Friday, January 16, 2015

#QZ8501 : Operasi naikkan badan pesawat gagal



#QZ8501 : Operasi naikkan badan pesawat gagal  | Ketua Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas), Bambang Soelistyo berkata, operasi menaikkan badan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas akibat cuaca buruk pada 28 Disember lalu, dari dasar laut setakat ini menghadapi kegagalan. Pihak berkuasa menggunakan belon dalam usaha menaikkan badan pesawat Airbus A320-200 tersebut dan misi mencari mayat mangsa masih diteruskan. Bambang berkata, misi mengesan mayat mangsa masih diteruskan walaupun sekiranya tiada mayat ditemukan dalam badan pesawat tersebut. “Kejayaan dan kegagalan merupakan sebahagian daripada setiap misi dan apabila misi ini tidak lagi berkesan dan cekap, operasi ini akan dihentikan,’’ katanya.

Badan pesawat itu masih mempunyai sebelah sayap dan berukuran sepanjang 26 meter. Dalam pada itu, seorang pegawai agensi menyelamat, S.B. Supriyadi berkata, satu pasukan penyelam terdiri daripada 15 anggota melakukan pemeriksaan di badan pesawat tersebut hari ini. “Mereka akan melihat jumlah mayat yang masih terperangkap dalam badan pesawat itu,’’ katanya. Beliau berharap lebih 100 penyelam akan menyertai operasi itu selepas penilaian awal dilakukan. – AFP




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!