hai.. melawat sini dan follow awak :))

Aretikz on January 21, 2015 at 9:37 PM said...

Pasti ada kenangan mengusik jiwa antara mereka..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!