Friday, January 16, 2015

#QZ8501: Mangsa nahas disemadikan bersama benda-benda kesayangannya termasuk anak patung


#QZ8501: Mangsa nahas disemadikan bersama benda-benda kesayangannya termasuk anak patung  | Mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Cindy Clarissa Soetjipto, 15, akan disemadikan bersama anak patung, baju dan pakaian kesayangannya, Selasa depan. Perkara itu didedahkan bapa saudara gadis itu, Hendro Soetjipto sebaik dimaklumkan Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI) yang mengesahkan Cindy adalah mayat terbaru dikenalpasti oleh pasukan itu. Semalam, Cindy yang berasal dari Malang, Jawa Timur dikenalpasti dengan kaedah primer iaitu pengecaman melalui gigi selain baju dan seluar yang dipakai mangsa ketika ditemui pasukan pencari juga sama seperti pakaian yang dipakainya ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya.

 Penyerahan jasad Cindy kepada keluarga diharap mampu meringankan beban kesedihan mereka sejak pesawat itu jatuh di Selat Karimata, 28 Disember lalu. Hendro berkata, keluarganya diminta membawa sejumlah barangan kesukaan milik empat anggota keluarga Soetjipto. “Antaranya ialah anak patung dan beberapa pasang baju milik Cindy, anak bongsu kepada abang saya iaitu Rudy Soetjipto dan Lindawati Anggara.


“Mayat Cindy sudah diserahkan kepada kami bersama baju dan jam tangannya yang masih melekat pada jasad. Tidak ada kasut, beg tangan dan barangan lain,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. Menurutnya, mereka diminta membawa beberapa barangan peribadi milik Cindy untuk memudahkan proses mengenal pasti identiti ke pusat operasi. “Ada anak patung, selimut dan baju kesukaan anak saudara saya yang kami bawa ke Surabaya sejak awal pencarian. “Kami sudah niat untuk memasukkan benda kesayangan Cindy termasuk anak patung, pakaian, beg dan jam dalam keranda,” katanya. - VIVAnews.




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!