Saturday, January 3, 2015

#QZ8501: Suasana gempar..Jenazah mangsa terjatuh ketika dipindahkan ke hospital



#QZ8501: Suasana gempar..Jenazah mangsa terjatuh ketika dipindahkan ke hospital | Suasana hening dan pilu bertukar gempar apabila satu daripada tujuh jenazah mangsa nahas QZ8501 dilaporkan terjatuh semasa dipindahkan ke hospital. Memetik laporan dari portal berita Kompas.com, insiden tercetus sebaik jenazah itu dibawa turun dari sebuah kenderaan di Hospital Umum Daerah (RSUD) Imanuddin, Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan, hari ini.

Menurut laporan tersebut, proses pemindahan jenazah ke hospital tersebut bermula lancar pada awalnya. Bagaimanapun jenazah ketujuh penumpang QZ8501 yang dibawa turun oleh petugas dilaporkan terjatuh tiba-tiba sebelum diletakkan di atas troli. Insiden tersebut menyebabkan suasana bertukar panik lebih-lebih lagi dalam kalangan ibu-ibu mangsa sebelum dapat ditenangkan oleh petugas-petugas khas.

“Tolonglah, tolong bantu angkat jenazah itu!” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut. Sejurus menyedari keadaan jenazah, petugas-petugas bergegas membetulkan posisi jenazah tersebut. Setakat ini, 30 mayat dilaporkan ditemui semasa usaha mencari dan menyelamat dijalankan. Daripada jumlah tersebut, empat daripadanya berjaya dikenal pasti. Pihak berkuasa melaporkan, pencarian ke atas 132 mayat mangsa nahas tersebut masih diteruskan. -Kompas




.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!